Aku dan Takdir

Aku terpanggil untuk berkongsi salah satu cerita dalam hidup aku. Bukan lah hendak membuka pekung di dada, tapi jika tidak sedikit sebanyak kalian memberi pendapat, mungkin cerita ini boleh menjadi bahan bacaan untuk teladan. Maaf jika tulisan aku terlalu panjang untuk dibaca.

Aku berusia 26 tahun, awal tahun lepas aku memulakan kerjaya selepas tamat belajar. Walaupun cita2, bidang pengajian, melawan arus dengan kerjaya sekarang dalam industri pembuatan. Tetap, itu rezeki dan peluang pergi jauh dalam kerjaya cerah. Selesai intro.

Tahun lepas juga adalah saat ketika yang aku jatuh teruk dalam bab perhubungan. Aku ditinggalkan selepas persediaan awal untuk ke gerbang perkahwinan dibuat. Tarikh dan tempahan untuk beberapa perkara utama sudah selesai. Kami tidak merancang untuk bertunang, kerana ingin memudahkan cara dan mungkin aku terlalu memudahkan dia yang duduk jauh.

Sebelum dia memberi kata akhir, hubungan kami memang sudah hambar. Aku perasan tentang itu. Bila ditanya apa yg tidak kena, dia mengelak. Tapi naluri perempuan, apa yg disangka itu betul apabila sebulan cuba mencari punca akhirnya terlerai apabila dia meluahkan hasrat untuk kembali kepada si kekasih lama. Runtun hati aku waktu itu. Banyak yang berlegar dalam kepala. Sayang itu sudah satu hal, tapi bagaimana hendak menutup rasa malu apabila orang yang aku sangkakan dapat hidup bersama, yang aku rasakan keserasian kami ditahap infiniti walaupun LDR telah meninggalkan aku. Aku padam semua gambar2 kami di media sosial walaupun tak seberapa. Dan, semestinya kawan2 baik rapat atau jauh dan saudara sudah dapat mengagak. Cuma belum sampai apa2 pertanyaan di telinga.

Ayah adalah orang pertama yang aku peluk tatkala mendapat berita itu. Aku menangis sepuasnya. Dia dapat mengagak apa yang berlaku. Aku tak dapat nak bercerita kerana air mata jatuh lagi laju dari kata2 yang aku sudah susun untuk dilepaskan. Seminggu aku tak boleh nak makan, tak tertelan walaupun sebutir nasi. Ayah. Dia yang berada disisi. Dia yang melihat untuk pertama kali kedukaan anak perempuan dia ini.

Bagi aku ketika tu, rasa sakit ini sungguh hebat. Dan ini kah rasa sakit yang ayah rasa ketika dia berpisah dengan mak 7 tahun lepas? Dia merasa rasa yang lebih teruk, semestinya. Tiada kata maaf dari pihak lelaki, semestinya itu juga satu tamparan buat ayah. Aku bangun dari rasa sakit, aku kuatkan hati. Mungkin aku ditakdirkan untuk berbakti kepada orang tua, dan sebagai anak sulung dan satu-satunya perempuan, besar tanggungjawab yang perlu dipikul walaupun adik2 aku sudah habis sekolah semuanya. Tetap mereka perlukan bimbingan dan support. Ayah dan mak juga perlu diberi fokus, apatah lagi tidak sebumbung. Jadi, peranan aku besar untuk memastikan semua dalam keadaan emosi yang baik. Untuk pengetahuan, penceraian memang benar2 mengusik emosi dan jiwa baik pada pasangan itu sendiri atau pun anak2.

Namun, entah bagaimana, Allah telah temukan dengan seorang lelaki budiman yang aku namakan sebagai F. Beza usia kami 8 tahun. Sesungguhnya, aku tiada masalah dengan beza umur, dan kekasih lama juga beberapa tahun lebih tua dari aku. Sebab kenapa aku diketemukan dengan mereka yang jauh lebih berusia, adalah kerana itu pilihan aku sendiri. Aku terlalu matang. Pemikiran aku tidak sesuai dengan usia yang muda ini. Kematangan itu wujud selepas perpisahan mak dan ayah. Bagaimana aku strugle untuk laksanakan tanggungjawab seorang mak di dalam rumah, bagaimana aku harus kuat berdiri dibelakang ayah, mak dan adik2 untuk mendengar setiap keluh kesah mereka menghadapi dunia nyata, melawan apa sahaja kata2 manusia. Seperti aku kata, perpisahan sangat menjentik emosi. Jadi, hasilnya aku seperti sekarang. Setiap tutur kata, perbuatan dan cara berfikir aku sangat berbeza dengan kawan2 yang lain.

Berbalik kepada F, tempoh perkenalan kami sehingga hari ini belum cukup 6 bulan. Bertemu di negeri aku, tapi atas faktor kerjanya, dia ditukarkan kembali ke ibu kota. Iya sekali lagi aku berhadapan dengan LDR, baru sahaja sebulan lebih. Aku tiada masalah, hubungan kami tiada masalah. Bezanya, F mengajar aku erti sabar. Dia jauh berbeza dengan yang sebelum. Mungkin faktor umur dan sifat dia membuatkan dia kurang beri perhatian pada aku. Kami jarang spent masa untuk duduk berwasap perkara yang bukan2. Sekali sekala bertanya khabar dan membincangkan isu jika ada yang serius. Tapi percayalah, aku okay tentang itu. Selain dari kekurangan dia dalam memberi perhatian kepada aku, banyak lagi perkara positif tentang dia yang aku boleh katakan menepati apa yang aku mahu. Pada aku, perhatian yang diberi 100%, hari2 ber wasap, setiap malam call 1-2 jam. Penyudahnya, tetap dia pergi dengan kekasih lama. Jadi, aku tidak patut ukur ‘perhatian’ itu, cukup sekadar kami tahu apa tujuan kami berkawan dan kemana arah kami mahu pergi.

Pada half phase tempoh hubungan kami, kami sudah bertemu keluarga masing2. Agak berat untuk ayah, kerana luka lama masih belum hilang tapi ayah menyambut kehadiran F dengan hati terbuka akhirnya. Seminggu selepas itu, aku berjumpa keluarga nya di KL. Aku adalah yang paling muda dikalangan semua ahli kluarga F, walaupun nanti pangkat aku adalah kakak kepada mereka. Tapi ia hanyalah pangkat. Takda kesan apa pun. Benar, seperti kalian, kedua belah keluarga kami serta rakan rapat mempersolkan adakah tidak terlalu awal? Kami tiada jawapan, kami cuma percaya antara satu sama lain dan bergerak ikut apa yang didetikkan didalam hati kami. Pertemuan kami dengan keluarga masing2 positif walaupun dalam masa yang sama, persoalan diatas tu timbul.

Tapi, panas tak sampai kepetang. Semalam, ketika aku bertemu dengan F di ibu kota selepas sebulan tidak bertemu sambil memenuhi undangan majlis perkahwinan teman2, dikejutkan dengan satu berita. Salah seorang dari ahli keluarga F ada bertanya, tak nak ke F cuba kenal dengan orang lain dahulu. Menurut yang bertanya tu, ada seseorang yang hendak dikenalkan kepada F. F tidak tahu siapa kerana pertanyaan itu hanya mati disitu dan tiada perbincangan semula selepas itu. Bagi F dalam tempoh sedia ada ini, dia terlalu sesak hendak berfikir, dengan soal job scope baru yang baru ditugaskan setelah berpindah ke ibu pejabat, ditambah dengan isu ini yang dia tahu berlaku permainan perasaan antara aku dan keluarga. Dia tiada jawapan, dan tiada tindakan.

Aku yang mendengar hanya mampu diam, tiada apa yang mampu aku ucapkan kecuali terdetik dalam hati, “dugaan apa lagi ini Ya-Allah!”. Seperti yang aku katakan, aku diterima baik dalam keluarganya, malah ia dibuktikan sendiri dengan perbualan aku bersama salah satu ahli keluarganya baru-baru ini. Jadi, aku keliru. Aku juga tak berani hendak meneka siapa yang mengajukan persoalan tu. Dan F jugak tidak mahu mendedahkan, dia beranggapan jika aku tahu, tetap aku tak boleh buat apa. Pada aku, mungkin tidak tahu lebih baik dari tahu.

Sepanjang semalam, kami banyak berdiam, banyak yang aku fikirkan dan banyak yang F fikirkan. Kami hanya meneruskan program yang dirancang. Tiada pergaduhan. Cuma sebelum aku take-off pulang ke negeri aku, kami luangkan masa sekejap untuk berdiskus.
Bagi F, dia rasa dia sudah mempersembahkan calon yang terbaik untuk keluarganya. Dan sepengetahuan aku, aku adalah satu-satunya perempuan yang dibawa jumpa walaupun usianya sudah melebihi 30-an. Jadi, dia musykil kenapa isu “tak mahu ke kenal dengan yang lain dulu” itu muncul.

Tergerak dalam kepala aku, dan aku sampai kan kepada F. “Mungkin faktor umur”. Kenapa tergeraknya aku meneka faktor umur adalah sebab utama, ketika aku menghadiri majlis resepsi kawan baik F, disitu aku diperkenalkan dengan semua kawan2 dia. Lebih dari 10 org dan masing2 bawa isteri. Dalam ramai2 yang paling muda adalah aku. Dan salah seorang dari isteri sahabat F bertanya tentang umur aku. Dan aku menjawab. Reply dari dia adalah, ” ohhh muda lagi, nampak muka memang muda. F dan 34 kan?” So, aku rasa itu sebabnya kenapa soalan dari salah seorang ahli keluarga F muncul. Faktor UMUR. Mungkin pada pandangan mereka aku terlalu muda untuk F, mampu ke aku menjaga F, mampu ke pemikiran aku seiring dengan F, mampu ke cara aku dan F boleh blend. Aku tak salahkan pemikiran mereka. Aku terangkan pada F, yang kenal F cuma aku, dan yang kenal perwatakan aku cuma F. Keluarga masing2 hanya jumpa baru sekali. Jadi tak mustahil isu itu boleh keluar. Antara lain sebab yang boleh aku teka, mungkin faktor kerja. Aku baru setahun kerja, dalam sektor swasta. Dan dia pula mempunyai kerjaya yang lebih baik, sudah aman dalam sektor kerajaan. Atau mungkin kisah keluarga aku? Jadi, 3 tekaan aku ni, aku sampai kan pada F. F hanya mampu berdiam, dan aku yakin dalam diam dia, dia berfikir. Sebab jelas pada muka dia. Dia tak boleh menipu kalau dia stress.

Aku pulang dengan tinggalkan satu pesan buat F. Dia adalah lead dalam cerita ini, untuk menghuraikan kekusutan, dia harus memulakan untuk berbincang dengan keluarga dia, dapatkan sebab kenapa persoalan itu timbul dan capailah kata sepakat. Duduk diam, dan sikap “tak mahu fikir” bukan jalan penyelesaian. Perasaan aku juga harus dijaga, perasaan keluarga masing2 harus dijaga. Ibarat kata ayah pada F, apabila sudah bertemu keluarga, itu adalah tanda kita sudah serius dan soal nikah kawin bukan lah sesuatu yang boleh dibuat main.

Dan aku? Aku sendiri tak tahu aku nak buat apa. Aku hanya mampu memberi kekuatan kepada F. Sedangkan aku sebenarnya juga tidak kuat untuk menanggung rasa ni. Jika F mengatakan dekat aku, mungkin dia ditakdirkan tidak berkahwin (didalam konteks menjaga perasaan aku dan kluarga: mudah untuk x pilih kedua2), begitu juga aku. Aku juga fikir mungkin aku ditakdirkan untuk tidak berkawin dan fokus menjadi tungak utama keluarga.
Aku tak pasti apa penyudah cerita kami. Pengakhiran cerita adalah tertakluk kepada jawapan F. Apa2 pun, aku kena belajar untuk terima segala kemungkinan dari sekarang. Cuma, mampu ke aku nak berdiri lagi apabila dia sudah buat keputusan? Tiada daya upaya aku selain bergantung harap pada Tuhan yang Esa.

**Dan ingin aku tekankan, 3 faktor itu adalah tekaan aku sahaja. Tidak pasti sama ada benar atau tidak. Mungkin juga ada sebab lain.

Doakan aku kuat dan doakan kami. Aku mintak maaf kalau tulisan aku panjang berjela. Seronok menulis!

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *