Pemberi Zuriatku

Assalamualaikum, kali kedua aku hantar kat sini tapi sebelum ni luahan aku berbeza dengan cerita kali ini…
aku Indah, aku dah kahwin hampir 7 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat. Mungkin belum ditakdirkan lagi untuk kami suami isteri, tetapi dalam tempoh 7 tahun, aku dah mengandung 3 kali dan ketiga-tiganya keguguran semuanya di bawah usia 2 bulan.

Hari ni apa yang aku nak luahkan bukan sebab sedih tak ada zuriat, bukan mak mertua tak terima aku, bukan suami aku buat hal. Aku tak tau cara yang macam mana hendak ingatkan atau sedarkan orang-orang tentang pandangan mereka pada golongan macam kami. Setakat ini aku tidak kisah kalau orang yang jumpa aku dan bertanyakan soalan berkaitan anak, malah aku gembira sebab orang masih ambil berat tentang diri aku. Tak pernah rasa marah kalau mereka ini bertanyakan soalan cuma aku terguris dengan orang yang terus menjatuhkan hukuman tanpa menyoal.

Jatuhkan hukuman tanpa menyoal, sedangkan orang kena tuduh sekalipun akan dibicarakan dahulu sebelum dijatuhkan hukuman. Aku tak tau kenapa masih ada lagi golongan manusia yang masih tidak percaya kekuasaan Allah. Bukan sekadar makcik pakcik tapi golongan muda ni pun ada jugak yang terus menghukum kami macam berdosa besar sangat tidak dikurniakan zuriat.

Apa yang aku maksudkan dengan jatuhkan hukum sebelum menyoal? sewaktu kami baru kahwin setahun dua, waktu tu memang menjadi manusia yang paling sensitif, tiba-tiba di majlis perjumpaan keluarga kami suami isteri ditegur. “korang muda-muda ni jangan nak merancang-rancang pasal anak, nanti Allah dah tak bagi baru korang tahu” , “budak-budak zaman sekarang suka sangat merancang kahwin dulu tapi tak nak anak” . Waktu tu aku cuma senyum jelah sebab depan orang ramai kan, dan memang waktu tu kami suami isteri je yang tak ada anak lagi. Cuma suami aku ada jugaklah menjawab insyaallah dengan izin Allah, Allah yang menentukan.

Sewaktu aku baru lepas berpantang akibat keguguran buat kali pertama, di majlis perkahwinan, masa tu kalau aku fikirkan mungkin emosi aku dah stabil selepas keguguran tapi aku silap, sedang asyik bermain-main dengan anak saudara aku tiba-tiba datang seorang makcik, “kau ni tak habis-habis mengentil anak orang bila nak ada anak sendiri, sibuk dengan anak orang je” waktu tu aku terus berpaling dan pergi dari tempat tu , sedih sangat waktu tu, aku ingatkan emosi aku dah stabil tapi bila kena soalan cepumas macam tu terus rasa nak meraung dekat situ.

Pernah sewaktu lepas berpantang untuk keguguran kali kedua, kebetulan masuk bulan syawal yang ada dekat rumah aku masa tu ibu, ayah, aku dan suami. Saudara mara datang bersilih ganti, ibu ayah sibuk layan tetamu, terpaksa lah aku ajak sekali suami aku jadi orang dapur, basuh apa- apa yang patut dan tolong hidangkan makanan. Datang sekeluarga yang ingin beraya dengan bangganya pakcik tu cakap anak dia dah ada anak dan aku bila lagi? ibu jawab “indah baru lepas pantang ni, dah dua kali keguguran” aku yang tengah hidang air terdengar pakcik tu jawab. “kalau kali pertama mengandung kau tak boleh jaga memang tak dapat anak la jawabnya” “yang kali pertama tu kau kena jaga betul-betul kalau tak memang sampai bila-bila kau tak dapat anak” . Waktu tu aku rasa macam nak je cakap “pakcik tak percaya kuasa Allah ke? pakcik tak percaya Allah tu ujud ke? ” tapi waktu tu aku diam dan kelu, tak sangka ada manusia yang macam ni.

Sebagai orang lelaki aku tau suami aku sangat-sangat kuat, sangat tabah dengan takdir yang Allah pilih untuk kami, Allah tidak akan menduga hambanya diluar kemampuan kami. Cuma ada masa di mana kita rasa down sangat-sangat. Apalah sangat bila suami kena bahan ‘tembak tak tepat’, ‘tak power’ benda tu dah jadi perkara biasa, dah lali. Ada satu kes, bila suami balik kerja aku nampak dia macam serabut sangat, selain serabut dengan kerja dia cerita kawan dia cakap ” aku pelik dengan kau ni dah kahwin bertahun-tahun tapi tak ada anak, selalunya orang sekejap je dah ada anak” mungkin waktu tu suami aku tengah serabut dia jawab “kau belum kahwin nanti kau dah kahwin kau tau lah” dan sekarang kawan suami aku dah kahwin hampir 3 tahun tapi masih belum ada tanda-tanda isteri dia mengandung. Kuasa Allah kan?

Aku cuma nak ingatkan lah, kalau korang rasa ada disekeliling korang orang yang macam ni terus menjatuhkan hukuman, aku mohon tolong nasihatkan sedikit. Aku tau mereka semua kesian kan kami sebab kahwin bertahun-tahun tapi tak ada anak cume cuba tukar cara bercakap tu, cara menyoal tu, aku rasa kalau baik dari awal insyallah akan baik jugak yang jawab. Percayalah tiada siapa yang mahu menjadi seperti kami.

Terima kasih kepada mereka yang kalau berjumpa je akan cakap” takpe aku doakan korang dapat zuriat” Alhamdulilah masih ada yang positif. oh ye kami suami isteri sedang mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor, harap sangat kepada yang membaca doakan kami suami isteri dikurniakan zuriat. kita semua dikurniakan zuriat. Ambil yang positif yang negatif walau susah nak buang atau lupa kan kita jadikan pengajaran agar kita semua berjaga dalam percakapan atau perbuatan. Aamiin.

– indah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *