Assalamualaikum, Terima kasih kerana menyiarkan confession saya. Dengan izin dan rahmat dariNya, semoga Allah SWT memudahkan tiap tiap kesukaran yang dihadapi.
Namaku Mrs X, berasal dari Utara Tanah Air dan juga seorang perempuan. Aku ingin menceritakan kisah hidupku. Aku diberikan ujian yang sangat besar oleh Allah SWT. Kadangkala, aku berfikir, mampukah aku untuk aku laluinya ? Kemudian hati kecil aku menjawab, insyaAllah, aku kuat kerana Allah dan juga di atas pertolongannya.
Menceritakan kisah aku diuji dengan sakit buatan orang yang juga dikenali sebagai sihir dan santau. Ya , aku ialah salah seorang mangsa sihir dan santau , setiap hari aku bergelut dengan jin dan syaitan.
Aku sedih kerana aku amat tidak menyangka sanggup manusia yang berstatus sebagai seorang Islam, sanggup melakukan syirik terhadap Allah SWT, sanggup mempersekutukan Allah SWT serta sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan dendam dan rasa tidak puas hati.
Sekarang aku masih sakit, ada suatu masa, aku rasa sangat lemah dan tidak dapat mengawal perasaan dan emosiku. Aku menangis sepuas-puasnya, dalam sujud kepadaNya, aku meminta supaya Allah memakbulkan doaku, iaitu doa orang yang dizalimi, sangat dimakbulkan Allah SWT.
Aku juga ikhtiar untuk tidak putus ubat membuat rawatan Islam iaitu berjumpa dengan Ustaz untuk merawat sakit terkena sihir ini. Merata tempat sudah aku pergi dan ikhtiar dan aku harap dengan izin Allah juga , aku dapat sembuh. Setiap hari aku muntah, kurang selera makan, sakit sendi-sendi dan badan, juga menjelang waktu malam, aku sukar untuk tidur. Seolah-olah ada benda yang mengganggu dan menghalang aku. Aku juga kerap bermimpi ular yang banyak. Tapi aku cuba kuat dengan membaca pendinding-pendinding surah Al-Quran dan Ayatul Kursi.
Berat badanku sudah susut kerana tidak ada selera makan kerana aku seringkali muntah jika terlebih makan. Seolah perut aku tidak dapat lagi menerima makanan dengan banyak. Aku sedih aku diuji dengan begitu berat oleh Allah SWT, tapi aku yakin dan percaya janji-janji Allah kepada orang yang sabar. Aku tidak pernah mengalah lawan dan bangkit dengan sakitku ini. Aku hanya mampu berdoa kepadaNya, mengalirkan airmata.
Aku sedih apabila akh dapat tahu orang yang baik dengan aku sebelum ini sebenarnya adalah gunting dalam lipatan, yang selalu dendam dan buat aku sakit sampai macam ni. Tapi aku sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti, Allah makbulkan doa aku. Iaitu, orang yang menzalimi orang lain, akan mendapat balasan dan azab yang setimpalnya. Kerana sihir yang telah dihantar akan berpatah balik kepada orang yang membuatnya.
Akhir kalam, sahabat-sahabat sekalian, doakan aku semoga cepat sihat dan sembuh, tabah dan kuat semangat serta semoga Allah membalas perbuatan jahat manusia yang sanggup buat aku macam ni. Amiinn..semoga setiap kata-kata itu adalah doa dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Terima kasih semua.
– Mrs X
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit