Tips Medsi

Assalamualaikum semua. Memandangkan tak lama lagi in take untuk ipta/ipts akan berlangsung. Aku nak bagi tips duduki ujian medsi kepada sesiapa yang berminat untuk jadi guru.

Aku antara pelajar yang berjaya lepasi ujian medsi dan iv untuk jadi seorang pendidik.

Intro sikit. Ujian medsi ni macam mana? Medsi ini bukanlah keluar soalan fizik, kimia, atau lain-lain subjek yang kau pernah belajar dulu. Soalannya, lebih kepada penilaian diri sendiri, personaliti dan minat kerjaya.

Ini sedikit tips bagaimana aku boleh lulus ujian Medsi.

1. Pastikan korang betul-betul rasakan diri korang ialah guru semasa jawab soalan. Korang perlu study, apa yang boleh guru buat dan apa yang tidak boleh. Contohnya, soalan berbunyi ‘saya boleh menumpukan perhatian walaupun keadaan sekeliling bising’. Mestilah korang kena jawab YA. Sebagai seorang guru kena biasakan diri dengan suasana bising di sekolah.

2. Untuk soalan jawapannya berbentuk sangat tidak setuju/tidak setuju/ setuju/sangat setuju. Kau kena jawab sangat tidak setuju ATAU sangat setuju SAHAJA. Ini menunjukan tahap keyakinan korang. Nak jadi cikgu tak boleh was-was. Confident tu wajib ada! Contohnya soalan : ‘Saya sangat cantik’. Korang kena jawab SANGAT SETUJU. Tak kisah la korang cantik ke tak cantik janji korang confident dengan diri korang. Reason : Guru kena confident semasa mengajar di depan. Kalau mengajar kejap timur kejap barat. Memang pening pelajar nanti

3. Jawapan korang mestilah positif sahaja! Contohnya soalan ‘saya suka menanam pokok bunga’. Korang mesti akan jumpa soalan-soalan lebih kurang macam ni walaupun korang rasa takde kaitan dengan kerjaya perguruan pun. Jangan risau, jawab je positif dengan yakin! Kalau korang fikir balik tak salahpun nak jawab YA sebab takde pulak Kementerian pendidikan menghalang seorang guru tanam pokok bunga. Lainlah kalau soalan: ‘saya suka menanam pokok bunga dan saya sanggup menghabiskan masa kerja saya untuk menyiram pokok-pokok tersebut’. Yang ni wajib jawab TIDAK. Kalau jawab Ya menunjukkan korang tak ada integriti dalam melakukan tugasan. Senang cerita jawab aje YA kalau soalan tersebut tak langgar etika perguruan.

4. Sebelum korang pergi medsi pastikan korang baca syarat-syarat untuk jadi seorang guru, etika perguruan dan perkara-perkara berkaitan guru. Sebab nanti ada soalan yang keluar akan bertentangan dengan etika perguruan. Jadi jangan tersalah jawab pula ya!

5. Jawapan mestilah konsisten. Sesetengah soalan trick kau je. Pastikan kau detect soalan-soalan mcm ni. Contohnya soalan : ‘Saya suka belajar bersendirian di rumah’. Kau jawab TIDAK. Then kau jumpa pulak soalan : ‘Belajar berkumpulan adalah menyeronokkan’. Yang ni kau wajib jawab YA sebab soalan awal tadi kau dah jawab kau tak seronok belajar sendirian dan lebih selesa belajar kumpulan.

Itu sahaja tips daripada aku. Soalan bocor? Taklah. Aku pun tak tahu soalan apa yang akan keluar tahun ni. Haha. Tapi bentuknya lebih kurang sama.

Akhir sekali, tolong jangan harapkan tips aku ni sahaja. Korang boleh cari kat google tips lain-lain. Nak berjaya mesti ada usaha lebihkan. Paling penting perform time interview. Selamat maju jaya semua.

– Cikku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *