Salam admin dan readers semua. Terima kasih kalau luahan ini diupload. Kalau tak pun tak mengapa.
Akhir-akhir ini banyak luahan pasal perkahwinan. Samada isu kahwin muda, pasal hantaran mahal dan cabaran dalam perkahwinan. Cerita aku ni berkisar pasal pengalaman dan pandangan aku sendiri.
Ringkas mengenai aku. Aku seorang wanita berkerjaya profesional. Berumur dalam 30-an dan sudah berkahwin. Aku ni boleh dikatakan bertemu jodoh dalam usia yg agak lewat. Aku nikah masa umur dah 29 tahun. Ok points yg aku nak highlightkan di sini adalah:
1) Jodoh Pertemuan
Setiap org mesti nak yg terbaik dlm hidup masing-masing. Mcm aku, bukan sengaja nak lewatkan perkahwinan, dah jodohnya Allah temukan lambat sikit. Mungkin sebab aku perlu berbakti pd kedua ibu bapa dahulu. Hanya Allah yg tahu rahsia disebalik jodoh yg agak lewat ni.
Point aku adalah, tolonglah jgn pertikaikan rezqi dan jodoh org. Itu semua hak Allah. Jgn ckp mcm tak bertuhan. Kau kahwin awal bukan sbb kau hebat atau cukup hensem/lawa, tp dah Allah berkehendakkan dan izinkan kau kahwin awal. Itu bahagian kau. Alhamdulillah!
Untuk yg kahwin lewat atau masih belum bertemu jodohnya, jgn risau. Allah dah rancangkan yg terbaik utk kalian. Percaya pd perancangan Allah. Sbg persediaan, “be the best version of you”. Upgrade diri. Itu lebih penting.
2) Soal Hantaran
Jujur aku cakap, mentua aku mmg bertuah dpt besan mcm family aku. Bukan nak bangga diri/riak, tp itu hakikatnya. Sampai ke hari ini pak mentua aku selalu sebut2 pasal hal ni sbb rasa terhutang budi pd family aku.
Kalau nak tahu, suami aku masa dah bertunang, baru betul2 usaha cari kerja tetap. Jadi faham2lah. Mana ada simpanan sendiri. Mmg zero. Masa dtg merisik (mesyuarat tertutup. Ayah tak izinkan bawak org lain. Hanya ada mak ayah aku, dan mak ayah mentua), pak mentua aku cukup risau kalau2 family aku letak hantaran mahal sbb anak dia mmg takde duit langsung. Banding dgn aku yg kerja hebat, mmg dimata manusia, ibarat “langit dgn bumi”.
Tp nak tahu apa ayah aku cakap? “Mcm ni lah. Sejujurnya berapa yg keluarga lelaki mampu? Tak kisah berapa pun.. “. Pak Mentua aku malu2 alah terpaksa ckp hanya mcmpu RM3k saja. Ayah aku kata takpa. “Kami terima. Tp utk menutup aib semua pihak, kalau org tanya, kita cakap saja hantaran RM15k. Malas nak menjawab mulut2 bawang semua”. Alhamdulillah… semua dipermudahkan. Ayah aku byk tanggung majlis aku sbb tggjwb menikahkan anak perempuan adalah tggjwb ayah sbg wali aku. Terima kasih ayah dan mak! Semoga Allah balas segala jasa baik kalian hingga ke syurga. Aamiiin!
Point aku kat sini adalah, tolonglah mudahkan pernikahan, dan sila “ukur baju di badan sendiri”. Bg yg mampu, sila teruskan dgn berapa pun jumlah hantaran yg diidamkan. Tp bg yg kurang berkemampuan, tolonglah ringankan beban pihak lelaki. Sama2 mudahkan pernikahan. Prinsip aku & family, jgn nak kahwin sampai kene buat loan bagai. Pantang! InsyaAllah, rezqi selepas kahwin ni Allah akan mudahkan. Sampai ke hari ini kami suami isteri wajib kirim duit setiap bulan utk kedua ayah dan mak di kg. Sama saja nilainya utk kedua belah pihak. Kalau nak tahu, inilah tips rezqi mudah masuk. Buat baik dgn kedua org tua kita. Dlm duit gaji kita, jgn lupa ada hak org lain juga.
Sbg ringkasan:
1) Jodoh ni rezqi & rahsia Allah. Sama mcm maut. Tak tahu bila akan sampai.
2) Mudahkan pernikahan, tapi jgn ambil mudah soal nikah. Paham kan beza maksud?
3) Percaya pd perancangan Allah. Jgn buruk sangka pd Allah.
4) Kalau masih ada mak & ayah, jgn lupa buat baik pd mereka.
5) Sabar itu penting dlm perkahwinan.
6) Tahu tanggungjawab masing2 & laksanakan.
7) Solat Jemaah suami isteri antara kunci kebahagiaan rumahtangga. Solat jangan tinggal! Suamiku adalah imamku.
P/s: Tolong doakan aku & suami dimurahkan rezqi zuriat pulak selepas ni ya. Aku jugak doakan yg terbaik utk kalian semua. Amiiinn Ya Rabb!
-MeLati Kota-
– Melati Kota
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit