Naik Turun

Kalau confession ni tersiar, alhamdulillah.

Aku anak bongsu dari 9 beradik. Aku dibesarkan dalam cara sederhana dan sentiasa beringat akan kesusahan orang lain. Mak bapak aku ni orang kampung biasa. Jadi, aku pun orang kampung je. Sampai sekarang still kampung. Tapi kampung yg open minded la.

Lepas grad dulu, aku memang cadang nak duduk tinggal kat rumah mak bpk aku memandangkan mak bpk aku pn dah mula runsing siapa yg nak teman diaorang kat rumah. Diaorang pun dah berumur. Bpk aku 74 mak aku 64.

Pendek cerita, setahun aku menganggur begitu sahaja. Dalam menganggur ade lah part time aku buat. Dan banyak resume dah aku campak entah ke mana2. Sebahagian ada panggil interview, sebahagian ade panggil kerja tp aku tolak sebab aku menanti kerja yg dekat kat rumah.. Yaa, itu kebodohan aku sbb dah kufur nikmat Allah bagi. Aku sedar.

Sebagai manusia yg cukup sifat, aku xmahu la mak bpk n kakak2 aku dok hulur2 duit lagi macam zaman sekolah je.. So, Lepas aku tersedar dari zon selesa, mak2 bawang kat kampung aku pun asyik macam nak banding2 dengan kawan2 aku sekampung yg dh kerja je.. Aku pn stress. Aku dah jarang keluar bermasyarakat for that time being. Haha. The power of words. Dari aku berehat anta resume ke mana2 sbb takut kena panggil kerja luar daerah, aku start gigih balik. Tapi, tu org ckp rezeki jgn ditolak. Susah gila nak dpt feedback even dipanggil interview je pun susah.

Aku start pasang azam. Mana2 company even sl1m sekali pun, aku rembat je.. Tak kisah lah. Asalkan raya 2017 aku dpt bagi duit raya kat anak2 buah dan mak bpk aku. (raya 2016 first raya aku penganggur) aku tak nak raya 2017 pun aku masih jobless!

Alhamdulillah. Dapat sl1m kat kl. So, join je. Aku ingat lagi sl1m kat situ mmg under sale. Aku sedar aku mmg xsuka sale. Aku dah rushing ni.. Aku sauk je. Waktu tu dah bulan 3, masa tu aku kerja part time key in data kat area2 tempat aku. 2 bulan aku kerja key in data aku mintak berenti sbb nak join sl1m ni. Yelah, bulan 3, lagi 3 bulan dah nak raya. So, kerja part time aku tu tak menjanjikan aku akan kerja sampai raya. Bila habis borang, aku akan dioutkan! So, aku blah..

Pendek citer. Aku join sl1m. Batch aku xramai dalam 30+- org je nak banding batch sebelum2 ni ade yg ratus2. So, aku boleh kenal semua participant. And till now we still ade jugak contacting each other. Basic2 pun still love post instagram memasing. We know everyone pun busy dengan life and work masing2.

2 minggu on class training 2 ke 3 minggu terakhir sedialah utk pilih mana2 company yg kita nak. Banyak2 company, majority buat2 sale. Aku amik 1 company kedai buku dekat pavilion. Aku dah dpt agak apa yg aku kena buat. Haha buat apa lagi. Cashiering, susun2 buku, kira stok and seangkatan. Tak kisah lah asalkan aku xkena direct pujuk2 customer beli barang ke apa.. Nasib aku boek, sbb bulan ke 2 aku dapat duduk kat stor a. K. a office yg tak berapa office (semak dengan stok2 baru masuk). Aku ditugaskan utk key in stok masuk before tagging price ape sume. So, aku xberapa keluar sangat. Sbb aku benci cashiering and closing. Ahahaha.. Kebencian aku berbaloi.

Apa2 pun, pengalaman ni mmg sangat berharga lah..

Sebab kerja jadual yg tak tentu (u know retail ni masa cuti umum lah kau kena kerja full. Full means 10am to 10pm) aku pun tak sempat sangat berfikir hal dunia. Sampaikan berat aku pun turun sebab aku mmg work hard. Pegi kerja berjalan naik lrt dah lrt tukar monorail plak. Pastu kena jalan lagi. Sampai tempat kerja pulun angkat2 kotak bagai.. Uihhh, penat tapi berbaloi.

Selama 3 bulan aku kerja, aku jarang balik rumah mak bpk aku. Mujur aku ade kakak yg kerja dia cuti weekdays jugak. So, mudah aku nak balik kg. Bape kali je aku balik dlm tempoh 3 bulan tu. Sampai mak aku pun dah bising2 kerja ape macam tu? Cuti pun xcuti.. Ahaha aku diamkan je. Bkn senang nak senang mak?

Oh ya.. Sebelum aku join sl1m ni. Mak aku ade argue jgk. Mcm sebelum2 ni. For info, one of reason aku xsemangat nak keluar cari kerja dekat luar daerah adalah sbb mak aku jgk. Aku kesian nak tinggal diaorg. Tp bila aku dah bulat dengan keputusan aku, aku tak ckp banyak. Aku pergi pun aku beritahu je yg aku mmg dah buat keputusan, bkn sebab aku nak minta izin. Sbb aku tau kalau aku minta izin, mak tak akan izin aku. Bpk aku? Bpk aku ni open je. Tak bape kisah. Asalkan jaga diri elok2.

Setelah bekerja dalam retail punya world ni, baru aku faham bertapa penatnya Kerja macam ni. Sekarang, bila aku pegi supermarket atau kedai2 yg banyak2 barang, aku dah dpt hadam proses dia sebelum keluar ke rak masing2. Lagi kecil barang tu lagi leceh nak urus. Sbb dia banyak. Mmg lah mungkin tak sama proses tu, tapi at least mesti ade persamaan.

Alhamdulillah, bln puasa mmg bulan berkat kan? Aku dapat call dari pejabat agama islam masa aku cuti. Aku kat rumah mak bpk aku masa tu. Permohonan aku as guru fardhu ain dah diterima. Kan aku cakap aku byk hantar resume. So, yg ni mmg aku dah diinterview masa bulan 8 2016. Lama sangat tunggu, aku ingat tak ade harapan. Tu bawak diri tu. Masa tu perasaan aku campur2 sbb selama 3 bulan kerja, aku seronok kerja kat situ walaupun aku tau kerja tu bkn tetap pun. Kerja berat pulak tu. (Silap2 bos asyik nak marah je. Ade pulak sorang akak ni kerek. Panas jgk la kerja dgn org gitu.) Bergantung kpd prestasi. Nak banding kerja yg aku baru dpt tu, kompom lah terjamin walaupun kontrak. Kena renew2. Tapi dekat ngan mak bpk aku lah highest priority aku.

So, aku pun resign kedai buku. Akhir2 Ramadhan. Aku ckp elok2 dengan supervisor aku. Surat resign tu pun aku bagi on time ikut procedure 2 minggu sebelum aku keluar aku dah layangkan surat resign tu. Haha, supervisor aku mengeluh. Dia ckp aku cepat belajar. Ahaha aki sikit kembang kat situ. Cuma aku xleh teruskan. Aku kena pulang ke kg halaman mendidik anak bangsa! So, aku resign cara aman. Nak ikutkan, gaji guru fardhu ain ni mmg xbanyak tapi, aku kan ade priority aku. So, soal gaji. Mmg aku dah pejam mata la awal2.

Sejujurnya, dalam tempoh aku tak kerja aku sangat stress. Aku rasa diri aku tak guna. Kalau aku pegi pasar dgn mak aku, aku tak ada duit nak bayarkan apa yg mak aku beli. Kalau aku keluar, ada je yg bertanya tak kerja lagi ke tak kerja lagi ke. Diaorg tak tau, pertanyaan diorang tu kalau sekali aku boleh senyum lagi jawab. Tapi bila diaorg asal nampak muka aku je tanya, tu buat aku rasa nak sorok diri aku kat rumah je. Sbb aku sendiri tak faham apa yang aku buat masa tu kenapa aku buat keputusan macam tu.
And cakap2 org mmg boleh jadi pembunuh sebenarnya. Hati aku jiwa aku mati sekejap dgn kata2 manusia. Even some of my kakak pun ade bash aku jgk. Sampai bila kan ko nak duduk rumah je? Yes, for those yg bercakap, lot of thanks. Sbb mereka aku pun berani mengorak langkah semula. Kadang2 kita ni mmg kena tampar kena belasah mentally baru zon selesa tu kita rasa tak selesa dihuni.

Now, aku seorang pendidik. Ajar budak2. Berbekalkan sedikit ilmu, aku share dengan anak2 bangsa ni. Terasa segan bila dyorang ni dok panggil2 ustazah2. Ustazah bagi aku tak ada cacat cela dari segi berpakaian terutamanya. Aku still tudung bawal petak aku dan masih berseluar jeans berkasut crocs xbape crocs. Kadang2 stokin aku pun masih melayang.

Doakan aku sabar eh duduk dengan mak bapak aku. Faham2 lah tinggal dengan parents dah berumur ni mmg kena byk toleransi. But it is a good apportunity to see them older together seyum ketawa gaduh bertekak. Pening kadang2 tapi it is life doo..

For those who, hunting the first job, keluar dari zon selesa. Try apa2 pun yg dtg dulu. Better things come late. Sebelum better ambil saje yg horror tu.. And jgn jadikan yg horror tu halangan untuk terus cuba. Tak semua tempat sama.

– Seroja

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *