Dimana Keikhlasan Aku

Aku makin sedar, aku jadi makin kasar terhadap mak ayah aku. Aku mula rasa tak adil. Aku mula rasa terbeban. Aku mula rasa mak ayah aku pentingkan diri daripada fikirkan keadaan aku.

Semua ni terjadi bila aku dah mula berkerja jauh dari kampung, dengan gaji yang agak lumayan untuk seorang bujang macam aku. Bila bab gaji, of course semua orang nak ambil tahu, lagi2 ahli keluarga.

Aku memang tiap2 bulan bagi mak ayah aku duit. Dan percayalah, kebanyakkan gaji aku memang pergi kat mak ayah aku. Of course, perasaannya sama macam orang lain, rasa happy sangat2!! Rasa dihargai bila mak ayah cakap terima kasih.. dan tiap2 bulan aku memang ada belanja untuk adik beradik aku yang lain.

Tapi tiba2, berlaku satu insiden yang berlaku, ada satu bulan tu aku pernah bagi mak ayah aku kurang sebab aku nak repair kereta (aku pakai kereta 2nd hand yang cap ayam). Tapi apa yang aku dapat hanyalah jeritan dari ayah aku, sanggup marah2 maki aku sebab bagi dia kurang duit.. Allah, gugur jantung aku masa tu. Sampai hati mereka, pentingkan diri dari fikir keadaan aku ni, aku bagi kurang untuk sekali tu je. Ayah aku tanya, mana semua gaji aku pergi.. walhal, kalau dikirakan balik aku tinggal berapa ratus je kat tangan utk sara hidup di KL termasuk minyak dan sewa bilik. Jadi apa yang aku buat, aku batalkan niat nak repair kereta n terus bank-in duit kat mereka. Lepas tu mulalah bagi ayat2 touching, tapi aku dah tawar hati. Demi Allah, tiap2 hari aku catu duit aku fikir nak makan apa. Aku hidup sorang di KL. Sebelum ni aku belum ada kesedaran untuk simpan duit. Tapi aku rasa benda tu memang mustahil untuk aku buat sekarang ni.

Cuma yang aku risau sekarang ni, aku mula sedar, aku makin kasar terhadap mereka. Mungkin juga aku rasa tak adil dengan abang sulung aku yang berumur 30an dah berkahwin tapi masih tak berkerja. Duduk dengan mak ayah aku sekali senang lenang walhal aku kat sini kerja sampai 1-2 pagi. Mak ayah aku dah macam give up dengan abang aku.. sebab tu semua tekanan kewangan pergi ke bahu aku. Ya Allah, sakitnya tak setimpal dgn umurku. Aku taknak anak2 aku rasa apa yang aku rasa, sebab tu aku dah mula sedar untuk rancang kewangan, tapi serious aku tak mampu bukan sebab gaji kecil, tapi sebab most of gaji aku pergi kat diorg.

Aku rasa aku dah mula tak ikhlas bagi mereka duit, sebab aku hidup dalam kesempitan. Aku rasa gaji tak cukup, aku dah kurang menderma sebab duit makan aku pun tak cukup. Aku tahu ni semua perasaan jahat.

Hari2 aku nangis.. minta kekuatan dari Allah. Aku kenangkan diri aku.. aku sanggup duduk di bilik sewa yang paling murah sebab nak berjimat (dan korang boleh agak la condition dia macamana), sanggup pg balik kerja dengan bahang kepanasan, balik pagi2 buta dengan keselamatan aku tak terjamin . Tapi takda siapa kisah, yang penting bagi diorg, duit masuk. (untuk yang bertanya aku bagi mereka hampir 2 ribu setiap bulan dekat mak ayah aku). Duit tu ke mana, demi Allah aku tak tahu.

Aku hanya mahu berkongsi perasaan aku dekat korang sebab aku tak mahu identiti aku didedahkan. Aku tiada tempat utk luahkan. Aku perasan semua officemate aku ‘mark’ aku sebagai orang susah & tidak style. Sebab tu aku malas nak cerita pun kat diorg even dekat kawan baik sendiri. Sebab ni aib keluarga aku.

Untuk diluar sana, aku mohon doa yang baik2 dari anda semua, semoga Allah beri kekuatan dan kesenangan kepada aku, semoga aku jadi anak yang baik kepada ibu dan ayah ku sebab aku sayang mereka sangat2.

Terima kasih semua,
– anak derhaka –

– Anak derhaka

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *