Punya Anugerah Istimewa

Akulah yang pernah confess pasal anak istimewa dulu. Tajuk confession aku dulu Tak Pernah Disangka (kot) haha. Aku malas nak buka balik confess aku yang dulu tu nak bagi link kat korang. Kalau rajin korang cari la eh.

Sampai kini air mata aku tak pernah tak mengalir. Hari hari mengalir. Yang beza adalah kuantiti. Sama ada mengalir banyak sampai teresak esak atau mengalir sedikit tanda sudah punya kekuatan. Yang pasti hari hari mengalir. Di atas sejadah pun sentiasa mengalir mohon pada Yang Esa untuk permudahkan urusan aku. Yakin pasti Allah itu Maha Mendengar. Maha Memahami. Aku yakin kalau Allah nak sembuhkan anak aku, anak kita semua dari sakit, pasti sekelip mata sahaja DIA sembuhkan. Namun mengapa diuji?

“Anak istimewa adalah tiket Syurga. Allah beri pada yang mampu.” – satu message masuk. Aku menangis. Ya dapat pesanan sebegitu pun aku menangis. Setiap kata kata semangat yang aku peroleh dai orang sekeliling aku pasti aku menangis. Terharu barangkali.

Aku menangis bukan menyesali. Jauh sekali mengeluh. Namun kekadang aku terfikir kenapa aku dilahirkan sebagai ‘Aku’? Kenapa tida seperti ‘Dia’ yang bahagia sentiasa. Ya, aku tak tahu kesusahan ‘Dia’. Yang aku nampak kebahagian ‘Dia’, terus aku ingin jadi seperti ‘Dia’.

Aku yakin bersebab semua ini terjadi. Kerana ini anugerah istimewa buat kami suami isteri. Keluarga aku dan suami tiada seorang pun yang lahir istimewa. Semuanya normal. Jadi mengapa Allah hadirkan anak ini buat kami? Hadiah dari Syurga barangkali. Buat penghapus dosa lalu. Sentiasa bersangka baik.

Setiap kali duduk berfikir pasti akan mengalir air mata ini. Aku tak tahu pandangan keluarga aku dan suami macam mana walau hakikat depan mata aku mereka sangat baik terhadap anak aku. Aku tak tahu pandangan saudara mara aku terhadap anak aku. Aku tak tahu pandangan orang luar dan masyarakat terhadap anak aku. Mungkin mereka lihat normal. Namum anak aku memakai ryles tube. Mungkin mereka tertanya “asal anak dia ada tiub eh?”

Entah. Aku tak tahu. Dan aku takut untuk berhadapan dengan semua itu.

Namun aku harus kuat dan kuat. Aku tahu anak aku juga kuat. Jadi aku perlu kuat untuk berhadapan dengan kenyataan. Aku tahu ramai lagi ibu ibu yang punya anak istimewa disana. Anda sangat hebat. Aku memerlukan kekuatan dan semangay hebat itu.

Kadang aku rasa keseorangan. Kadang rasa rendah diri sebab aku punya anak istimewa. Sedangkan keluarga yang lain punya anak anak normal. Namun berkali kali juga suami mengingatkan aku ” kita je ada anak instimewa macam ni. Orang lain tak ada. Jadi kita pun istimewa. Sebab tu Allah bagi. Pasti ada hikmah.”

Suami sangat positif. Aku tahu dia juga mengalirkan air mata takkala usai salamnya selepas solat. Ya, mungkin semua ni bersebab dan ad hikmahnya. Aku baru dikurniakan bayi istimewa. Sepertinya sudah mengeluh. Orang lain punya anak istimewa dan membesarkannya bertahun kuat mengharungi hari hari mereka.

Mungkin ini masih baru bagi aku. Sebab tu aku jadi begini. Ah. Apa aku merepek ni. Sorry guys. Aku macam tak ada tempat nak luah. Luah kat suami, dia sangat sangat positif. Macam tak cukup ja motivasi tu haha. Mungkin sebab aku tak jumpa orang seperti aku yang punya anak istimewa kot. Kalau aku jumpa pasti lebih seronok berkongsi kisah anak anak kami.

Waktu mengandung tanyalah setiap waniya didunia ini. Siapa saja yang mahukan anak mereka didiagnose macam macam kan? Pastinya tak pernah terlintas lansung pun akan punya anak istimewa. Tapi bila lahir rupanya bayi istimewa. Allahu. Itulah takdir dan hadiah dari Allah. Terimalah seadanya.

Sepanjang aku ulang alik hospital, ada juga aku jumpa bayi atau kanak kanak yang diabaikan ibu bapa mereka. Aku tak tahu apa masalah ibu bapa anak tersebut yang pasti ibu bapanya jarang sekali jenguk anak di hospital. Kalau datang pun tinggalkan pampers dan susu pada kakak guard saja. Kesian anak tu.

Jadi sebab peristiwa itu, aku jadi bersyukur sebab aku tidak sebegitu. Ish, sanggup ke kau abaikan anak kau setelah tahu anak kau istimewa? Tak sanggup kot. Tu kan amanah yang dah diberi. Takkan nak abaikan? Nanti di Akhirat tiba tiba disapa satu suara:

“Kenapa mak tak jaga saya masa didunia dulu?”

Kau nak jawab apa? Di Akhirat budak tu budak paling comel sekali kau lihat. Tiba tiba disapa soalan macam tu.

Lepastu Allah soal pulak…Allahu..nak jawab apa?

Ish..

Sorry guys. Aku ni bebel macam apa je. Aku nak luahkan rasa saja. Nak kongsi cerita. Hehe. Oklah. Sharekan pengalaman dan komen positif korang eh.

– A Mother

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *