Madu?

Madu manis bukan? Tetapi bermadu itu pahit katanya..

Saya terpanggil untuk meluahkan rasa selepas apa yang kecoh baru² nih.. Kawen dua kemudian ceraikan isteri pertama.. Ramai kecam si suami dan isteri kedua.. Pada saya sebenarnya tidak salah apa yang sis suami itu buat.. Talak itu hak dia.. Cuma kelihatan Agak tidak bersopan.. Bagai habis madu sepah dibuang.. Jodoh mereka sampai disitu sahaja.. Dalam rumah tangga diorang kita tak tahu apa yang jadi.. Macam bekas isteri tu cakap..merepek lelaki tu kata mereka dah lama tak sehaluan… Kalau tak macam mna ada ank kecil..?
Sebenarnya Bagus lah lelaki tu.. Walaupun dia rasa rumah tangga dia bermasalah dia tetap tunaikan apa yg dia patut beri sebagai seorg suami.. Nafkah dia bagi dengan cukup.. Cuba fikir.. Berapa lama dia sabar? So, anggap je lah jodoh diorang sampai situ.. Yg nak kecam isteri kedua tudah dah kenapa.?

Berbalik pada cerita asal…
Bila dah meningkat dewasa ni saya mula lebih berfikir.. Dulu setakat cakap main² jer.. Saya rela untuk bermadu dan saya sebagai isteri pertama… Selalu saya cakap benda ni masa dari umur 14 lagi.. Bila dah masuk 20 an ni.. Saya rasa memang betul apa yang saya cakapkan.
Saya tak kisah untuk bermadu(insyaallah). Tipulah sebagai seorang perempuan tak ada rasa cemburu.. Tapi cuba kita fikir balik.. Dari suami dapat dosa.. Kita sakit hati dia ada hubungan dengan orang lain.. Baik kita biarkan ia berlaku secara halal.. Bila dah bermadu banyak juga manfaatnya.. Cuba pandang yang positif… Jangan terlalu sempitkan minda yang bermadu itu satu penyiksaan.. Cuma konsep bermadu itu perlulah betul..

Carilah isteri kedua jika mampu untuk berlaku adil.. Mampu memberikan nafkah yang secukupnya.. Mampu untuk membimbing keluarga besar menuju ke jalan yang benar.. Tidak pilih kasih..

Rasulullah saw pernah berdoa:
‘Ya Allah, aku sudah berlaku adil terhadap semua isteriku dari sudut zahir.. Namun apa yang berada didalam hatiku(perasaan) yang tidak dapat aku saksamakan… Engkau ampunkanlah dosa ku… ‘

Maknanya… Walaupun isteri Rasulullah saw ramai.. Namun rsa cinta baginda terhadap mereka berbeza-beza.. Tapi Nabi tak pernah zahirkan perasaan cinta yang lebih itu dihadapan isteri yang lain.. Hikmah bukan cara baginda.. ?

Buat para lelaki diluar sana.. Bernikah lebih dari satu buat anda menanggung lebih beban.. Setiap lelaki bakal disoal mengenai segala isi rumahnya diakhirat kelak.. Kalau tak mampu berlaku adil.. Simpanlah hajat tu.. Rasa mampu unutk didik keluarga besar menuju redha Allah.. Silakan menikah dengan cara baik…

So, saya harap xdelah yang nak membawang.. Cuba open minded.. Benda ni bukan perkara haram.. Dan satu lagi… Cemburu bukan hak wanita.. Tetapi hak lelaki…
Madu manis begitu juga bermadu sebenarnya manis….
Cuba terima dengan cara sunnah dan hikmah.. Insyaallah ..manjsnya pasti ada…

Wallahu a’lam..

– Nm97

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *