(Never thought I would confess here but here goes)
Assalamualaikum and hey there readers sekalian, hope you guys sihat and bawah lindungan-Nya selalu. Jam sekarang menunjukkan pukul 1:02AM 4 April 2018.
Sis sekarang final year and inshaAllah bakal grad nanti. Hmmm… so many things had happened to me for the past 3 weeks sampai sis terpaksa pergi hospital. Sis ada seorang kawan baik ni (perempuan ok), nearly everything we did together and selalu sis yang ajak dia pergi anywhere, nak cakap berkepit 24 jam pon tak juga cuma sis sangat komited kepada dia. Long story short, something happened and in the end dia tinggalkan sis dalam keadaan sis yang tengah heartbreak, dalam keadaan di mana sis memerlukan dia, di mana sis fikir “Why don’t we start afresh since we know the core problem?”. But no, katanya, dia tidak mahu lagi melukakan sis. Sayang, sis terfikir, selama ni, sebenarnya kita ada hubungan ke? The things that we have built together, are you just going throw it away like that? You left me to pick up the broken pieces of my heart alone. *sobs
Sorry readers, this confession was not meant to dwell on my sadness. But to share what I have gained from this experience on my worst heartbreak. Pertama, manusia memang akan mengecewakan kamu. Manusia hanyalah manusia. Humans can never see the big picture of all the things that you have went through, your struggles, your suffering, all the feels are not visible. Salah sis di mana sis bila berkawan rapat dengan dia, makin lama sis susah nak lepaskan dia, I know it’s bad and I thought I had it under control. Tak sangka kawan baik sis sanggup layan sis macam habuk bawah telapak kasut apabila sis nak approach dia untuk berbaik semula, rasa sedih tu hanya Tuhan je yang tahu. Jadi, kita jangan kisah sangat apa orang lain nak fikir dan cakap, other people don’t know the full story of our life, only we and Allah je yang tahu, jadi kita fikir baik-baik je dan doa yang baik-baik. Cakap memang senang kan? Sis juga seorang yang negative thinking type (not proud) jadi untuk mengubah diri tu takes some time juga but never ever give up on yourself. Kita jangan mengharapkan terlalu tinggi sangat kasih sayang manusia. The higher you go, the harder you fall.
Kedua, dalam apa-apa hal sahaja, buat kerana Allah. Cliche kan? Mula-mula tu sis tak berapa nak faham walaupun sis nak cuba amalkan. And then Allah gave me the answer, apa-apa hal yang sis buat sis anggap sis tengah deal dengan Allah. Bila kita buat baik, kita jangan harapkan apa-apa pon dari orang tu, tapi kita harapkan Allah. Contoh yang sis suka ingat, ibarat kita menunaikan solat jenazah, kita tak mengharapkan jenazah tu untuk bangun dan cakap terima kasih kan.. (seram pulak dah la sorang dalam bilik > tak balik cuti midsem).
Ketiga, hidup di dunia ni singkat sahaja. Bila sis teringat ni, terus rasa insaf sekejap. Ada satu hari tu, sis tengah baca tafsir Quran, dan sis perasan bila baca tafsir je, mesti banyak cerita tentang sejarah dan hukuman kaum-kaum terdahulu dan keadaan hari akhirat serta syurga neraka. Sikit sangat cerita tentang dunia ni, kalau ada pon sis perasan mesti ada terselit perkataan “senda gurau”. From there I realized, this world is temporary, therefore your suffering and struggle is temporary, the most important thing is akhirat. Kalau perpisahan sis dengan kawan baik sis merupakan salah satu cara Tuhan nak menguji dan meninggikan darjat sis, then I will take it.
Keempat, Allah sebenarnya sangat dekat dengan kita. Kalau nak cakap hubungan Allah dengan sis, memang sis jaga sangat, sis amalkan dhuha, waqiah semua tu. Waktu tengah heartbreak tu, ada terfikir juga kenapa Allah buat macam ni dekat sis walaupun hubungan dengan Allah terjaga. No no no, cuba kita tengok Rasulullah SAW. Rasulullah sendiri kekasih Allah, but he was tested like no other kan? Semua tu untuk menguatkan seseorang dan meninggikan darjat InshaAllah. Kalau kita tak mampu nak hadapi sesuatu mana mungkin Allah akan meletakkan kita dalam posisi tu kan. Ada satu moment sis nak share yang baru berlaku baru-baru ni, waktu tu sis tiba-tiba rasa kosong dan sedih sebab kehilangan kawan baik, dulu almost every day sis akan tegur dia tanya makan apa semua (haha sis silly sikit lol) and sis termenung ke luar tingkap. And then, sis ambil fon buka fb, ada satu confession ni bertajuk “Allah tak pernah tinggalkan kita”, waktu tu memang sis rasa nak nangis terharu sangat. All this time, Allah has always looked out for me, I feel so loved and blessed Alhamdulillah.
Lastly, don’t forget to love yourself. Sis jenis yang akan bagi semuanya dekat orang. Sis akan buat apa sahaja untuk orang yang sis sayang and that is what happened to me. I gave her everything to the point that I forgot to give myself something. I forgot to love myself. In the end, sis yang merana. I would say that I am an independent person, tapi kalau jumpa orang yang sis sayang sangat macam dia, I can get really clingy dan jadi dependent pada dia. Jadi sebelum nak komited pada sesuatu, kita fikir diri kita juga. Bukan nak cakap selfish, but put a border or draw a line, a limit to yourself so that you would not also get hurt. We don’t let other people dictate your life, ni hidup kita, live your life to the fullest because we don’t know if we could live to see tomorrow.
Sekian confession daripada sis, tak tahu boleh panjang macam ni, my fingers just dance away on the keyboard. Apa yang sis cakap ni tak semestinya apply kepada semua orang, maksudnya, sis jenis yang sensitif sangat orangnya (ada kaitan dengan masalah kesihatan sis), sebab tu benda-benda ni sis cepat terluka dan tak reti menghargai diri sendiri. Now, sis nak lupakan dia, sis nak pulihkan hati sis dan mengutip sisa hati ni. Susah memang susah, no one said becoming a strong person would be easy and the first steps are always the hardest kan. But give up you must not. Sis sekarang boleh fokus betul-betul tentang diri sis since no one boleh distract sis dah. Sis dah penat dengan orang, hari tu first time sis keluar pergi Georgetown jalan-jalan tengahari sampai malam naik bas sorang-sorang (don’t try this at home) haha. Sis nak cuba jadi alone and get away from universiti. I heal myself through walking, walking really helps me, sampai step goal sis tercapai (>10,000 steps), tak tahu pun ada step goal sebenarnya tiba-tiba ada noti dekat fon lol.
Anyway, harap confession ni dapat membantu sesiapa yang sudi membaca confession-terlebih-panjang ni. Sis doakan readers sekalian always be strong untuk menghadapi hari-hari seterusnya, held your head high, banyak lagi benda-benda yang worth looking at, enjoy your life, cherish them who have helped you on your feet and always remember Him because He is the all knowing.
Another gift to ponder at > 13:28
Assalamualaikum~
1:56AM 4 April 2018
– Exalted
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit