Realiti Pelajar Luar Negara

Panggil saya Non. Saya seorang pelajar tahun ketiga electrical engineering di salah sebuah top university di Amerika Syarikat. Ya, bunyi gah. Di media social pun, semua pelajar luar negara kelihatan gah. Tapi peritnya sakitnya disimpan elok dalam hati sampai satu saat, rasa nak meletup. Jadi sebelum terjadinya letupan itu, saya berharap readers dapat memberikan pendapat daripada cerita saya.

Berbekalkan SPM straight As saya telah menerima beberapa tawaran untuk ke luar negara, dan saya memilih US kerana diberi tajaan penuh. Saya ni bukanlah seorang yang pintar sangat, tapi saya rajin. Sangat rajin. Saya selalu pastikan usaha saya melebihi orang lain. Tapi itu dulu.

Saya juga bukan nak mengata tentang perangai orang US, sebab saya lihat sebenarnya banyak saya jumpa yang baik daripada yang tak baik. Walaupun ada kena ugut nak tarik tudung, nak cekik. Saya juga pernah diugut untuk dirogol, tapi masih ramai yang memberi sokongan dan perlindungan kepada muslim di sana. Jadi itu bukan masalah besarnya.

Saya cuma berasa kosong. Hijab masih kekal saya pakai, walaupun banyak kali terfikir untuk menanggalkannya. Tapi kebelakangan ini saya mula untuk tidak solat. Saya juga mengelak untuk bercakap dengan keluarga saya dalam telefon. Saya makin gemar untuk bersendirian. Prestasi akademik saya juga makin merudum dan saya menjadi semakin pendiam. Kawan di US? Ramai. Tapi sekadar dalam campus sahaja.

Sebagai pelajar tajaan, penaja ada menetapkan pointer untuk mengekalkan tajaan. Tetapi dengan gred US yang tinggi, (Gred A ialah 93 dan ke atas dan markah pass ialah 73 dan ke atas. Bawah 73 dikira fail) saya rasa saya tak mampu lagi untuk menghabiskan sisa baki pengajian saya dalam jurusan electrical engineering ini walaupun berbaki setahun setengah.

Saya tidak tahu apa masalah sebenar saya sebab saya tahu saya dah berusaha bersungguh sungguh, saya tak ponteng kelas, tapi masih tak membuahkan hasil. Saya doa, saya solat. Allah masih belum menjawab doa saya. Setiap hari saya pergi ke sungai dan menangis sepuas puasnya. Saya betul2 putus asa dan mahu pulang ke Malaysia. Tetapi akibatnya, saya akan mengecewakan kedua ibu bapa saya yang menaruh harapan tinggi kepada saya dan perlu membayar semula semua pembiayaan belajar kepada penaja yang berkemungkinan setengah juta ringgit Malaysia. Saya bukanlah dari keluarga yang senang, sederhana sahaja. Ibu saya pula selalu sakit2. Tapi saya ada plan untuk buka bisnes sekembalinya saya ke Malaysia nanti. Saya suka berbisnes.

Saya cuma tidak tahu sama ada saya perlu push diri saya lagi walaupun saya terseksa ataupun berserah saja pada takdir dan pulang ke tanah air… Maaf jika anda rasa saya mengada dan manja. I used to be a strong woman. Kini tidak lagi.

– Non

Hantar confession anda di sini ->Β www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *