Assalamualaikum wbt
Bismillah. Terima kasih admin andainya tulisan ini disiarkan. InshaaAllah cuba jadikan tulisan ini mudah difahami dan ringkas tapi padat dengan mesej yang bermutu. Saya tak janji tetapi boleh cuba.
Kawan-kawan meniru ketika peperiksaan pertengahan tahun. Kawan-kawan meniru ketika quiz. Kawan-kawan yang meniru kerja atau project atau report rakan kelas sebelah atau kerja-kerja senior. Dapat markah tinggi, bangga, tiada siapa yang tahu perbuatan meniru kita, dan buat lagi untuk test/exam/project yang akan datang. Hati terus bongkak dan melangit, aku lah budak bijak, dan jangan kau berani perkotak katikkan aku. Sombong jadinya.
Akhirnya, graduate sebagai seorang yang mempunyai CGPA yang tinggi, tetapi didalam kuliah diam kaku tiada lontaran idea ketika sesi perbincangan dua hala bersama pensyarah. Di alam pekerjaan, tiada daya untuk belajar di atas kaki sendiri, kerana selama ini hanya meniru bulat-bulat kerja yang sudah siap. Pantang ditegur, mudah melatah, kerana aku budak bijak, berani kau nak merendah-rendah kan aku, CGPA aku tinggi kau tahu?, hati yang sombong terus membongkak, perasan bijak.
Sampai bila?
Sampai akhirnya tiba satu masa, masalah demi masalah datang. Tidak tahu apa punca. Alam universiti, sepatutnya digunakan untuk membina segala kemahiran-kemahiran yang diperlukan agar boleh berdiri sendiri di alam pekerjaan, ditenggelami oleh sifat malas dan tamak, mahu markah tinggi tetapi tidak mahu berusaha. Hanya mahu nampak pandai dan cool, tetapi tidak mahu melaburkan masa, tenaga dan akal untuk invest dan mendapatkan kemahiran yang menjadikan kita seorang yang mantap selepas graduate nanti, tidak perlu menjadi sempurna kerana kita tidak akan sesekali menjadi sempurna, tetapi mencapai satu level yang menunjukkan kita ini pernah melalui fasa universiti atau fasa belajar yang intense.
bayangkan,
Rumah mu dibina oleh seorang yang selalu kerja-kerja projectnya hanya ditiru bulat-bulat daripada kerja senior.
Bayangkan,
Ibu atau bapa mu dirawat oleh doctor, doktor gigi atau farmasi yang mendapat CGPA yang tinggi, tapi sebenarnya dia selalu membawa nota tipu (cheatsheet) ke dalam dewan periksa, dirinya bernasib baik, tindakannya tidak pernah dikesan oleh penjaga periksa, terlepas didunia. Apakah ilmu sebenar dia? Maka diagnosis oleh pakar-pakar kesihatan ini yang pakar dalam meniru peperiksaan juga, diagnosis atau analisa mereka bersandarkan ilmu mana?
Bayangkan dan terus bayangkan,
Ahli professional yang lain, hari-hari belajarnya dipenuhi dengan usaha yang leweh dan lemah, tidak pernah pun berniat apabila bekerja nanti untuk membaiki atau membantu pelangannya, tetapi hanya untuk mencukupkan hari-hari agar dihujung bulan dia mendapat gaji dan boleh enjoy di sana sini, dan membawa title Dr (untuk doktor) atau IR (untuk engineer) atau Ph (untuk farmasi) atau Ar (untuk arkitek )atau apa-apa sahaja (betulkan jika title yang disebut sebelum ini salah), megah kau bawa title itu padahal sebenarnya engkau langsung tidak layak.
Memang sangat menggoda jiwa untuk meniru ketika peperiksaan ini. Lebih lagi jika engkau tengah sibuk atau serabut dengan ilmu yang semakin kompleks dan engkau dapati makin sukar untuk ilmu itu difahami, dan engkau perlu graduate dalam masa yang ditetapkan untuk menutup mulut-mulut puaka yang tidak pernah faham atau untuk memelihara ego kita sendiri-aku budak bijak, aku tidak pernah gagal-. Tutup lah mulut2 itu, atau peliharalah ego engkau itu, tapi buatlah atas usaha kamu sendiri, bukan dengan jalan pintas yang menyusahkan diri dan orang lain kelak.
Aku tidak sempurna. Aku tidak tahu adakah aku mampu menahan diri aku daripada semua ini, aksi meniru, aku hanya memohon, aku dan engkau pembaca dilindungi daripada perbuatan yang tidak membawa keberkatan dalam kehidupan kita ini
– bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit