Harapan Seorang Kakak

Assalamualakum..

Sebenarnya tak tahu nak mula bercerita dari mana tapi teringin sekali nak berkongsi cerita tentang kehidupanku. Aku anak sulung dari lima beradik, sudah berkahwin dan bekerja. Mak ayah dah bercerai selepas setahun perkahwinanku dan alhamdulillah aku dapat berkahwin berwalikan ayahku walau macam-macam masalah datang bertimpa. Dugaan nak mendirikan rumahtangga agaknya. Dengan ayah minta wang hantaran yang tinggi, bakal suami waktu tu pula kerja tak stabil dan dari keluarga sederhana. Alhamdulillah, selesai masalah yang ini. Allah bantu.

Mak pula seorang isteri yang tipikal dimana memang makan, minum semua kehendak ayah mak turutkan. sampai aku rasa mak aku tu badang, dengan kerja rumah, hantar ambil anak-anak pergi sekolah, layan segala yang ayah nak macam raja. Masa ni ayah aku ada buat rumah atas tanah atok aku dan korang bayangkan mak aku boleh selamba je angkut simen, bancuh simen, buat itu ini. Ayah aku macam biasalah buat sikit dan selebihnya mak aku lah yang habiskan. Rumah ni kitorang buat sikit-sikit, ada upah orang sikit-sikit sampailah dah nak siap..Nanti ada cerita pasal ni, korang baca ye.

Ayah aku ni memang garang, aku ni perempuan tapi sampai aku belajar kat universiti pun masih kena bantai dengan ayah aku. Degil sangat ke aku ni.hmm..Pasal kerja ayah aku pulak aku memang tak faham sebab memang tak pernah nampak dia kerja, rupa-rupanya bila dah dewasa ni baru aku faham yang ayah aku ni broker. Ingat dulu waktu sekolah, aku dapat biasiswa pastu kena maki dengan ayah aku sebab tak bagi keluarkan duit tu sebab takut kena marah dengan cikgu. Kalau keluarkan pun bukan sikit-sikit rasanya hampir semua kut. Menangislah aku.huhuhu.. Walaupun susah, tapi ayah aku memang pantang langsung tak bagi mak aku dan anak-anaknya kerja cikai2 lepas SPM sebab nak jaga air muka yang dia tu kaya lah sangat tapi sebenarnya hanya kami je yang mengerti.. Dan sekarang aku menyesal ikut, maklumlah anak yang taat dan lurus, memang terperap je lah dekat rumah lepas SPM sementara panggilan ke universiti. Bila dekat universiti, ada kawan-kawan cerita pengalaman diorang kerja sambilan, dapat duit poket , dapat pengalaman. Jeles.

Mak aku ni pula memang pantang bab main kayu tiga, tibalah satu saat dimana ayah aku kantoi. Perang besar dan bercerai. Tapi sepanjang hidup aku, aku memang stress sebab mak ayah aku sentiasa bergaduh dan kalau bergaduh tu boleh dengarlah satu kampung.Malu beb. Aku yang sulung ni stress tapi boleh hadap lagi tapi adik-adik aku, mental diorang tak kuat macam aku beb. Lepas bercerai, memang ayah dah tak ambil peduli dengan nafkah semua mak aku dan aku yang tanggung sebab aku dah bekerja dan tinggal pun berdekatan dengan mak. Adik-adik aku dah jadi rosak akhlak, sampai hamil anak luar nikah. Tapi aku still nak bantu, aku bawak mak aku dan adik pergi jumpa mak lelaki tu dan minta diorang nikah. Nikah pun berwalikan hakim sebab ayah aku ni memang dah tak nak mengaku kami ni anak. Aku offer laki tu kerja dengan suami aku, perbelanjaan semua aku bantu. Alhamdulillah lepas nikah, kehidupan dia sedikit demi sedikit berubah.

Pasal rumah yang aku cerita tu, kami dihalau. Sekarang ayah yang tinggal dengan bini dan anak-anak tiri dan anak barunya. Sedih betul, korang bayangkan, mak aku yang teruk-teruk buat rumah tu sampai jadi macam pekerja kontraktor, orang lain yang cuci kaki duduk rumah tu. Aku cakap dengan mak aku sabar dan anggap ada rezeki lain untuk mak. Sekarang mak dah kahwin, alhamdulillah. Syukur untuk mak. Sekarang, aku nak nikahkan adik perempuan aku. Tinggal dia seorang yang belum kahwin. Perangai pun dia yang paling pelik. Aku tau, semua pun tertekan. Aku harap keluarga aku jadi lebih baik. Terima kasih, baca cerita aku. Doakan aku dan keluarga aku ye.

– Kak Long Senah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *