Assalamualaikum guys, mula-mula sekali aku nak ucapkan terima kasih to admin sbb approve my confessions here hehe. Aku ni belajar dekat satu ipta kat utara Malaysia (pandai2lah korang teka hehe) dan aku ni seorang lelaki yang agak inferiority complex (aku rasa lah selepas aku buat research apa masalah diri aku ni) dan aku anak sulung. Well, aku ceritakan pasal aku dari aku kecil lagi.
Dulu masa aku budak2 nakal, aku suka buat benda yg agak pelik contoh mcm suka berkawan lepas tu gigit budak lain, dan suka tiru aksi2 atau dress up mcm superhero superhero marvels hehe. Tu masa aku sebelum dan semasa tadika lah. Oh lupe, aku ni seorang yg agak slow learner jugalah sampai makcik aku (seorang guru sekolah rendah) cakap kat mak aku yg aku ni patut masuk Pendidikan khas (masa ni aku taktahu sampailah mak aku cerita kat aku mase aku dah sambung degree) dan dia ckp lagi aku boleh dpt elaun bagi kat mak aku.
Punyalah dia underestimate kat aku. Selepas aku masuk darjah satu aku rasa diri aku bodoh gila. Sbb apa tau ? Sbb aku ni tak berapa nak pandai bace, huruf pon masih lagi terkial2 (menulis lagi lerr ke gaung haha). Dan cikgu2 aku time tu mcm surrender dah nak ajar aku including makcik aku tu. Fyi, makcik aku ajar subjek Bahasa melayu. Dia selalu tampar aku, cubit2 aku. Silap sikit kena cubit huhu. Kelakar kan ?? Haha Sbb aku rasa kelakar. Tp bila fikir balik, nakal ke aku time tu ? Alaa sikit je pon. Maybe aku malukan dia kot. Oh ye, aku ni suka ambil sesuatu tanpa kebenaran, mungkin that time aku teringin sgt nakkan sesuatu tp tak mampu haha. Tp alhamdulillah mak aku sabar dgn aku dan selalu mengomel kat aku haha. Dan ayah aku suka sebat aku. Benda ni berlaku sampailah aku masuk tingkatan 1. Masa upsr pon aku tak perform compared to other children. Tapi aku tak peduli pon (entahlah).
Then after aku ke form 1, mcm aku ckp td, aku ni slow learner dan aku dikelaskan di tingkatan satu kelas first among 7 classes. Actually there were 8 classes including KAA class. That time aku rasa kelas KAA ni the supreme class sbb yg masuk ni budak2 5A, yg paling teruk pon 3A. Itu pon tak semua 3A dpt masuk. Aku ni 2A je huhu. Oleh kerana ayah aku nakkan aku masuk kelas KAA ni, ayah aku pon deal dgn pengetua sekolah tu dan she approved me to be in the class. Seriously, sekolah tu mmg betul2 jaga prestasi kelas KAA tu tambah pula masa ujian, aku paling tercorot, dan tak buat keje sekolah (itu pon bersebab). Sbbnye aku tak reti. Mane yg reti aku buatlah, mana yg tak reti aku tanya ayah aku. Memandangkan ayah aku busy so aku tak buat huhu.
Kesannye, aku selalu dipanggil pengetua untuk turunkan aku. Aku okay je tapi bapak aku tuh nak aku stay kelas tu. Aduh. Aku rasa better kot aku diturunkan sbb aku ni tak pandai lepas tu compete dgn budak2 5A. Mmg tak ler. Seolah2 kapcai berlumba dgn superbike. Piston aku kecik dan single cylinder nak dibandingkan sbk 4 piston dan saiz bore 70++ mm. Mmg berkampung ler kene tinggal makan asap. Haha Melalut dah. Oh ye, aku ni gila motor. Aku sanggup perabih duit utk motor. Jgn maraaaa~~ Huhu.
Akhir sekali aku pergi umrah then pindah sekolah. Masa aku dlm kelas KAA sekolah tu, ade sorang budak perempuan ni aku minat giler. Muka mcm kucing yg comel2 gitu hihi. Aku belikan souvenir utk dia, pastu dpt tau dia masuk mrsm. Yelah budak pandaikan.. So aku simpan sampailah sekrang. Benda tu ada lg. Rasa mcm menyemak pulak.. Kahkah.. Then, aku pon pindah but still in KAA class yet, the school I moved to was a bit lousy. Sekolah budak nakal dan sekolah sukan tapi ade kelas kaa. Sekolah mmg kene cop lah dan sesuai utk aku sbbnye aku ni nakal. Aku dpt ramai kawan yg otak diorang se-level dgn aku. By that time, aku baru tahu apa itu blu*. Haha.
Mmg nakal. Dan aku sedar aku siapa. Lg pon sekolah tu tercorot in the list of pmr and spm. Aku tak kisah. Sebelum pmr, aku byk ikut bengkel2 nak jawab pmr antaranye Bahasa arab. Seriously, masa bengkel, ramai budak pandai. Dahlah awek cun cun Aku rasa down gila. Dahlah bodoh dlm pelajaran, berhadapan pulak dgn awek cun2 lg ler aku rasa down. Aku terfikir “aku takkan dpt punye, diorang nak budak2 laki yg pandai2 kan bukan mcm aku”. Masa pmr, aku lulus je dan aku bersyukur. Aku tahu mak ayah sedih sbb berharap anak dia cemerlang mcm budak lain tp aku tak mampu masalahnye sbb aku sedar tahap aku.
Mase spm, aku mcm biasa. Budak tak pandai (tapi aku ceghedik hihi). Aku masuk kelas aliran kemanusiaan. Korang paham2 jelah ye. Time ni aku dah okay kot walaupun sikit je. Ade lah keyakinan nak bergaul dan ushar2 awek. Kat sekolah aku jelah aku berani tp sekolah lain mmg tak ler especially sekolah2 cluster. Haruuuu… Masa aku kat sekolah still rasalah aku ni tak berapa nak pandai but since I got friends yg sama level so rasa tu kurang sikitlah. Tapi rasa tu dtg byk masa aku join tuisyen2 luar lg2 ayah aku masukkan aku tusiyen dgn cikgu2 cemerlang. Kalau korang biasa masuk tuisyen yg cikgu cemerlang buat, korang mesti tahu punya student2 kt situ drpd sekolah2 elite and cluster. Bila diorang dpt tahu aku dari sekolah mana, diorang avoid aku. Keji ke aku ni ?? Mase tu aku rasa down giler. Buat keja pon sorang2. Dahlah kena bahan dgn cikgu2 cemerlang kat situ. Nak je aku bahan balik tp aku taknak lah diorang igt aku ni kurang ajar. So aku biar dan aku satu2 student kat tusyen tu yg paling bodoh. Bila aku takt ahu aku diam lepas tu kena panggil kat depan suruh buat. Aku tak reti so tercongok ler kt depan tu sorang dan kena gelak dgn budak2 kat situ. Malu giler beb. Kadang2 aku geram dgn bapak aku. Serius geram. Dia tengok anak member dia berjaya pastu nak aku berjaya malah lebih berjaya drpd anak member dia. Haish sabo aje ler.
Dia tak boleh tahu ke tahap aku ni kt mana ? Dia tak boleh cari kelebihan lain aku kat mana ? Terus terang ckp aku ni jd bodoh giler bila diperbuat sedemikian, dan kat mana2 aku ada, jd bodoh. Sampaikan aku rasa diri aku ni langsung tak layak. Aku tahu mesti korang akan ckp “bapak nak yg terbaik utk anak kan”. Yes mmg betul. Tapi si bapak ni tak boleh ke kenal anak ? Tak cari ke kelebihan anak ? Bila aku buktikan sesuatu kelebihan aku kat bapak aku contoh mcm melukis, main music, bercerita perihal sejarah2 eps pasal2 agama, dia selalu neglect dan anggap takde peluang. Amende doh ?? Tapi alhamdulillah bapak aku lama2 faham aku dan mak aku selalu nasihatkan dia. Tu pon degil. Bile dah kene baru nak sedar. Itu lah kesan bila suruh mak aku je dtg mase open day kat sekolah. Aku tahu mak aku ada cerita kat bapak. Tapi dgr cerita dgn dpt tahu dari mulut cikgu tak sama dgn dengar cerita. Feeling dia lain beb. Masa spm aku buat yg terbaik. You know what ?? The most fav subj aku ialah English. Aku suka belajar bahasa2 nih. Dan alhamdulillah aku dpt keputusan okay (okay lah sikit). Tp apa yg pasti English aku A.
Lepas tu aku masuk form 6, sekali lagi aku rasa bodoh. Sbb compete dgn Chinese student. Korang tahukan Chinese student ni pandai2 and rajin. Nasib baiklah diorang ni baik hati tolong aku. Dan aku pon tusyen dgn bapak aku dlm satu subj ni (rahsia sbb aku pasti para pembaca ni kompem akan kenal aku haha). Nasib baik subj membaca tp sakit jugalah sbb aku ni pemalas haha. Dahlah pemalas, bodoh pulak tuh. Haha. Tapi aku cubelah. Byk subj mana kurang memuaskan dan failed aku repeat. Mase tu sistem form 6 dah berubah dari sistem ambil exam seketul kpd sistem semester mcm matrix. Alhamdulillah result aku okay cume muet aku je sedih tp qualified lah nak sambung degree. Entahlah, aku rasa mcm excited lah pula, dan mcm tak sangka “eh betul ke aku boleh sambung degree?” Haha. Lepas tu mohon upu dan dapatlah kat mana aku berada skrg tp mcm tak percaya pula haha. Kursus aku dpt pon aku rahsia kan sbb aku tahu korang akan cam aku dari cerita awal aku sampailah ke akhir ni. Haha.
Mcm biasa, mana yg masuk ipta ni mestilah budak2 yg power2. Otak diorang murah berbanding dgn otak aku yg mahal giler ni sbb jarang guna. Otak aku ni condition 9/10 top bak nelopa hahahahaha. Aku tak kisahlah. Janji aku dpt habiskan pengajian aku nih. Tp tulah aku rasa mcm tak layak tambah lagi aku rasa classmate aku yg lain faham tapi aku sorang je yg tak faham2. Dahlah sini suma power2. Lg ler down aku ni. Pointer aku ?? 2 lebih je ada sekali tu aku dpt 1 lebih. Standard aku lah kan kalau korang bace cerita aku dari awal. Aku tau korang skip sbb cite aku ni membosankan haha. Tp tulah aku cuba meng-happy kan diri aku yg loser ni. Mase aku kt ipta ni aku pernah ada awek tapii.. urmm.. mcm aku diperbodohkan.. lagilah aku down.
Tapi takpe aku ade mak ayah aku, adik2 aku dan member2 aku. Diorang sgt supportive. Even aku pon masih lg keep in touch dgn member2 sekolah menengah aku. Walaupun diorang lebih kurang mcm aku tp diorang baik. Apa pun sampai sekarang kalua aku tengok classmate aku, aku jd down. Even aku tengok roommate aku pon aku jd down. Taktahu lah aku nak overcome. Tapi apa yg aku boleh buat aku study mcm biasa, dan aku bykkan masa dgn member2 aku yg satu kepala dgn aku. Awek ?? Aku cume kawan dgn perempuan yg selesa dgn aku dan yg jenis happy go lucky. Yg cover2 cun ni atau melawa dressup mcm retis ni mmg taklah. Sakit hati pulak aku tengok. Plus aku rasa mcm tak layak. Tapi aku cube tenangkan diri aku yg diorang ni nothing berbanding kawan2 aku yg giler2 dan motor aku yg cun walaupun tak lah power mcm motor lain. Standard kapcai yamaha lah kann. Tu je aku nak cite. Babai.
Dari,
Sesorang lelaki yg serba kekurangan.
– Useless Guy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit