Move On Dekat Cara Dekatkan Diri Pada Allah

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau post ni di approve. Aku perempuan, umur 31 tahun dan masih bujang. Ape yang aku nak cerita ni adalah macam mana aku move on selepas putus tunang.

Pertunangan aku diputuskan hanya tinggal lagi 2 minggu sebelum majlis pernikahan berlangsung dengan tanpa sebab (mungkin dia rasa aku tak layak utk dia) dan diputuskan hanya melalui panggilan telefon. Aku ditinggalkan macam tu je, berbincang pun tak nak. Memang kejam dan tragis. Bayangkan 90% persiapan kahwin dah siap. Tapi lepastu aku minta ganti rugi kalau tak aku bawa kes ni pergi mahkamah.

Lepas putus tu aku macam nak gila. Aku menangis je. Pergi kerja menangis. Balik rumah aku duduk menangis sorang2 tepi katil. Aku terbaring je kat lantai macam mayat hidup. Setiap kali aku bawa kereta aku harap ada orang akan langgar aku biar aku mati. Setiap kali aku tengok berita kematian aku tanya kenapa bukan aku yang mati? Macam org takde iman. Mana taknye.. bila kau dah sedih, kau tengok pulak mak bapak kau sedih, termenung, menanggung malu lagi.. lagi hancur hati aku rase. bila sekarang teringat balik keadaan aku masa tu memang aku sedih dgn diri aku sendiri. Tapi sekarang aku dah ok. Ok sangat2. Totally move on.

Bagi aku cara yg paling berkesan untuk betul2 move on iaitu kembali pada Allah. First sekali aku betulkan solat aku. Aku mula solat awal waktu, faham makna dan hayati setiap bacaan dalam solat. Lepastu aku banyakkan solat taubat minta ampun atas dosa2 aku sebab lalai masa bercinta tak ingat kat Allah. Tahajud kalau boleh aku memang taknak tinggal. Kalau tak dapat bangun pukul 3, bangun pukul 5 pun ok lepastu terus subuh. Tahajud ni sangat power. Masa ni la aku akan mengadu pd Allah, cerita pd Allah semua masalah aku. Masa tu hanya ada aku dgn Allah dan aku yakin ada malaikat disekeliling aku utk aminkan doa aku. Lepastu aku akan rasa lega sangat2. Rasa lepas beban aku setiap kali lepas mengadu. Percayalah lepasni kau akan rase dah takde tempat yg terbaik untuk mengadu selain dari Allah. Solat Dhuha pun kalau boleh jangan tinggal sebab tahajud ni pasangan dia dhuha..

Satu lagi aku baca Qur’an dgn makna dia sekali. Paling kurang 1 hari 1 muka. Banyak jawapan dari persoalan yg aku tertanya2 selama ni, aku jumpa dalam Qur’an. Hati pun akan jadi tenang sangat. Pernah aku tanya Allah yg Dia tak bagi ke balasan kat ex tunang aku lepas dia aniaya aku dgn keluarga aku.. mase tu aku solat sunat 2 rakaat lepastu aku minta Allah bg aku petunjuk, aku buka Qur’an secara rawak. Ayat pertama yg aku nampak adalah balasan bagi orang yg zalim. Aku buka lagi sampai 3 ke 4 kali, semua ayat pertama yg aku tengok adalah balasan bagi orang zalim dan api neraka. So aku yakin Allah jawab persoalan aku. Setiap hari amalkan baca surah al-mulk dgn al-waqiah. Byk manfaatnya.

Last sekali banyakkan istighfar dan berzikir. Minta Allah titipkan kekuatan pada kita. Alhamdulillah, lepastu aku jadi sangat kuat, Allah sentiasa hantar pertolongan bila tengah susah. Dia hadirkan ramai org untuk bagi sokongan, nasihat dan bantuan pd aku. Aku jadi redha dengan apa yg jadi dan aku percaya ada hikmah disebaliknya.

Kesimpulannya, percayalah yg Allah tu dekat dgn kita. Dia Maha Mendengar. Dia uji sebab Dia sayang. Dia nak aku balik pd Dia balik. Bila kita betulkan hubungan kita dgn Allah, Dia akan betulkan balik hidup kita. Tolong doakan aku ye supaya Allah permudahkan jodoh aku, dipertemukan dgn jodoh yg terbaik yg terima aku seadanya dan x perlu alim warak pun cukup sekadar bersama2 berusaha dgn aku utk menuju ke syurga Allah. Amin.. Semoga bermanfaat.

– Cik ina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *