Diriku Selalu Dibenci

Assalamualaikum, aku nak luahkan apa yang terbuku dalam hatiku sejak 21 tahun aku hidup.

Aku seorang perempuan. Cantik(ramai kengkawan & sedara puji aku lawo), pandai(aku budak cemerlang upsr 5A,pmr 8A,spm 7A, matriks dean list and uni) pandai memasak, pandai menjahit baju, pandai melukis(komik & anime haha), pendek kata aku dianugerahkan Allah banyak kelebihan.. Tapi, Allah beri aku satu kelemahan..dan bagi aku kelemahan tu sangat membuatkan aku menderita. Iaitu….

Aku tiada kawan

Aku tahu korang mesti ingat benda ni benda yg remeh temeh. Tapi bagi aku kawan tu penting tambah-tambah kalau ada kerja grouping kat uni memang tersangatlah susah bila takde kawan ni. Aku memang sejak sek rendah lagi aku takdak kawan sangat. Dan benda ni berpanjangan sampailah aku ke sek menengah, matriks dan akhirnya universiti. Aku tak pandai bersosial memang. Tapi bukan setakat tu, masalahnya orang memang benci aku, sejak aku kecik lagi.

Aku ingat lagi masa sek menengah.masa tu aku form 5,Aku ada cuba nk bertegur sapa dengan sorang budak kelas lain. Haritu hari merentas desa. Dan macam biasa memang ada sorang budak perempuan ni selalu dapat tempat pertama. Nama dia salwa. Aku saja je tanya budak tadi tu

“Salwa dapat johan lagi ke? “Dengan muka penuh ceria. Tapi budak tu balas.
“Mana nak tau kat dia, pergi la tanya sendiri.”dengan muka penuh benci dan berkerut.. Aku tak paham apa masalah dia. Tapi yang lebih mengejutkan salwa tiba-tiba melintas situ. Lepas tu dia sapa salwa, “weh ko dapat no 1 lagi noh, hebatla ko”

Aku tersentap.. Terkejut gila. Dia tau je jawapan dari soalan aku tu. Jadi perlukah dia membalas jawapan aku dengan kejam. Susah sangat ke nak cakap baik-baik. Dan jugak yang lebih pelik aku tak pernah cakap dengan dia sebelum ni. Sebab kelas lain-lain. Bukankah sepatutnya kalau kita tak kenal seseorang tu kita akan buat baik kat dia.. Ni sangat pelik. Dan bukan setakat ni je. Time kat kolej matrikulasi. Alhamdulillah aku dikurniakan sorang kawan baik.. Tapi kawan sekelas selain dia semua memusuhi aku. Aku tak faham apa salah aku.

Pernah sekali aku ada buat silap, satu kelas bash aku. Maki hamun aku seolah-olah aku memang tak patut hidup. Padahal bukan kesalahan membunuh pun. Lagipun bukan ke kita ni sedara seislam.kenapa mencarut sampai macam tu sekali?. Aku terkejut dan sedih sangat time tu. Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku sampai hampir terjun curam bukit Alhamdulillah ada bisikan dari malaikat mungkin yang suruh aku tawakkal je dekat Allah.sampai sekarang aku trauma dengan kejadian tu. ingtlah apa saja yang kita buat kat dunia ni ada balasan nya.walaupun dengan mulut saja kita boleh membinasakan orang lain. Janganlah sampai mencaci saudara seislam kita.aku hampir kehilangan nyawa. Nauzubillah..

Then, Last2 aku pergi kelas sorang pun tak berani cakap apa padahal dalam whatsapp group bukan main havoc lagi. Pengecut .

Dekat uni pulak. Perkara sama berulang. Dalam kelas semua berpuak-puak. Tambah-tambah perempuan. Ada geng huha. Ada geng pendiam. Ada yang nerd. Macam2..tapi semua tak masuk dengan aku. Aku taktau nak klasifikasikan diri aku ni dekat mana. Aku bukanlah pendiam sangat sebab aku ni boleh je bersembang. Dan aku bukanlah geng huha(geng banyak bercakap ,mulut celupar dan suka gelak banyak dan kuat dalam kelas)..

Bila dalam kelas aku sangat terseksa bila detik-detik dimana lecturer belum masuk ke kelas sebab time tu aku taktahu nak buat apa. Semua pakat bersembang bergelak ketawa dengan kawan-kawan masing-masing tapi aku. Takde sape nk bercakap dengan aku. Last2 aku main phone. Tapi still aku rasa tak selesa. Rasa macam dipulaukan. Kadang aku terfikir, geng2 budak huha tu baik je dengan geng pendiam. Diorang bertegur sapa je tapi bila dengan aku. Senyap. Bukan setakat senyap tapi siap jelingan maut. Sungguh aku tak faham apa salah aku?

Aku banyak mengadu dengan ibu aku dan ibu aku selalu beri kata motivasi kat aku dan memujuk aku yang semua ni ujian dari Allah. Dan satu kata-kata ibu aku yang menjadi asas kekuatan aku ialah,

“Allah tak bagi kamu kawan mungkin sebab Allah nak jadi kawan kamu”

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *