Hutang Kenduri Asbab Duit Salam

Assalamualaikum admin dan para pembaca sekalian,

Aku harap artikel aku ni di postkan oleh admin lah ya. Saja aku buat artikel ni nak bagi buka mata anak-anak muda kita sekarang ni.

Tulisan aku kali ni, kenapa ya orang yang buat kenduri mengharapkan duit salam untuk bayar hutang selepas kenduri?

Aku dibesarkan dalam keadaan yang baik dimana ayah aku seorang pengusaha kanopi dan katering. Aku sendiri tengok jatuh bangun ayah aku. Ada 1 masa sampai ayah aku hampir bangkrap disebabkan hutang-hutang yang tidak dibayar oleh orang yang order katering dan kanopi untuk kenduri.

Bayanglah, booking untuk katering dan kanopi 1000 pax pada harga RM14.50. Total dalam RM14,500 untuk katering dan kanopi.

Then tambah lagi 200 pax dengan alasan takut lauk tak cukup. Dan pada akhirnya 200 pax tersebut tidak di bayar sampai 2018 ni. 3-4 tahun da kes ni. Sampai pengantin tu pun da ada anak sorang dah, kalau tak silaplah. Hahaha. Bila jumpa ayah aku, cuba nak lari. Padahal hari-hari bagi tazkirah dekat orang, buat program solat tahajud itu ini. Tapi hutang sangkut bayar. Sangkut tak doa tu asbab tak bayar hutang?

Kalau korang anak dia, tolonglah ya gerakkan ayah korang untuk bayar hutang dekat ayah aku. Selamat akhirat nanti.

Belum lagi kes-kes kanopi yang lain sangkut nak bayar. Kenduri nak gah, kerusi nak bersarung dan beriben. Siap nak underlayer tapi pada akhirnya sangkut bayaran. Kalau boleh bayar bulanan tu okey lagi. Ni tak bayar langsung. Korang rasa boleh hadap tak dengan situasi macam ni? Macam mana nak handle pengurusan kewangan syarikat dengan orang yang tak bayar balance katering dan kanopi.

Lepas tu bila jumpa tepi jalan, siap buat muka bodoh. Tak boleh bayang orang yang berhutang dengan manusia ni siap boleh tidur lena lagi atas hutang korang. Macam mana eh boleh rasa tenang sampai macam tu sekali?

Alasan, pengusaha katering tu dah kaya. Takyah bayar pun takpe. Hei tau tak apa hukum makan dengan duit haram? Dah la nak memulakan rumahtangga, tapi dengan cara yang tak baik.

Aku ada 1 cerita pengajaran nak bagitahu korang. Ada 1 customer aku ni order kanopi set lengkap dan pada hari kejadian siap da pasang. Lepas kenduri tak boleh bayar. Bukan dengan ayah aku je yang payment dia sangkut, sekali payment ayam mentah pun sangkut beribu sampai bangkrap pengusaha ayam tu.
Lepas 5 tahun, aku dengar khabar yang dia dan isteri dah bercerai. Anak dia yang baru menikah tu pun dah bercerai. Aku taknak la cakap asbab apa rumahtangga diorang runtuhkan. Korang fikir sendirilah.

Dah nak buat kenduri, tapi takde persediaan. Siap nak grand-grand dan pada akhirnya mendatangkan dosa kerana tak bayar hutang. Bukan dapat pahala wei. Dapat dosa. Tak berkat pun. Sepatutnya permulaan rumahtangga dimulakan dengan keberkatan.

Pada akhirnya, korang rancanglah pengurusan kewangan untuk mendirikan rumahtangga. Jangan menjadikan duit SALAM sebagai target untuk korang membayar hutang piutang selepas kenduri okey. Kalau tak cukup bajet, buat kecil-kecil aje.

Jangan amalkan konsep biar papa,asal bergaya. Tu Melayu lapuk, tapi ada jugak yang ikut smpai sekarang.

Btw, aku pun da tambah baik pengurusan company kecil ayah aku. Lepas ni kalau sapa je yang tak bayar hutang kenduri, aku refer mahkamah je. Tak kiralah kawan baik ke kawan biasa ke.

Okelah, harap-harap korang fahamlah ye. Dan ambil pengajaran.

Wasalam

– KM- anak pengusaha katering dan kanopi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *