Parasit

Assalamualaikum ADMIN ni confession yg berapa kali saya hantar pun tak pasti sebab yg sebelum2 ni xpernah pun dipublish. Sedih hati saya. Sob sob. Harap kali ini berjaya lah melepasi tapisan admin. Saya nak share kan pengalaman saya, berkenanan tetamu yg dh menetap bertahun2 dekat rumah saya. Benar org cakap once kita kawin jgn biasakan diri duduk dgn family members saudara mara ipar duai apetah lagi org luar. Banyak yg buruk dr yg baik.

Cerita sy taklah seberat org lain, dan mungkin yg tak penah alami akan kata benda kecil tapi lumrahlah sebagai manusia sy pun tau erti penat apetah lagi dgn keadaan sy yg bekerja serta sedang mengandung balik menguruskan anak2 kecil yg sedang melasak.

Mereka yg duduk dirumah sy langsung tak ada sifat rasa kasihan atau tau erti tanggungjawab. Segala yg jadi skrg jika sy tak tegur akan berlanjutan sampai bila sy pun tak pasti. Ada juga teguran yg mereka tak ambil berat langsung. salah seorang dr mereka dah duduk dgn sy since anak pertama sy baby lagi. kini anak sy dah pun bersekolah tadika. bayangkan selama bertahun2 dia duduk dengan sy segalanya perlu sy ingatkan dan tegur. masalahnya skrg, dia seorang yg tak boleh terima teguran. jika sy tegur secara berhemah ibarat angin lalu yg menampar pipi sy sendiri. akhirnya benda itu sy sendiri yg akan ikut dan selesaikan.

ibarat mengajar anak kecil dgn penuh kesabaran, dan banyak kali kesabaran sy menipis. berkali2 sy sound end up sama je. berbulan2 sy diam, maka berbulan2 jugak dia melemakkan diri dia. terkdg anak2 terkena tempis sebab sy penat menguruskan anak2 dan mata berbulu menghadap parasit yg merosakkan hari2 bahagia sy dgn kemalasan dia. jika sy tegur, dia akan bidas balik, tetap menegakkan bahawasanya dia tak bersalah and sy hanya menunding jari mencari kesalahan dia.

bayangkan selama bertahun dia duduk dgn sy belum pernah sekalipun dia pegang penyapu, bilik dia ada sekali 2 je dia kemas yg lain dia pegang konsep pemalas dia. kalau penyapu pun dia susah nak pegang apetah lagi yg lain. segalanya hal rumah toilet sampah serah bulat2 pd sy dan juga suami ibarat kewujudan dia tak beri effect pd kebersihan serta suasana rumah.

dia gemar memasak utk org ksyg dia tapi bukan utk keluarga dia. selepas memasak kawasan dapur termasuk sinki tak dibersihkan dan selalu tinggalkan bekas2 dia masak dan walaupun diingatkan utk bertanggungjawab dgn kerja yg dia lakukan namun sia2 hanya sekali dua selebihnya org lain yg akan bereskan utk dia. dan jika kerap berlaku berbulan2 menahan sy meletop. tapi jawapan yg dia bagi hanya pd teguran yg sy katakan hari itu. hari2 sebelum ni ibarat dia tak melakukan kesalahan.

salah ke sy sebagai tuan rumah bersuara terhadap rumah sy? kenapa masih wujud org yg tidak sedar kedudukan mereka dimana dan pentingkan diri? kalau ada yg tertanya2 kenapa sy & suami tak halau je dia. ye ditegaskan kami pernah suruh dia move out since dia tak selesa dgn anak2 sy. dia inginkan rumah yg tenang tanpa gangguan supaya mudah dia nak meningkatkan kemalasan dia dgn terperap dalam bilik 24jam tanpa gangguan. tapi hampa sebab dia seorang manusia yg tak punya rasa. sehingga kini dia masih dirumah sy bermalasan dan sy dah mcm org gaji sebab segalanya sy lakukan. dia yg sy kata seorang wanita berkahwin yang agak pengotor sebab badan, bilik dan segalanya berbau and dia boleh hidup dgn keadaan itu. sy agak taktahan dgn suasana yg berbau dan org yg tak pentingkan kebersihan. sy dah taktau cara yg baik lagi utk suruh dia keluar dari sini. sy takada masalah kalau ingin menumpang tapi jgnlah lakukan tuan rumah seperti ini. ibarat dia raja sy pembantunya.

selain daripada itu berkali2 sy tegur dia berkenaan dia selalu keluar malam dan pulang lewat pagi. sy punya anak2 kecil tapi jawapan yg sy dapat, hanyalah menyakitkan hati. kini sy takada upaya nak menasihati dia lagi melainkan berdoa dia cepat move out dr sini. sy selalu depresi gara2 ini. dia merupakan masalah dlm hidup sy. DEGIL, PEMALAS, PENGOTOR, EGO & MENYUSAHKAN. dan dia masih lagi keluar dan balik rumah sesuka hati dia tak kira waktu. dia langsung tak membantu, berkira dan keras kepala. anak2 sy kerap menangis dan diganggu anasir yg mungkin ikut dia balik lewat malam. tolong doakan supaya parasit ni pergi dr rumah sy. sy tak kisah kalau dia nak bermalasan dirumah dia sendiri, itu hak dia. tapi bukan dirumah sy dan membabitkan sy & keluarga.

jika nak list kan perangai dia yg lain2 terlampau banyak yg menyakitkan hati, jika minta tolong teramat payah utk dia bantu sebab menyusahkan dia dan sy akan ingat smpi bila2. dan sy memang tak akan minta tlg kalau keadaan tak terlampau memaksa sebab dia akan buat dengan dengan muka yg terpaksa. saya cuba ikhlaskan segalanya. cuma berharap keluarga sy tak terserap dgn perangai dia. Nauzubillahminzalik. Semoga kita dijauhkan.

pesanan sy pd yg ingin menumpang sedarlah diri anda, jgn ambil kesempatan atas kebaikan org lain. Hormatilah tuan rumah Dan bersyukurlah ada yg ingin menumpangkan. Dan klo rasa diri tu memg pemalas tahap tertinggi, tlg berumah sendiri. Jgn menyusahkan org.

– aku tak sado

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *