Dihalau Dari Rumah Sendiri

Hai,assalamualaikum
So, harini aku nk confes tentang kene halau dari rumah sendiri. Lepas mak aku meninggal, ayah aku berhajat nak buat rumah aku sebagai rumah mengaji dan pahala daripada tu diberikan kepada arwah mak aku. Rumah tu bukannya ayah aku bagi terus maksudnya rumah tu still nama ayah aku tapi dia akan buat rumah tu sebagai rumah mengaji. Budak-budak boleh datang siang dan malam untuk mengaji dekat situ bila-bila masa sahaja.

Lepas aku habis sekolah ayah aku pon teruskan laa hajat dia rumah yang aku duduk sekarang dijadikan rumah mengaji. Nak dijadikan cerita ayah aku serahkan lah semuanya dekat jawatankuasa surau (ayah aku pon jawatankuasa kat surau jugak jadi sebab tu senang nak bincang).Jadi, ada seorang ni dia tawarkan diri untuk uruskan semuanya. Ayah aku cakap dekat jawatan kuasa tu masa bulan 1 yang nak buat rumah tu sebagai rumah mengaji. Ayah aku mintak laa masa dalam 3 atau 4 bulan nak kemas apa semuakan lagi pon mintak laa masa banyak skit sebab ayah aku sibuk. Ayah aku tak kisah pon sesape yang uruskan kan. Aku tinggal berdua je dengan ayah aku jadi banyak laa kan nk kene kemas sebab nk pindah rumah satu lagi dekat daerah lain. Adik beradik aku duduk jauh tapi ada je balik tolong kemas apa semua. Rumah tu besar kan jadi ambik masa laa jugak kan nak kemas tu semua.

Dah 2 bulan, kemas punya kemas masih tak siap lagi sebab barang banyak sangat and ayah aku sibuk ulang alik ke kl sebab dia ada kerja kat sana jadi tak sempat sangat laa kan nak kemas habis. Orang yang nk uruskan tu keep calling akak aku suruh ayah aku cepat-cepat keluar dari rumah tu. Sebab apa dia call akak aku dan tak call ayah aku? Sebab dia tak berani nak cakap sendiri dengan ayah aku. Macam mana dia ada no kakak aku? Sebab haritu akak dengan ayah aku ada datang melawat dia jadi dia mintak laa no dari kakak aku.

Hari-hari dia keep call akak aku cakap yang rumah tu ada budak nak masuk dah apa semua. Akak aku kadang-kadang fed up jugak jadi ada masa dia angkat, ada masa dia tak angkat call tu. Dia cakap kat akak aku yang ayah aku dah sign surat perjanjian laa apa semua, bila akak aku tanya ayah aku dia ckp tak ada pon.

So beberapa minggu yang lepas dia datang dengan beberapa ahli jawatankuasa surau perempuan nk tengok rumah. Tahu tak dia cakap apa? “Tak siap lagi ke kemas? Dah bulan berapa ni?” Ayah aku cakap laa awal bulan 5 ni nak keluar dah dari rumah tu. Dia cakap kalau seminggu ke dua minggu lagi tak boleh ke? Sebab ada orang nak masuk dah. Ayah aku cakap insyallah sambil senyum je. Aku dah panas dah masa tu tapi bukan jenis aku sembur orang tua nanti malu pulak depan kawan-kawan dia. So minggu lepas aku pon keluar laa dari rumah. Ayah aku pesan kat dia jaga rumah tu elok-elok manfaatkan sebaiknya. Pastu ayah aku cakap laa dia akan ambik balik rumah ni kalau tak digunakan dengan baik. Orang tu pon cakap “ehh mana boleh kan dah bagi mana boleh ambik balik dah sign kontrak dah kan?” entah bila masa tahh ayah aku sign. Ayah aku cakap “bila ye saya sign tak ingat laa, kalau ada nanti tolong wasap kan gmbr kontrak tu. Mungkin saya tak ingat”. Dia senyap je. Dia ambik kunci terus masuk rumah. So, aku dengan ayah aku nak tengok apa jadi kat rumah tu kalau tak buat apa-apa ayah aku decide akan ambik balik rumah tu. So far rumah tu masih tak ada orang pun mengaji kat situ. Btw rumah tu semua ok dah diperbaiki dan selesa tak perlu tambah apa-apa lagi dah semua lengkap dapur, sofa, peti ais semua ada. Tu laa pengalaman kene halau dari rumah sendiri.

– Ameena

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *