Terima kasih ya admin kalau approve confession saya.
Assalamualaikum readers. Aku gadis berusia awal 20an. Duduk di kampung dengan mak ayah. Selepas kira-kira 10 tahun juga lah, aku decide nak terus tinggal di rumah je lepas ni. Memandangkan sebelum ni aku belajar jauh. Rasa bersalah bila tak selalu spend time dengan parents.
Aku ada kakak dua orang. Umur kami tak jauh beza sangat. Beza dengan Long 3 tahun, dan Ngah setahun je beza. So, kami punya perangai lebih kurang je. Kalau orang lain tengok diorang takkan dapat beza siapa yang sulung siapa adik. Aku tak boleh terima fakta ni sebenarnya. Aku selalu rebel.
Long physically orang dapat teka dia sulung. Tapi kadang2 gaya dia dress up buat orang confuse. Tapi still badan dia besar sikit. Tu je la yang nampak beza dia dengan adik2. Perangai dia bagi aku, kurang leadership. Kawan2 dia pun ramai yang baya aku je. Sebab dia masuk belajar lambat sikit after setahun menganggur dekat rumah. So what do you expect? Kalau dah nama pun bergaul dengan orang muda-muda.
Ngah dengan aku selalu buat orang confuse. Badan aku besar sikit dari Ngah. Sikit je la. Berat aku still bawah 50kg okay. Haha. Ngah kurus dari aku. And muka aku lagi matured dari Ngah. Urghh i hate this fact. Yes sebab aku ni kaki study, selalu dalam stress, muka serius memanjang. Sebab tu lah nampak matured. Muka lebih berusia dari umur.
Dulu masa kecik orang ingat kami kembar. Kadang2 Ngah cakap kitorang ni tertukar surat beranak kot. Dah lahir pun di tempat yg sama. Tapi gambar aku masa kecik banyak. Cukup nak buktikan aku ni adik korang. Aishhh.
Kadang2 aku rasa aku lagi matang dari kakak-kakak aku. I dont know why. Bahkan aku habis study(degree) dulu dari diorang. Diorang masing2 tengah ambil bachelor degree. Aku geram kenapa diorang habis diploma tu tak kerja je dulu. Tapi salah gak kalau aku persoalkan rezeki diorang. Eh tapi still, pilihan tu dah ada. Boleh je nak pilih bekerja. Aku tak nampak effort diorg cari kerja pun. Pengalaman kerja apatah lagi. Sedangkan belajar tu boleh hold dulu kan. Entahlah kenapa baru aku nak pertikai semua ni sekarang.
Siapa yang sama experience dengan aku? Macam mana nak handle ea perasaan macam ni? Aku nak marah sangat bila aku ni tak dapat keistimewaan seorang adik tu. Faham tak. Eh entahlah macam mana nak explain.
Mak ayah aku dah makin berusia. Tapi still anak yang sulung study lagi. Yang kedua pun study lagi. Yang adik ni dah habis study? So aku la yang kena lead family ni? Gitu ke? Aku nak marah jugak bila aku terpaksa korbankan niat aku nak sambung master. Sebab kesiankan parents. Takkan semua nak belajar? Sampai bila? So aku tangguhkan dulu niat tu tunggu diorang habis belajar. Takpe biarlah aku yang kerja. Aku kesian tengok ayah aku kerja sorang2 cari duit nak bagi kami makan.
Ayah aku bukan bekerja dengan orang. Dia kerja sendiri. Seorang. Takde pekerja. Dialah bos, dialah kerani, dialah semuanya. Gaji bulan2 pun tak tetap. Kadang mak ayah makan ikan kering je semata nak save duit nak bagi duit belanja dekat kami.
Aku jadi rebel macam ni sebab mak ayah dah semakin berusia. Tapi anak2 still 100% harapkan mak ayah. Kadang aku persoalkan kenapa anak sulung ayah bukan lelaki? Tapi kalau sulung lelaki pun tak boleh diharap tak jadi jugak. Okay.
Lagi, yang tukang drive pergi mana2 adalah ayah. Yes kakak2 aku langsung tak boleh diharap buat masa sekarang. Aku on the way tengah nak dapatkan lesen. Aku harap lesen tu nanti bukan sekadar lesenlah. Harapnya ayah aku boleh la nak harapkan aku jadi driver dia pulak.
Panjang kan? Kan best kalau dapat luahkan face to face dekat orang yang baca ni. Takde lah aku meroyan sekarang ni. Aku rasa muka aku jauhhhhhh lebih berusia kalau asyik fikir masalah ni.
Last ok last. Aku harap aku tak kahwin dululah boleh tak. Takkan anak2 aku lagi tua dari anak kakak aku pulakkk. Okay sorry kalau aku telah menunjukkan ketidakmatangan aku kat sini. Aku cuma nak confess apa yg sarat di fikiran aku je.
– Pii (Baca:Pai)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit