Perkahwinan Aturan Nenek II

Assalamualaikum admin and the readers yang baca 1st confession aku. Okey ini sambungannya.

1st sekali, ada yang cakap pernah baca kat tempat lain kisah aku ni. Ya, memang aku pernah post dekat 1 page sebelum ni. And aku tak tahu pula dah di approvekan, aku search tengok-tengok laa dah approve rupanya. So ni aku sambung dekat sini je.

Lepas aku bercerai dengan Aina, Aina ada whatsapp aku, dia cakap “minta maaf dan halalkan segala makan minum aku”. Lepas dari mesej tu memang aku dah lost contact dengan dia. Aku try call untuk tanya khabar, tapi tak jawab. And then dia block aku dekat all socmed. Ya, dia betul-betul dah buang aku.

After 3 bulan, dalam bulan 12 macam tu, Neklong merangkap bekas mak mertua aku meninggal, Aina ada datang masa ni. Dia yang uruskan jenazah, dan mandikan arwah neklong. Oh ya, neklong aku takde anak. So sebab tu laa dia ambil Aina sebagai anak angkat dia.

Aina masih macam dulu, rapat dengan adik-adik aku, dengan family aku. Memang suka menyakat dengan adik-adik aku, tapi bila aku datang je. Dia pun mula laa larikan diri.

Aku ada laa cuba nak borak dengan dia, tapi dia cuba elak dari jumpa aku. Yelah, mungkin dia awkward kan atau dia memang benci tengok aku. Takpe, aku faham. Selepas malam ketiga kenduri arwah, dia balik rumah dia kat Melaka. Apa yang buat aku terkejut adalah, ada lelaki yang ambil dia. Aku tak pasti itu suami dia atau Ex tunang dia.

“Cepat betul awak jumpa pengganti ya Aina.” Bisik dalam hati aku. Aku sampai sekarang belum boleh lupakan Aina, tapi Aina dah ada pengganti aku.

1 hari tu, aku pergi Melaka sebab ada urusan kerja kat sana. Masa tengah lunch, Tiba-tiba ada perempuan tegur aku. Oo D kawan Aina rupanya, so aku borak-borak dengan dia. And then aku tanya la khabar Aina, dia cakap aina okey sihat semua.

Suddenly D dia cakap “Kau tau ke, Aina dah kawin dengan tunang dia ?” Aku dengar ni terkejut juga laa, rupanya lelaki yang ambil dia tu adalah suami dia, merangkap bekas tunang dia.

Kawan Aina sambung lagi, “tapi dia selalu mengadu kat aku, suami dia selalu balik lewat. Taktau buat apa, Aina takde anak. Selalu juga Aina mengadu kat aku diorang gaduh besar. Aina dah failkan cerai” aku pun dengar je. Kitorang pun sembang sampai dah tak perasan dah habis waktu lunch. Aku minta nombor D supaya senang aku nak tanya khabar Aina.

Aku lepas cerai, aku cuba untuk cari lain. Tapi tak boleh, sebab tak ada yang macam Aina. If Aina cerai dengan suami dia, aku sanggup kahwin dengan dia balik. Itupun kalau dia sudi terima aku laa.

Walaupun perkahwinan aku cuma bertahan untuk 5 bulan, tapi aku memang dah sayang dia. Tipu laa kalau aku tak teringat kat dia langsung, tak apa lah. Mungkin ada laa sebab kenapa Aina buat benda ni.

1 yang aku nampak hikmah lepas aku cerai is, aku makin dekat denganNya. Aku banyak mengadu pasal perasaan dan isi hati aku dekat dia. Bila aku sedih and teringat Aina, aku akan mengadu dekat sejadah, hanya itu sahaja yangboleh buat aku tenang.

Doakan aku supaya dipertemukan jodoh yang baik, if Aina jodoh aku. Aku dengan terbuka hati. If bukan, semoga Allah mempertemukan dengan gadis yang jauh lebih baik dari yang sebelum ini.

Kalau korang rasa resah, janganlah pergi karaoke or shopping or mana-mana yang melalaikan. Tapi sebaliknya pergilah luahkan dekat Allah. Korang akan tenang setenang tenangnya.

Sekian confession aku. Assalamualaikum.

– Far Away From You

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *