Salam buat pembaca tegar IIUM Confession. Aku adalah budak pemalu yang hari tu ada confess tentang aku takut nak kerja. Alhamdulillah aku dah ada keberanian nak attend interview sekarang ni. Dalam 4-5 interview dalam proses dan sudah aku jalani.
Apa pun terima kasih yang bagi semangat haritu suruh aku sondol dan try je. Waktu tu aku memang low self esteem. Lepas daritu aku pujuk diri aku, betulkan resume dan mulakan job hunting. Asal dapat email company aku email. Asal ada tawaran kat jobstreet aku apply.
Aku cari kekuatan dalaman untuk aku perbaiki diri aku dan overcome ketakutan aku. Sampai aku jadi confident tahap dewa. Aku rasa bila aku cakap. Fuhh menyakinkan dan mungkin para majikan nampak kualiti ini.
Tapi malangnya. Aku dah tolak tawaran bekerja satu company. Yang berkaitan dengan jurusan aku. Sebab once aku balik rumah, aku fikir job scope ini macam mustahil bagi aku. Maksudnya, dulu macam yang aku cerita.. dekat universiti aku ada masalah dengan hands on dalam makmal. Dan tawaran kerja ini macam berkaitan dengan hands on dan aku perlu design alatan-alatan yang jauh dalam hati aku cakap; this one is not for me..
Ex bakal bos aku dah yakinkan yang dia akan guide dan aku harus percaya diri sendiri supaya aku boleh buat. Tapi, aku tak ada keyakinan yang tinggi. Aku fikir; aku tak nak rugikan aku dan rugikan bakal bos aku. Everytime I decide, I always think about others too. Aku sangat pessimis bila fikir kebolehan diri. Aku just taknak repeat kesilapan yang sama.
Dalam hari yang sama aku interview, ada company yang based on Singapore miscalled aku, dan email aku untuk tanya beberapa soalan jika mereka masih berminat nak panggil aku interview. Tapi, macam tak ada harapan sebab aku tak dapat share sijil dan transkrip aku dalam waktu terdekat. Aku habis belajar bulan 1 haritu, tapi universiti aku cuma akan release dokumen2 tu sewaktu konvo bulan 10 nanti. Dan nak buat sijil pendua dan transkrip sementara; kosnya rm250. Mungkin murah bagi yang mampu. Untuk aku; jobless beberapa bulan, dan extend study. Off course aku cakap saving aku zero. Aku harapkan mak dan adik beradik aku bagi duit saku je. Dan mostly habis aku buat print resume dan minyak dalam job hunting. Nak beli baju, mekap semua tu? Dalam mimpi.
Aku memang ada niat nak kerja part time. Haritu dah dapat. Tapi aku tolak lagi. Aku serabut fikir kalau aku kerja sini lepastu dapat tawaran kerja yg lagi bagus macam mana? Bayangkan kalau aku dah kerja almost 23 days a month, suddenly dapat kerja yg lagi better.. aku tak akan dapat gaji untuk 23 haritu. Minyak kereta lagi dah rm berapa. Jarak tempat kerja aku dengan rumah 65km sehari pergi balik. Rugi kat situ.
Tapi setakat hari ini. Aku masih jobless dan stress. Baru tadi reject interview offer dari satu company under bank. Aku harapkan kerja under course aku, tapi aku rasa macam tak mampu bab hands on. Aihhh complicatednya otak aku ni.
Aku rasa serabut dengan life aku. Tak ada orang boleh bagi nasihat yang rasional untuk aku. In the same time aku kalau boleh nak kerja jauh dari kampung halaman. Aku taknak duduk serumah dengan mak dan kakak aku. Sebab, mak aku kadang tu suka buat aku bertekak dengan kakak aku. Aku bukan nak burukkan mak aku. Tapi mak aku ada sifat batu api. Dah 5-6 kali aku bertekak dengan kakak aku bila mak suka menyampai-nyampaikan cerita. Tapi, tula… aku nak hidup luar kampung halaman aku tak ada budget. Hahhaha
Tolonglah semua. Karangan aku mungkin tak tersusun. Sebab kepala aku serabut sangat sekarang ni. Harap confession aku nie disiarkan. Aku perlukan nasihat yang rasional.. Normally aku notice, nasihat daripada lelaki selalunya sangat relevan dan kurang beremosi. Tapi nasihat perempuan selalunya penuh dengan kata-kata positif. Entahlah. Terima kasih.
– Budak Pemalu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit