Assalamualaikum and hai gais. Nama aku bedah. Umur awal 20an. Duduk selatan tanah air. Terima kasih pada admin kalau luahan aku ni lepas la. Sbb dah berkali aku hantar tak lepas. Mungkin gaya bahasa and jln cerita aku mcm ular kene beduk sebelum ni. Tengah cuba sebaik mungkin ni nk buat karangan.
Aku saja nk luahkn perasaan dekat iiumc ni. Ye la org kata kalau suke pendam perasan bole jadi barah. Barah jadi dendam. Dendam jadi gile. Jadi sebelom aku gile sbb pendam. Perasaan better aku try luah dekat sini. Aku ada 7 beradik. Semua perempuan. Kakak pertama ade ijazah and sekrang dia kerja. Gaji around 2k .Kakak kedua skrg tngh sambung ijazah but end of this year in sha Allah habis. Aku belajar sampai spm sahaja. Adik aku yg pertama (bawah aku) sekarang tengah ambik diploma. Adik aku yg kedua skrg sekolah menengah. Adik yg second last and yg bongsu sekolah rendah. Mak aku kerja. Sebulan gaji around 4.5k . Ayah aku ade masalah kesihatan yg agak teruk melibatkan kaki (pasang besi). So dia tak kerja berat. Dia tolong2 org je itu pon tak bole kje susah nnti kaki dia bengkak atau sakit yg makan satu dua hari baru baik semula. Hasil tolong2 org dapat la sebulan around rm700 atau kurang. Lepas spm aku start kerja. Then lepas keputusan keluar aku dpt tawaran masuk form 6. Aku terima but aku ambik form 6 setengah jalan je sebab aku mmg tak bole bawak. Pada aku form 6 sangat susah. Aku bukan setakat cakap kosong. Aku dah cube utk belajar tapi still tak bole masuk. And utk pengetahuan korang dalam adik beradik ni, aku satu2 nye yg kelas corot. Yg lembab sikit. Adik beradik lain semua kelas pertama, kedua. Pointer smue tinggi2. Tiba aku je hampeh hahahaha
Mase form 6 ni ramai bebudak yg kire keputusan spm ni hebat2. Aku ni antara yg spm so so la. Keputusan spm aku semua B kecuali math aku E dan BI aku c+. Aku ambik 8 subjek je masa spm. Dgn keputusan mcm tu and takde dpt tawaran mana2 tempat lain. Aku pon acah la cuba utk belajar. Tpi awal aku sem 1 lagi cikgu yg ajar tu bagitahi dalam kelas bahawasanya form 6 ni “kalau keputusan spm awak teruk dan awak bukan jenis fast learner sebaiknye awak berenti dan cari tempat lain. Ni bukan utk awak” aku down la time tu sbb aku bukan fast learner. Tpi aku cube jugak. Satu sem aku habiskn dgn caci maki dari cikgu yg rasa aku ni lambat pickup. Hahahaha. Yg lain dipuji. Aku dihina habes sem 1 aku berenti. Parents aku marah habis la. Aku ni memandai berenti. Aku bukan jenis suke cerita susah aku semua caci maki yg aku dapat semua sebab family dgn kawan2 tahu aku jenis happy go lucky and jiwa kental. So aku mmg jarang gila gila tunjuk aku sedih ke aku nak nangis ke. Itu mmg bukan aku. Hahaja. Tpi bab2 belajar and kene caci maki sebab lembap ni aku tak bole nak kental. Jiwa aku cpt terusik beb.
So lepas mak ayah aku bebel semua dorang suro aku apply memana kolej la. Ambik kemahiran ke kan. Tpi aku tak terima sebab aku tahu mase zaman aku berenti form 6 tu kakak sulung aku belajar lagi. So adik beradik aku semua belajar. Kau bayang kan duit isi rumah time tu around 5.5k. Dgn duet tu nk kasi kakak2 and adik2 aku sorang sikit. Nk byr bil api air. Bayar kereta. Bayar moto. Beli barang keperluan rumah. Zaman sekarang 5.5k utk isk rumah seramai 9 org dan semua masib belajar tak cukup. Aku nmpk susah payah mak ayah aku cri duit. Ayah aku sakit2 pon cari duet. Dea ckp demi anak2 nk belajar. Aku tak bodoh dan hati aku sangat sensitif bile tngok mak ayah aku struggle dgn usia tia dorang. Aku ckp aku nk keje je. Ade rezeki aku belajar la. Mak aku ckp dia mampu tanggung. Tpi aku sndri sakit jiwa tengok dea dgn ayah struggle smpai kadang terpaksa sesangt kene pinjam org. Ptptn sahaja tak cukup weh. Aku bernaseb baik sebab kakak2 and adik2 aku bukan jenis boros dekat uni. Jarang dorang mintak duit. Tapi sebagai seorang mak ayah dorang mesti bank in rm100 atau rm200 setiap bulan. Kakak2 aku pernah pakai kasut yg hancur beg koyak2 sebab dea ckp bole pakai takpe. Dea segan nk mintak duet dkt mak ayah aku. Sampai kwn kakak aku pernah nk belikan kasut and beg utk dea sebab kesian pakai kasut beg buruk.
Dari zaman aku berenti form 6 sampai sekrang tak pernah terdetik pon dalam hati aku tak nk sambung belajar. Tapi aku tahu aku slow so aku rase lebih elok kalau aku biarkn hasrat aku tu terpendam dulu buat sementara. Depn semua org aku ckp oke je tak sambung bole keje. Dpt duet. Tpi sumpah dlm hati aku nangis weh. Sedara mara ke kwn2 pernah sindir aku. Kenapa tak bljar. Sibuk pikir kawin pikir duit. Dorang ckp takde mase depan. Aku ketawa je la. Dlm hati menangis jugak. Tpi diam je. Kadang aku teringin nk ckp kalau dorang bagos sangat tolong la sponsor aku belajar. Hahahah ade jugak faedah dari sindir2 aku.
Lepas aku berenti form 6 aku kje trus. Mcm2 keje aku buat. Duet ade aku bgi mak ayah sikit. Adik beradik sikit. Kadang tak mampu rm10 pon aku ulur je. Hahahah. Buat ada2 utk dorng beli jajan walaupon kadang dorang tak terima tpi aku ulur je. Lps tu yg baki aku beli la apa2 utk diri and kadang brg rumah ade kurang aku topup sikit2. Nk topup semua tak mampu den hahahah. Sekarang ni aku jobless sebab ade masalah kesihtan ayah aku. Aku jaga dea. Skrg dia dah 100% baik so aku tngh cri kje. Tpi berbekal kan lepasan spm dan pernah kerja cikai2 sahaja sangt susah utk aku dpt keje. 10 tempat aku pegi. 10 tempat tak panggil. Time2 macam ni la aku rase lagi down. Takde pelajaran. Takde kerja. Takde ape pon yg aku mampu buat kat dunia ni. Aku rasa terhina. Aku rasa mcm tak patut hidup weh. Takde apa pon yg bagos dalam diri aku. Semua hampeh. Hahahaha. Tak tahu la apa fungsi sebanar aku hidup ni kalau tak dpt nk bahagiakan diri sndri keluarga.
Korang doakan la aku sentiasa dilindungi Allah. Doakan jugak aku dpt kerja. Doakan mental aku kuat. Doakan perjalan hidup aku dipermudah kan. Dan semoga doa korang yg baik2 utk aku ni, kembali kepada korang semula. Mintak maaf la kalau cerita aku sungguh membosan kan. Aku mmg tak reti buat ayat buat karangan bagai ni. Huhu. Ape pon thanks korang yg sudi bace. Love u guys. Muahhh
Xoxo
Bedah
– Bedah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit