Secret Superstar dan Sisi Gelap

Hi, maaf jika penulisan ini sukar difahami atau kucar kacir penceritaannya . entahla mungkin sudah lama tidak menulis. aku bahasakan “aku” untuk mudah aku olah penceritaan ini ya.

seperti tajuk, ya ianya berkaitan dengan filem “secret superstar” dari produksi aamir khan. Filem mengenai impian, oppression, kesetiaan, tekanan, kehidupan, child marriage & lots more. Overall it was a nice movie bagi pendapat aku. Tapi since i watched it , it gave me mix feeling. Ada satu babak bila mak dia kena pukul in front of the kids, it triggered me. dan ada satu babak bila anak dia suggest mak dia cerai dengan ayah. Ya allah, i cried. sebab situasi tu sama macam aku .

Jahat kan ? ya aku pernah suggest mak aku bercerai dengan ayah aku. aku pernah kata mak tinggal kan sahaja ayah . tak perlu peduli pada ayah . lantakkan aje ayah . jom pergi jauh jauh dari ayah . tapi mak aku, macam dalam cerita tu . being a typical ‘silly’ mom still wanna stay dan mempertahankan ayah aku. rela diseksa perasaan dan emosi. cuma berbeza dengan cerita tu mak aku tak di abuse fizikal. cuma ada la sekali dua mak aku pernah terlepas cerita dia ditendang kat perut masa pregnant adik aku dulu , masa tu kata mak aku dia gaduh besar dengan ayah aku sebab ayah aku kantoi. what the f kan dah kantoi mak aku kena marah pulak, pastu tendang. sesuka aje , nasib aku kecik sangat lagi. kalau tak… of course aku akan pertahankan mak aku.
dan mak aku pernah larikan diri , yang ni paling sedih dalam sejarah hidup aku dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada diri aku. it hurts me badly. up until now. tapi aku tak pernah akan salahkan mak aku . its all salah ayah aku . ayah aku punca. ayah aku buat memori aku kotor. ayah aku buat semua jadi suram. keyakinan aku hilang. kesan paling dasyat dalam hidup aku. sampai saat ni aku rasa sakit tu. sakit menunggu, sakit ditinggal! aku tunggu mak aku balik all night , tak tidur. aku harap mak aku balik hari tu aku tunggu. aku harap mak aku muncul. pepagi buta dalam jalan gelap tu . aku, si kecil aku sambil nangis aku tunggu di bucu tingkap dengan harapan mak aku muncul tapi sampai esok mak aku tak muncul. and i was eight that time. aku faham kenapa mak aku tak muncul. sebab mak aku penat . penat dengan ayah aku . so from that on aku stop sayangkan ayah aku. aku jadi perengus, pemarah dan aku jadi anak yang pendendam . aku tak percaya pada ayah aku. aku benci dia. dan sisi gelap aku adalah aku cuba pisahkan ayah dan mak aku . aku hasut mak aku tinggal ayah aku . aku tak suka mak aku seksa tapi mak aku lembut . terlalu lembut, lembut dan pemaaf untuk berapa juta kali masih maafkan ayah aku . aku tak faham . sungguh.

tapi mak aku yakinkan nanti aku akan faham bila da besar. dan now aku da besar, macam kata mak aku, aku akan faham nanti . aku faham mak aku lakukan (maafkan ayah aku dan still stick to him) sebab kami, aku dan adik adik aku. mak bertahan sampai saat ini sebab kitaorang . cuma waktu dia ‘hilangkan’ diri sebab waktu tu dia tak tahan sangat. dan dia bersalah sangat kat kami tapi aku masih faham sebab semua tu bukan salah dia. dan kalau hari ni, aku harap keadaan tu takkan berubah, aku akan jadi penyokong utama dia untuk lari. ya , aku harap dia ‘hilang’ cari kebahagiaan dia, bebas. cukup la, jangan ditindas lagi. tapi sebab hati dia , hati seorang ibu, dia balik sebab kekangan waktu tu adalah kami. Dia sayangkan aku dan adik adik aku. Dia tak boleh pergi begitu sahaja. Dia juga tak boleh pergi membawa kami. dipendekkan, dia tiada sokongan dari sesiapa. dan ayah aku berjaya yakinkan tak akan ulangi kesilapan tapi still ayah aku begitula… cuma beza sekarang mak aku dah ada penyokong . ya aku dan adik adik aku . jadi mak aku tidak lagi ditindas. andai ditindas aku akan bangkit pertahankan.

pada suami yang mungkin berkelakuan seperti ayah aku, aku cuma nak cakap mungkin kau rasa perbuataan kau menunjukkan kau sebagai ketua, berbuat apa sahaja dan menindas isteri yang kau rasa patut menurut ‘perintah’ kau tapi ketahui lah berbuat baik pada isteri tidak merugikan walau sedikit pon. kenapa perlu menyakitkan ? kau tahu, kau bukan sakitkan hati seorang tapi hati semua yang mengetahui perbuataan kau itu !

jadi pengakhiran filem secret superstar adalah pengakhiran yang membahagiakan bagi aku, mak dia ambil keputusan yang tepat . pada wanita, benar, taat setia patuh pada suami ada ganjaran syurga yang hebat . tapi kau kena faham dan tahu beza antara tekanan(oppression) dan kepatuhan(devote) adalah suatu yang berbeza . tolong jangan biar diri ditindas, diseksa emosi dan fizikal. ini juga akan bagi kesan pada anak kau di masa dpn .

aku zarin, mdd with ptsd .

– zarin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *