Kosmetik Tempatan Yang Berkesan Dan Selamat

Bidang kosmetik adalah perniagaan yang menguntungkan. Kalau di peringkat antarabangsa, melibatkan keuntungan berbilion dolar. Kalau di peringkat tempatan, kita boleh lihat kewujudan banyak jutawan pengasas kosmetik. Banyak produk tempatan keluaran kilang OEM. Juga, banyak produk tempatan mengandungi bahan terlarang kerana nak nampak kesan cepat. Sayang sekali kerana tiada kepakaran dan teknologi tempatan untuk hasilkan produk kosmetik tempatan yang berkesan dan selamat. Permintaan ade kerana walaupun tak bersolek, tetap perlu guna pencuci muka, pelembap, pelindung sinar UV.

Sekarang ramai pengguna berani pakai produk yang dijual di farmasi berdaftar seperti Watsons, Guardian kerana lebih diyakini. Terfikir, alangkah bagus kalau ade produk tempatan yang boleh capai tahap produk tersebut. Ade produk tempatan yang dapat tembusi farmasi, tapi ade yang guna teknologi luar negara dan kilang juga terletak di luar negara.

Alangkah baiknya kalau produk tempatan tu dihasilkan menggunakan formulasi yang dihasilkan oleh ahli farmasi tempatan dan dikilangkan di negara ni menggunakan teknologi (peralatan dan kaedah) tempatan.

Dari segi kepakaran, setiap tahun negara kita ade keluarkan graduan farmasi. Adakah ahli farmasi profesional yang bekerja dalam bidang kosmetik ini hanya bekerja dengan syarikat dan kilang dimiliki pelabur luar negara? Ada tak ahli farmasi yang hasilkan formulasi sendiri? Rasanya, tidak ade. Kerana R&D mahal.

Biasanya, kilang OEM akan keluarkan produk kosmetik. Pengasas kosmetik akan berurusan dengan kilang OEM untuk pembungkusan mengikut jenama. Formulasi dihasilkan oleh kilang OEM. Kenapa pengasas tak hasilkan formulasi sendiri? Kerana R&D mahal.

Pengguna tau boleh guna bahan semulajadi seperti tomato, beras, kunyit untuk buat kulit lembap, licin. Tapi sukar atas sebab tiada masa untuk buat sendiri, leceh, kesan lambat kelihatan. Bahan kena beli sedikit apabila nak pakai. Kalau beli banyak, kena simpan dengan baik untuk kekalkan kesegaran. Penyediaan leceh contoh untuk buat pes tomato bagi dilumur di muka. Kesan juga lambat kelihatan dan perlu pakai secara kerap & selalu untuk nampak hasil. Sebab tu lebih mudah beli produk siap yang sedia dipakai bila2 masa.

Kenapa tak hasilkan produk guna bahan semulajadi? Kalau jual dalam bentuk asal contoh buat tomato, tak boleh jual mahal. Kalau jual dalam bentuk pati contoh pes tomato, sukar untuk kekalkan kesegaran. Kalau diproses di kilang, boleh jadi zat/nutrien akan hilang.

Ade juga bahan semulajadi yang berjaya dikilangkan dan dipasarkan secara meluas contoh bedak sejuk dari beras yang memang terbukti keberkesanannya. Bedak sejuk dijual di kedai tidak berbau kurang enak seperti bedak sejuk buatan sendiri. Tapi, bedak sejuk keluaran kilang tak boleh dijual pada harga mahal. Lagi satu, bedak sejuk cuma boleh dipakai semasa di rumah kerana bila muka dilumur bedak sejuk, ketara lapisan putih yang tebal dan wajah jadi melucukan. Sedangkan produk kosmetik seperti pelembap boleh dipakai bila-bila masa kerana tidak jelas kelihatan kerana diserap oleh kulit.

Kenapa guna bahan terlarang? Supaya kesan nampak dengan cepat. Di pihak pengguna, mereka nak lihat keberkesanan untuk buat pilihan sama ade untuk terus beli & guna produk tu. Sebab tu pengeluar produk tak mahu hilang pembeli, dengan cara guna bahan yang cepat berkesan.

Soalannya, ada tak produk yang berkesan tapi selamat? Jika ade, berapa lama akan nampak kesan? Negara kita banyak tumbuhan yang boleh digunakan untuk kecantikan. Harap dapat dikomersialkan untuk hasilkan produk berkesan dan selamat.

Kalau dikekang pun akan tetap ade kosmetik guna bahan tidak selamat kerana: 1. Permintaan untuk kulit lembap, licin dengan cepat. 2. Ade pihak yang nampak peluang perniagaan menguntungkan dalam bidang kosmetik.

Jadi, peranan kerajaan untuk bantu hasilkan produk kosmetik selamat. Menyediakan fasiliti R&D. Geran untuk membiayai R&D. Jika dilihat, sudah ada hasil kajian untuk hasilkan ubatan/kosmetik menggunakan tumbuhan. Boleh jadi, perlu dibaiki dari segi komersialkan hasil kajian dan tembusi pasaran. Boleh jadi, hasil kajian itu boleh dijual kepada pihak yang berminat menjadi pengasas produk untuk dikomersialkan.

Post di atas hanyalah berdasarkan pandangan dan pengetahuan penulis yang terhad.

– Pengguna / Consumer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *