Cinta Ibu

Assalamualaikum. Tergerak hati untuk tulis kisah sedih ni utk semua tatapan umum. Agar ia menjadi iktibar dan pengajaran utk lelaki mahupun wanita.

Kisah ini bukan tentang ibu ku. Malah tiada ikatan darah daging pun. tetapi inilah luahan hati seorang ibu yg baru kenal semlm. Ye.. Baru semalam. Cinta ibu. Wanita berusia 50 an., Makcik Naz. Dia bahasakan dirinya Cik Naz. Mempunyai sepasang cahaya mata. Dan mempunyai seorang teman hidup yg bernama suami.

Tetapi suami sekadar nama!! Aku kenal dgn Cik Naz kerana Cik Naz tukang urut. Dia kenalan kawanku. Aku minta dia datang urut kerana aku baru bersalin. Cik Naz lemah lembut. Sangat berbudi bila bercakap.

Bermulalah sesi mengurut. Cik Naz membebel melihat luka pembedahan ku kerana ada sedikit nanah. Risaunya melebihi aku. haha. Bukan aku tak risau. tetapi aku dah refer hodpital banyak kali dan doctor ckp luka sikit sahaja dan perlu makan antibiotiok serta ubat cuci.

Aku lihat wajah Cik Naz berkerut sangat bila aku explain luka aku xde ape. Cik Naz concern sgt macam aku anak dia. Terharu pulak rasa. Maklumla aku tiada mak. huhuhuhu. Sebak.

Cik Naz mula mengurut bahagian badan lain dan bermulalah cerita yg tak sepatutnya aku dengar. Dia marah sangat bila lepas bersalin tak jaga badan, tak jaga diri, tak nak mengurut , tak nak ikut pantang2 yg mudah dan mengabaikan kesihatan diri.Dalam 20 min pertama Cik Naz membebel tentang zaman sekarang ni orang tak jaga pantang. Aku dengor je lah kan. muahaha.

Aku dengar je Cik Naz ni cerita. Dalam hati Cik Naz ni betul2 menjaga diri ni. Sayang diri. Hargai diri dia. Cik Naz mula cakap jika kita tak sayang diri kita, orang tak kan sayang kita. Dan suami bila kita dah mula tak cantik, tak sedap mula makan luar!! Tetiba dia diam. Lama.

Masa tu aku tengok ada airmata di bingkai cermin mata dia. Aku ingat peluh. Tapi makin banyak pula. Aku tak tanya. Aku diamkan je. Aku dengar apa yg dia cuba luah.Dia cakap… Cik Naz dah lama putuskan doa utk suami.

Aku macam???? Aku beranikan diri tanya. Kenapa ye Cik Naz? Boleh saya tahu? Cik Naz mula cerita. Aku anggap ini adalah luahan nyata dari seorang ibu. Seorang isteri. Cik Naz dicurangi suami yg ke 5 kalinya. Dan dia yakin… Suaminya telah berzina dgn wanita tersebut!! Dan aku… huaaaaaa. Speechless sgt.

Suami Cik Naz berusia 55 thn. Dan wanita yg ke 5 dia curang tu sama usia dgn nya. Dah bersuami dan bercucu. Dan apa yg paling aku tak leh terima… Cik Naz buka whatsapp Suaminya tengah mlm dan lihat dgn mata kepala sendiri gambar wanita tersebut dlm keadaan b***l dan ayat lucah. Bayangkan pada usia sedemikian rupa. Dan sah. Mereka berzina!!

Aku tekedu. Meleleh air mata aku. Dan apa Cik Naz cakap. Anak lelakinya juga melihat bukti2 ayahnya penzina. Allah. Ya Allah. Aku tak dapat bayangkan hati Cik Naz macam ne. Aku dengar dia cerita tanpa ada sendu. Cuma air mata yg menitik sama seperti peluh. Dalam hati aku Cik Naz terlalu memendam rasa.

Aku biarkan Cik Naz meluahkan rasanya. Dia cakap, dia merayu pada suaminya agar tak diceraikan kerana memikirkan anak2. Anak2 yg dah besar. Dia tak mahu penceraian. Dia nak anak2 bahagia dgn adanya ibu ayah nak2 lagi anak lelaki sulongnya bakal berkahwin. Dia tak mahu anak2 hilang kasih sayang ayah.

Allah Maha Penyayang. Dia buka pintu hati Cik Naz Maafkan suaminya dan terima suaminya seadaanya. Walaupun.. dah terlanjur . Allah. Aku speechless. Sangat2. Cik Naz layan suaminya macam biasa. Namun tiada lagi rasa cinta.

Cik Naz dibayangi dgn mimpi ngeri tatkala suami digauli wanita lain dlm dakapannya. Aku pun tak leh nak bayangkan benda ni. Cik Naz kuat memaafkan namun jauh di sudut hatinya ada rasa terkilan dan ralat. Hati wanita mana tak luka!!

Di usia sedemikian. Hati dicarik2. Sentiasa dibayangi. Cik Naz tertanya2 apa salah dia sebagai isteri dan ibu? Apa dosa dia? Aku terdiam. Aku tak dapat tahan air mata yg mengalir.

Aku peluk Cik Naz. Ye. Sendu teramat Cik Naz. Aku rasa getar jantungnya. Ya Allah.. jika dia ibuku, inilah aku rasa getarnya hati bila diuji sebegini. Jika aku ditempatnya, semestinya aku juga merasa sebegini. Ya Allah, berat ujian ini, Mahal lagi harga Syurga Mu.

Cik Naz, menangis lah sepuasnya. Saya sedia mendengarnya. Cik Naz insan terpilih dari Allah untuk mendaki SyurgaNya. Bersabar Cik Naz. Allah lebih Mengetahuinya. Cik Naz beruntung ada 2 cahaya mata yg sangat2 sayang Cik Naz.

Hampir 30 min juga Cik Naz dan aku menangis. Sedihnya aku tak dapat gambarkan. Pengorbanan ibu. Pengorbanan isteri. Namun tak sedikit pun Suami ungkap Atau lafaz MAAF atau TERIMA KASIH.

Itulah hakikat kehidupan kita. Kita akan diuji dan sentiasa diuji. Hanya Iman menentukan apa yg kita bakal buat dan terima. Aku juga manusia biasa. Kuatkah aku saat ditimpa ujian sedemikian rupa?

Cik Naz hanya menyalahkan diri. Katanya dia dah tak cantik. Dah tua. Dah xde selera suami melihatnya. Aku tarik tangan Cik Naz , Cik Naz.. Maaf jika kata2 saya mengguris hati Cik Naz, Cik Naz tak de salah. dan bukan salah Cik Naz! Cik Naz kuat. Sebab tu Allah letak ujian ini dibahu Cik Naz. Nafsu yg beraja dihati suami tak mampu dihalang. Ujian dia nafsunya.. Cik Naz tunduk dan menggigil2 menangis. Allah…

Aku peluk dia. Tetiba aku rindu arwah ibu aku. Ya Allah, kuatkan hati insan ini. Aku tak mengenalinya. Tapi Engkau temukan kami harini untuk dia luah rasa kecewanya, luah rasa terkilannya. Permudahkan urusannya. Berikan petunjuk untuk suaminya.

Aku tak mampu lagi tahan air mata. Bila aku teringat Cik Naz, betapa kuatnya dia menerima semula suaminya demi sebuah rumahtangga!!! Allah. Doakan untuk keluarga Cik Naz.

Ika

– Ika

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *