Lalai

Salam. Sorry aku tak reti nak buat intro yang stail macam orang lain. So aku straight to the point.

Aku seorang lelaki berumur 27 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Aku mula kerja dekat company ni dah hampir 3 tahun. Ni first job aku. So ni pengalaman pertama aku sebagai orang yang bekerjaya. Tahun pertama aku kat sini, semua ok. Performance aku bagus and aku dapat bonus plus increment yang banyak. Gaji aku agak besar klu dicompare dgn mmbr2 yang lain. Bila gaji dah besar ni aku rasa aku dah mula lalai. Lalai maksud aku tu mcm terlampau enjoy dgn duit. So aku berbelanja yang agk keterlaluan, pergi travel oversea selalu enjoy dekat sana. Tapi aku bagi duit dekat parent and still bersedekah semua. Cuma tu la sebab company aku ni international and aku selalu join diorang pergi dinner semua. Start tahun kedua kat company aku mula sosial yang agak keterlaluan. Yang tu aku taknak cerita detail la. Mcm buka aib aku sendiri. Aku mengaku yang aku dari dulu jenis yang solat tapi kadang2 tertinggal tu benda biasa. Then bila dah kerja and sibuk korang faham2 la. Solat aku jadi tak menentu. Bila buat kerja sedar2 dah terlepas. Campur pula dgn lepas office hour aku pegi lepak dgn budak2 office. Hmm lagi la kelaut. Nak dijadikan cerita masuk tahun ketiga which is last year aku start rasa tak syok dekat office. Biasa la politik office. Aku rasa macam ada certain2 manusia dlm office cuba nk buat taik dgn aku. Start tu aku mula rasa mcm tekanan je kalau nk pegi office. Dh start rasa tak best la.

Kemuncak masalah aku ni berlaku bila bos aku panggil and dia mcm sound ar ckp itu ini. Lepas kena macam tu aku jadi macam depress teruk. Korang bayangkan start daripada hari tu aku pergi ofis dgn rasa sakit hati yang melampau. Sampai tahap task yang kecik2 pn aku dah tak boleh nak buat. Bila dah macamtu aku kena panggil lagi skali baru2 ni. Lagi teruk la aku kena. Dalam hati aku ckp, klu dah camni better aku blah dari sini. Aku keluar ofis bos aku duduk jap kat meja. Lama aku hadap laptop terbayang benda yang berlaku sampai airmata aku keluar. Aku mcm alamak terus aku amik tisu lap laju2 takut org lain nmpk. Then aku tgk jam time tu dah nk asar. Teringat aku tak semayang zohor lagi.

So aku gerak pergi surau nak solat. Sampai surau aku ambil wudhu lepastu amik sejadah setting nk semayang. Tgh aku setting tu dtg sorang pakcik ni. Dia pakai baju guard. Dia ckp “Dik. solat sekali la. Kita berjemaah”. Aku ckp “Ah boleh2. sila2 pakcik” sambil aku tunjuk kat dia suh jadi imam. Lepas tu dia ckp “eh takpe2. adik jadi imam”. aku ckp “eh pakcik lagi tua. lagipun saya ni surah2 tak igt. al fatihah je igt”. pakcik tu berkeras ckp “boleh je tu. cepat2 nk habis waktu dah ni”. aku pun terpaksa la imam. dah la aku pakai baju jenis klu sujud nampak boxer. segan betul. time solat pun aku baca alfatihah dengan surah inna aktoina dgn qulhuallah. sorry guys aku memang tak igt apa nama surah tu. ya Allah berdosanya rasa. ok sambung balik cerita. tgh solat tu secara automatik aku teringat apa yang berlaku dekat office smpi aku menitis airmata lagi sekali. duk teringat yang aku ni dah menyimpang agak jauh dari jalan Allah.

Habis solat dgn doa semua aku salam dgn pakcik tu. time salam dia tanya aku kenapa klua airmata tu. Mcm2 aku duk cover ye la aku ni klu org tgk mcm rock sikit. Last pakcik tu ckp “takpa citer je masalah hang. sementara tggu asar ni”.
Aku pn cerita la masalah office aku. Aku ckp kat dia aku nk cari kerja lain semua. “Cari la kerja lain. Mungkin sumber duit company tu tuhan tak berkenan. Berdoa byk2 insyaAllah rezeki tu ada”. Dia ckp mcm tu. Aku pn cakap “Saya ni bukan jenis org mcm pakcik. solat bila teringat je. quran pun baca first day Ramadhan. tak tau la nk ckp”. jujur aku ckp time tu aku mcm nk menitis airmata lagi.

Pakcik tu tepuk aku sambil ckp “Jangan ckp mcm tu. Hang tak tau tadi Allah dah angkat darjat hang lebih dari aku tau. hang jadi imam aku. Punya byk orang hang Allah pilih nk jadi imam aku”.

Ayat pakcik tu terngiang-ngiang dekat telinga aku on the way nk balik rumah. Sampai rumah aku tulis surat resign.Habis tulis surat resign baru aku tulis benda ni. Aku yakin rezeki itu ada. Esok aku nak bagi dekat bos. Doakan aku guys. Doakan aku kekal dilandasan itu yang penting.

– Al

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *