Senggugut

Assalamualaikum,

Terima kasih admin siarkan coletah saya kali ni. Harap gadis2 diluar sana bole mengambil pengajaran.

Saya wanita berusia awal 30 an belum berkahwin, bekerja dalam sektor kewangan selama 10 tahun. Kahwin?? Skrg sudah bertunang..Alhamdulillah rezeki Allah bg setelah 2x dikecewakan. Tunang kali saya betul2 menjaga batas pergaulan di samping upgrade diri lebih dekat dgn Nya. Ok berbalik pada tajuk kat atas, saya mmg mengalami sengugut teruk yg berguling2 tu, dan selalu MC konon xnk makan ubat sgt. Tp sekarang saya da prepare panadol activefast kalo nak datang period. Mc pon da kurang amik, bole rest kt sick bay yg disediakan company.

Ade orang kata lepas kawen senggugut akan ok. Yup betul.termasuk la mak saya. Beza nya mak saya tak pernah amik ubat dan berkawen usia 23 tahun. Saya juga dah pernah check rahim kat klinik Dr Hamid Arshad tahun lepas sebab bila baca artikel bahaya sengugut. Mase scan tu dia kata xde pape, mybe saluran sempit, in shaa Allah pas kawen ok. Saya pon lega la. Doc syorkan makan asid folic, habatusauda & lagi satu sy x igt. So sy amalkan. Tapi biase la da abis kita pon xde sambung lagi. Mase ni xde kawan special. So terima la sakit yg Allah bagi ni. Kita pon xtau bila jodoh sampai kan? Mase sakit serang sy berzikir , bertahmid..smbil pegang perut. Pernah tertido mungkin pengsan..huhu. mmg tuam ngn air panas tapi ntahla, kurang sikit je kot..nk better mmg kena gak makan panadol.

Ok nak pendekkan cerita, sy berjumpa ngn tunang. Sy KL, die JB, berkenalan dlm forum cari jodoh. Sy da lama dalam tu., mmg ramai yg kerja bagus2, ade engineer, lawyer dll, semua nak kenal2, tp sy bukan la pilih pekerjaan sgt, yg penting agama kan, sbb ade pengalaman bf2 yg lama. So sy bt satu ayat pendek ttg diri sy, prinsip saya dan sape yg setuju maknanya dia sama pemikiran dgn saya. Alhamdulillah, tunang sy ni org pertama yg setuju. Sy pon bukakkan hati utk mengenali. 2 kali jumpe utk makan je. Yg x smpai 2 jam, 3 x jumpa bersama family, alhamdulillah genap 10 bulan berkenalan maka kami pon bertunang. Tiba2. Sbb kami hanya berkawan. Sbb rasa byk bende, isu semasa, politik sama kami sama pendapat so mudahkan perjalanan ni. Dan yg paling penting, apa kami buat, semata kerana Allah.

Ok mesti korang pelik, kenapa nak cerita pasal diri dgn senggugut. 2 bulan lepas, aku kena senggugut, kali ni teruk sampai perut cramp, tangan sejuk mengigil. Masa ni hari Ahad, so alhamdulillah, ada housemate yg ada kereta baik hati nak hantar g klinik. So pergi klinik amik surat referrel nak g masuk hospital. Nak gak check kenapa teruk sgt.. pergi hospital Pusrawi, pastu masuk bahagian emergency, doctor lelaki masa tu bertugas, malu jugak terpaksa la kan, die scan perut sambil ada la ade kawan sy td & nurse tgk sekali. Doc syak ade cyst, hmm lega sbb ade la bende dalam ni yg sakit sangat.

So, doc pon bt surat refer pakar O &G.
So rabu tu pas appointment melalui call, terus jumpe doc pakar perempuan. Scan doc kate bengkak, dan terus x-ray time tu, mase ni xde org bt x-ray. Xde la menunggu huhu.Sebab da kencing sblm xray, dia bg 1 jug minum air..haha. so bile rase nak kencing baru bole x ray, biar imej lagi jelas. So masuk la doc perempuan yg len buat. Dan hmm sy dgn tenang dengar je doc cakap,” x normal ni” sambil ade 4 org nurse praktikal tgk. Besar cyst ni. 5.4cm, lepas tu rahim retrovert. Sy tenangkan diri sy, yela sy gi check pon sorang2. Doc x ray pesan better buang sebelum kawen. Allah ujian nak kawen. Pastu bawak result x ray nek atas jumpe doc yg awal2 td balik. Dia pon ckp better la buang sebelum membesar. Sy pelik kenapa time kt klinik dr hamid dlu x detect? Sy baru ingat akhir taun pas saya ada makan 2 tin produk colagen & soya coklat utk mengemukkan badan. Makanan2 ni kan x boleh utk org de cyst. Mybe dia aktifkan. Sbb kata doc semua orang ade cyst. Aktif dan x aktif je.

So sekarang sy tengah cuti 2 mggu pas operate. Ritu doc sahkan sy endometriosis cyst stage 3 or 4. Doakan sy cepat sembuh yer. Bila sy tnye peluang hamil, doc x bole cakap sbb tu semua rezeki dari Allah. Tapi doc ckp tiub sy masih cantik, in shaa Allah xde pape. Dari situ saya nampak perjalanan hidup kita, aturan Allah yg cantik, banyak hikmah sebenarnya yg susah sy nak ungkap. Allah hadir lelaki yang sebijik2 sy mintak masa tahajud. Semoga baitulmuslim yg kami bina x lama lagi berkekalan ke Jannah.

Pesan saya, elakkan la makan kolagen dan ape2 minuman proses, wlp sy bkn jenis minum ais, bukan rajin mkn fastfood( bole kire setahun bape kali), maggi pon myb 2 bulan sekali, x minum air kordial/ gas dan lain2. Stress jugak maybe menyumbang, so pandai2 la control ye.

Dan akhir kata kuatkan mental dan fizikal bila ujian mendatang. Pasakkan Allah dalam apa jua tindakan kita. Dan jangan lupa solat dhuha, waqiah & yassin setiap hari. Semoga sy dan anda semua dapat istiqamah. Terima kasih sudi membaca.

Mawar

– Mawar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *