Takdir Ilahi

Salam. Terima kasih sekiranya berpeluang disiarkan. Doakan allah pinjamkan sedikit kekuatan buat saya. Saya berlapang dada untuk menerima apa jua pandangan sahabat – sahabat di luar sana.

*******

“Apa direction hg dengan aku sebenarnya?” tanya aku kepada dia. Sebab sikapnya makin pelik terhadapku. Lain macam! Dia diam. Lama. Mengumpul kekuatan barang kali. Tiba – tiba dia berkata, “hmm kita cerita sini habis sini okay, weyh hang nak dak kahwin dengan aku?” Gulp! Aku be like, Errr… Aku cakap.Apa – apa hal aku akan bagitahu family aku dulu. Dan dia cakap, yes. Dan dia akan bagitahu family dia jugak. To be honest, pada awalnya aku takdaklah fall in love gila gila dekat dia. Sebab, time dia mai tu aku tengah heartbroken. Dan dia tahu aku ‘healing’. Tapi dia cakap dia tak kisah semua tu. Dia cakap dia suka aku, then aku nak healing ka apa ka suka hati aku lah, pandailah dia nanti. Aku try hard untuk terima dia bila aku nampak effort dia.

Dengan dia, aku jadi diri aku yang sebenar. Kalau aku nak marah then aku marah. Kalau aku cakap aku tak suka then aku cakap tak suka. Sebab aku tahu dia gigih nak dapatkan aku. Dia nak hidup dengan aku. Jadi biar dia tahu aku yang sebenar macam mana.
Nanti lepas kahwin takdaklah terkejut sangat. Hahaha.. Dia pernah tanya aku, kenapa aku terima dia sedangkan ramai lagi yang datang hidup aku masa aku feeling – feeling heartbreak hari tu. Simple aku jawap. Sebab yang datang before this cuma hulur tisu untuk aku lap air mata. Tapi dia tak bagi aku tisu, dia bagi aku sapu tangan! Time ni aku dah acah – acah tengah berdrama dah. Jarang aku nak ber cia – cia ni. Kahkahlah. Tengah syok ber cia cia. Tiba – tiba dia cakap. “Siapa cakap saya bagi awak sapu tangan?” err.. Aku diam jap. Baru nak bercia – cia! Kahkahkah. Aku diam. Sedikit terasa. Gila tak terasa! Haha..Dia sambung lagi, ” saya tak bagi awak sapu tangan, tapi saya ambil sapu tangan tu dan saya lap air mata awak!” weyhhhhh…. Ayat dia perghh perghhh…. Tersedak aku time tu. Gila dasyat!!!

Lupa sat, anak no 1 ni depa punya style depa nampak macam kayu. Tapi sekali dia romantik, padu habaq hang! Haha. Tapi time ni aku takdaklah syok mana lagi kat dia. Terusiklah sikit – sikit. Biasalah hati perempuan. Tapi, bila dia tunjuk effort bersungguh nak masuk meminang. Nak bertunang semua tu. Hati perempuan aku yang ego slow – slow cuba untuk terima. Mungkin dialah lelaki yang allah s.w.t takdirkan untuk aku selama ni. Seperti aku, dia jugak seorang yang sempoi. Kami sembang macam member. And yes, its better even ada part part sweet kahkahkah. Dengan pasangan ni, better jadi diri sendiri. Bila baik buruk busuk bongok hang dia terima, then terimalah dia.

Fisrt time dia bawak aku jumpa adik dia, aku seram. Weyhhh, adik dia weyh. Automatically la adik dia akan menjadi mata mata gelap mak ayah dia. Biasalah perempuan, risau utk jumpa buat kali Pertama. But, aku selalu pesan kat diri aku. Just be yourself, then the right one will love you! Yuhuuu… Sepanjang pemerhatian aku, dia garang dengan adik dia. Aku pulak tukang back up. Kahkahkah. And benda paling aku terkejut bila adik dia cakap ” kak, kak sabaq tau. Abang memang lagutu, dia garang. Tapi dia baik. Ngan kami adik adik ni dia takkan tunjuk dia sayang” aku gelak – gelak lah. Aku nak cakap pa! Kahkahkah. Dalam hati be like, hah garang? Matilah akuuuu nantiiiiiii. Hahahaha..

Tapi satu ayat yang adik dia buat aku rasa deep. Adik dia cakap ” kalau kami pun nanti, kami nak cari suami macam abang”. Lepas hantaq adik dia kami p pantai. Aku cakap sepatah ja. Kesian adik takleh ikut kita. Dia diam. Aku kalih tengok, and what mata dia berair! Weyhhhhhh… Janganlah teriak kat pantai ni. Satgi orang nampak orang cakap aku plak buat hang teriak! Kahkahkah. Dia cakap, dia tak boleh sembang pasal family. Dia memang akan menangis. Time tu , hati aku slow slow makin dapat terima dia dalam hidup aku. Aku membayangkan. Alangkah Beruntungnya seandainya dia milik aku yang sah satu hari nanti.

Aku makin yakin, dia adalah pilihan yang tepat untuk aku. Untuk family aku. Dan untuk semua. Alhamdulillah, dalam kalangan senior – senior ofis yang aku rapat dia diterima dengan sangat baik. Dia bercakap dengan 2 orang senior ofis yang rapat dengan aku untuk dia menyatakan hasrat hati dia. Ala – ala mintak restu la. Hahaha…Kata mereka, dia matang. Kata mereka dia bersungguh – sungguh untuk hidup bersama dengan aku. Alangkah bahagianya aku saat itu! Alangkah!

Satu hari, dia memberitahu aku dia demam. Habis keje aku terus ambil KTM dari KL Sentral dan pergi ke Tanjong Malim. Masa tu bateri fon aku ada 4%. Dan aku tak bawak charger atau power bank. Time tu tawakal gila dah. Janji aku sampai sana. 2 jam berdiri dalam train tak rasa apa, yang penting aku sampai dekat dia. Sampai sana bateri tinggal 2 % dan bukak ws. Dia pergi main hoki. Hahaha, amik hang! Nak buat surprise kat orang. Last – last ter surprise sendiri! Sampai sana 8.30 malam, aku libas balik Kl Sentral pukul 9.15malam. Dalam train teriak. Hahaha… Teriak bukan sebab sedih dia pi main hoki. Tapi sebab kali ni aku yakin. He is the one!

Bila keyakinan ni ada, then aku dah start sembang mak aku. Cakap nak kahwin Semua. Hahaha, weyhh segan gila sebenaqnya bila nak cerita pasal nak menikah ni. Time ni mula la belek – belek blog pasal persedian untuk berkahwin, belek – belek kat ig gambaq baju pengantin semua. Family dia nak mai hujung tahun ni. And kalau boleh nak proceed awal tahun depan. Tak mau bertunang pa. Nak buat ringkas – ringkas ja. Tak mau pjj, takut rindu. Hahaha.. Time ni baru aku paham perasaan fattzura!!! Kahkahkah.Pfff…

Time ni aku rasa akulah wanita paling bahagia. Duk terbayang happy nya aku nanti. Time tu rasa macam wahhhh… Seronoknya saat dirisik, dilamarr oleh orang yang kita cinta. Aku pernah bawak 3 orang student lelaki time keluar dengan dia. Hahaha, aku nak tengok dia approach student aku macam mana. Hahaha, paling sadis. Bila ada dia, student aku buat aku macam tak wujud weyh! Gila kencang dia sembang dengan student aku. Siap buat sesi meluah perasaan lagi! Hairan sat aku. Dia ni Engineer ka kaunselor!

Hahaha. Time dia cakap dekat student aku “hangpa nak cari bini nanti, jangan tengok segak ka dak, hangpa tengok hati dia. Kalau hati dia segak, insyaallah hat len segak” time dia cakap tu dia pandang aku. Student aku semua pandang aku sambil senyum – senyum. Dan aku minum limau ais tanpa perasaan. Padahal time tu rasa nak terbang weyhhhh,jadi pontianak sattt!!! Hahaha..

Satu malam,aku ingat lagi. Dia cakap dia ada conference call sampai 10 malam. Then, aku cakap okay. Then aku tido. Bila pukul 11 lebih dia tak text lagi, aku text pakai reverse psychology. Then aku tido. 12 lebih, dia text aku. Katanya nak putus. Aku be like? Weyhhh.. Aku mimpi ke ni. Tadi kan aku tido! Aku try hard untuk cool. Untuk rasional yang pastinya. Aku cakap ” saya bagi awak masa untuk berfikir semula. Kalau tanya saya, saya taknak berpisah. Lepas berfikir, kembalilah kepada saya dengan sebuah keputusan. Kalau awak tetap dengan jalan yang awak pilih, saya terpaksa redha”.

Seriously, aku tak tahu nak menangis ke nak apa. Bukan aku tido ke tadi? Hahaha… 2 -3 hari lepas tu dia text aku lagi. Katanya dia yakin dengan keputusan dia untuk berpisah dengan aku. Aku slow talk dengan dia. Katanya, dia dah hantar surat resign. Dan dia dah takdak apa – apa lagi. Yang dia mahukan hanyalah family dia semata – mata. Aku try hard untuk psycho dia. And yes, dia bagi hint dia sakit. Dan bagi dia tak lama lagi dia akan tinggalkan aku, so sama jelah kalau dia tinggal sekarang. Pffff…. Aku try hard pujuk. Aku cakap aku tunggu. Pujuk lagi dan lagi. Last – last aku menangis bila dia cakap dia sayang aku sangat – sangat. Tapi bagi dia, inilah keputusan yang tepat. Dan dia merayu untuk aku faham keadaan dia kalau aku sayang dia. Dan dia akan jumpa dengan senior ofis aku untuk diterangkan keadaan sebenar.

Dia cakap, dia yakin aku kuat untuk terima semua ni. Mudahnya!!!!Semalam, aku pergi lagi cari dia. Kali ni aku nak dengar depan – depan. Aku nak dengar dia cakap sendiri, dia dah buang aku. Aku sampai 12.30 tgh hari. Dan 6.30petang dia datang dekat aku sebab tadi dia takdak dekat situ. Masa ni air mata aku dah kering. Dia bawak aku pergi makan. Kami sembang macam biasa. Kami senyum. Kami gelak macam biasa. Kami bincang apa plan kami masing – masing lepas ni. Semalam, buat kali pertamanya aku makan ayam dan terasa pahit! Aku minum air cuma setengguk walaupun daripada pagi, aku tak sentuh apa – apa. Aku nak menangis. Nak meraung. Tapi aku takut, andai dia akan lebih terluka. Aku cuba untuk tersenyum buatnya. Sakit!

Sungguh rasa ini cukup sakit! Kami tak bergaduh langsung. Dan dia buat keputusan untuk buang aku jauh jauh dari hidupnya. Apa salah aku? Disaat aku telah memberikan cinta aku dan bersetuju untuk bersama dengannya seumur hidup aku. Dia cakap dia janji aku yang terakhir dalam hidupnya. Dan dia berjanji dia akan sayang aku sehingga akhir nafasnya. Aku tengok air matanya mengalir. Hati aku sebak sangat – sangat. Aku pandang dia. Aku pandang dia lama. Aku tahu. Inilah kali terakhir aku berpeluang untuk memandang dia. Aku berusaha untuk senyum. Dan aku berkata, saya janji saya kuat! Ya allah, sungguh aku sayang lelaki ini ya allah. Jagakan dia untuk aku ya allah. Demi allah aku redha. Tiada jodoh antara kita.

“kini aku pasrah, dengan segalanya..
Kepedihan hati masih terasa..apakah salahku apakah dosaku, Tuhan berilah aku petunjukMu dan aku redha dengan kehendakMu”

Sepanjang aku dalam train balik ke KL Sentral, aku dengar lagu ni. Dan ajaibnya. Air mata aku tak mengalir walaupun setitis!

Kuatlah hati.

“Although they plan, allah s.w.t also plans and allah s.w.t is the Best Planners” (Qur’an 8:30)

– Ina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *