Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya ucapan terima kasih kepada admin jika tulisan ini disiarkan dan aku harap waktu korang baca tulisan ini parlimen belum dibubarkan. Baca pada tajuk pun mungkin boleh agak apa yang aku nak sampaikan. Baru ini aku ada baca satu hansard persidangan parlimen berkenaan warganegara Malaysia yang belum mendaftar pemilih. Lebih dari 3 Juta warganegara yang berumur 21 tahun keatas belum mendaftar mengundi, padahal tarikh pembubaran parlimen semakin hampir. Tiga juta kot, ini satu petunjuk yang jelas kurangnya kesedaran terhadap hak dan tanggungjawab kita.
Menjelang PRU 14 ni, kita boleh lihat ramai yang bersembang tentang politik, siang malam tak habis-habis cakap tentang politik. Sebut ja tentang politik terus semangat membara. Pantang ada ceramah politik, mereka akan sampai. Sanggup habis minyak motor dan kereta untuk pergi mendengar ceramah politik. Kalau setakat angkat sepanduk, berdiri tengah panas, berdemonstrasi takdak hal la. Kiranya kalau sembang bab politik ni orang lain tak boleh lawan, mereka sahaja yang terror.
Namun sayangnya ada antara mereka tidak sanggup mendaftarkan diri sebagai pemilih. Ini macam hangat-hangat tahi ayam. Rugila asyik-asyik jadi tukang karut ja tapi tidak ada kesan dan sumbangan terhadap politik yang selalu mereka bualkan. Rasanya SPR telah gerakkan pelbagai kempen daftar pemilih sampai dah tahap memujuk dengan siap sediakan hadiah lagi bagi sesiapa yang mendaftar, tetapi masih tetap enggan menjadi tukang pangkah waktu pilihanraya nanti.
Tak susah pun nak mendaftar pemilih ni, tak ada bayaran. Korang hanya bawa kad pengenalan dan proses pendaftaran hanya kurang dari lima minit. Mudah ja tapi itula aku hairan kenapa lebih 3 Juta ni liat sangat nak daftar.
Namun bila aku buat sedikit tinjauan, aku dapati ada beberapa faktor kenapa ada yang tak mahu daftar pemilih antaranya kerana mereka bosan dan geram dengan pemimpin yang rasuah samaada dari kerajaan mahupun pembangkang, jadi pada mereka tidak ada faedah untuk mengundi kerana yang dipilih nanti akan terus rasuah dan ambil duit rakyat.
Yang kedua adalah kerana mereka dah meluat dengan karenah ahli politik. Mereka nampak ahli politik hanya sibuk mencipta kekayaan buat kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh ahli politik miliki rumah besar, kereta mewah dan makan angin sana-sini, tetapi mereka didera bayar hutang PTPTN, sudahlah rumah pun mampu tengok dan peluang pekerjaaan makin kurang jadi apa gunanya lagi menjadi pemilih yang akhirnya mereka juga yang terpaksa tanggung sendiri.
Ketiga, mereka sudah bosan dengan gelagat ahli politik yang asyik bergaduh sesama sendiri, makin dekat PRU 14 makin menjadi-jadi puak ni. Politik fitnah dan selak kain memang dah menjadi mainan mulut dalam siri-siri kempen. Jadi apa guna lagi nak pilih pemimpin yang semuanya tak boleh “pakai”, baik undi SMS siapa yang bakal juara Gegar Vaganza atau Maharaja Lawak ada juga faedah.
Last sekali, mungkin mood PRU kali ini agak slow, hanya beberapa minggu ni ja bahangnya terasa. Agak berbeza dengan PRU 13, mood nak pilihanraya itu cukup jelas. Ini boleh jadi faktor mereka tidak mendaftar pemilih kerana kurang merasai aura PRU 14 pada peringkat permulaan.
Apapun alasan korang aku nak pesan satu ja, undian korang amat berharga untuk negara dan itulah hak kita yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Aku quote sikit kata-kata PM “mengundi adalah satu tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang layak bagi menentukan masa depan mereka, keluarga dan masyarakat. Ini satu proses demokrasi”.
– Man the Voter
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit