Rasa terpanggil untuk meluah setelah membaca confession Janda Terbahagia tempoh hari. Sememangnya confessor seorang yg sangat cekal dan bertuah kerana masih memiliki peluang untuk menyelamatkan diri dari situasi yg telah lama membelenggu diri. Sy sangat kagum dan tak berhenti senyum seolah2 merasai kepuasan yg tak ternilai setelah membaca kejayaan Anisah menyelamatkan diri bersama Amar.
Bila baca ruangan komen pula, 95% kaum hawa menyuarakan sokongan yg penuh buat Anisah. Namun apa yg menarik sy untuk membuat luahan adalah berkenaan komen yg menyalahkan segelintir wanita yg tak mampu melarikan diri dari masalah rumahtangga as a ‘bodoh’. rata2 semua mintak jadikan Anisah sbg role model supaya mereka juga boleh bercerai dan melarikan diri dari masalah rumahtangga mereka.
Ya, sy faham bahawa wanita zaman kini memang ramai yg mengalami kesengsaraan dalam rumahtangga. Tapi pernah tak kalian terfikir, untuk melaksanakan misi-misi seperti Anisah, adakah semua situasi mereka sama? taraf pendidikan mereka, financial mereka, kemampuan untuk memandu kereta, bilangan anak yg perlu ditanggung mahupun sokongan dari sekeliling mereka?
Mudah kita kata seseorang itu bodoh kerana masih menjadi isteri walau dipukul sepak terajang, tapi pernah kah kita fikir atas alasan apa wanita itu masih bertahan?
semudah dengan komen kite melabel mereka sebagai bodoh tanpa kita tahu ape yg sedang mereka perjuangkan. Dan saya percaya, dengan komen2 begitu juga boleh menyebabkan lebih ramai wanita yg pendek akal untuk terus melaksanakan ‘misi’ seperti Anisah walau hakikatnya masalah rumahtangga yg dihadapi masih mampu diselamatkan. Konon2 terinspirasi untuk mendapatkan kehidupan yg lebih sempurna.
Ya, sy adalah salah seorangnya. Selepas sy baca confession tersebut, sy yakin yg saya juga mampu melaksanakan misi tersebut. Saya telah berumahtangga selama hampir 6 tahun dan sejak 3 tahun kebelakangan ini rumahtangga yg dibina telah dilanda badai yg terlalu hebat. Sy bersuamikan lelaki yg malas bekerja, tidak tunaikan tanggungjawab pada tuhan dan keluarga, pd kerja2 rumah jauh skali, malahan sy juga kerap dipukul, disepak, diterajang kerana ego dan panas baran akibat pengambilan ganja. Sy juga lebih banyak menanggung suami, anak2 dan segala keperluan rumah kerana gaji sy yg lebih besar berbanding suami.
Selepas membaca confession Anisah, hati sy terus rasa tercabar untuk turut melaksanakan ‘misi-misi’ tersebut. tambahan lagi bila membaca komen2 pembaca, melabel wanita yg tak berani untuk bercerai sbg bodoh makin membuat sy berkobar2 untuk menurut jejak langkah Anisah. Sy mula survey course utk PJJ kerana dah lama niat sy utk sambung belajar tertangguh memandangkan sy berkahwin pd usia yg muda.
Kemudian, tak sampai 48jam semangat sy tu datang, sy dihadirkan dengan satu petunjuk yg sy kira itu adalah jawapan dari yg Maha Kuasa. Sy sangkakan, confession Anisah itu adalah dorongan jawapan bg persoalan sy slama ini namun ternyata itu hanyalah ujian buat sy.
petunjuknya, bila tiba2 sy dihadirkan ingatan mengenai ujian Nabi Muhammad s.a.w dalam berdakwah. ayat yg terus terawang di fikiran sy ketika itu ialah ‘sedangkan Nabi yg menjadi kesayangan Allah s.w.t pun diuji dengan ujian yg maha dahsyat, apatah lagi kita sbg hamba Nya yg bergelumang dengan dosa setiap hari’.
Allah.. terduduk sy saat kata-kata itu terngiang di fikiran sy. kemudian satu persatu ingatan sy menyinggah kpd pengorbanan Sumayyah dan juga Asiah isteri firaun. Jadi, apa dugaan yg sy hadapi ini jika nak dibandingkan dengan mereka? Sy bodoh kerana masih meneruskan kehidupan yg dikira perit ini, jadi bagaimana pula mereka pd pandangan kalian?
Sebenarnya, sepanjang 3 tahun rumahtangga sy diuji dengan sikap suami yg langsung tak berfungsi sbg suami, banyak perkara yg sy belajar. Ada juga penceramah bebas yg melabelkan bahawa sesiapa yg tersalah memilih suami adalah wanita yg malang.
Sy buang jauh2 apa yg dikatakan sbg bodoh dan malang itu. Sebenarnya setiap ujian yg datang itu adalah hadiah yg tak ternilai bagi mereka yg mampu meniliknya. Ujian juga adalah penghapus dosa-dosa kita sbelum dihisab di akhirat nanti. Sebelum berkahwin dulu, sy seorang yg sangat sosial. namun atas asbab rumahtangga yg diuji dengan hebat sehingga membuatkan sy sering tersungkur, saat itulah sy mula mencari sejadah. Bermula episod meluah rasa hanya pd Dia yg Satu kerana keluarga mertua semua memihak pd suami. Keluarga sy pula jenis memang tak ambil tahu langsung soal rumahtangga sesiapa. pd mereka, soal rumahtangga adalah urusan masing2 kerana setiap pasangan yg berkahwin akan sentiasa diuji. Jadi sy flashback semula kehidupan sy yg lepas2, apa yg telah sy lakukan. selama Allah s.w.t memberi kebahagiaan pd sy, sangat susah untuk sy bersyukur. solat ikut suka, puasa yg ditinggal tak berganti, pakaian masih mengikut bentuk badan, pergaulan masih bebas, ilmu agama sangat sikit..
Terfikir sy.. jika sy tidak diuji sebegini teruk, dimanakah sy pd ketika ini? tak mustahil jika sy masih dijalan yg jauh dari keredhaanNya. Dengan asbab ujian rumahtangga ini, sy dah mula jaga solat, bukan sekadar yg fardhu, malah yg sunat. semua solat sunat sy belajar buat saban hari. solat fardhu diawalkan, solat sunat taubat dan tahajjud diutamakan, solat witir dijaga.
Semua perubahan yg sy lakukan kini membuatkan hati sy semakin tenang. walaupun ujian tetap mendatang dengan keadaan suami yg masih tak berubah, tp sy lebih matang menghadapi ujian tersebut. cuma, dah tiada lagi adegan pukul sbb sy lebih tenang menerima makian dari suami. Pernah sy baca bahawa tuhan akan menguji kita melalui orang yg kita sayang.. dengan kata-kata itulah sy berpegang teguh dan dalam tak sedar, sy bersyukur pada tuhan kerana dihadirkan suami yg sebegini rupa. Sedikitpun sy tak berdendam lagi pd suami kerana berulang kali sy doa supaya sy mampu menjadi pemaaf seperti mana sy mengharapkan keampunan dari Allah s.w.t di atas dosa2 sy yg banyak dulu. Dan setiap kali berlaku pergaduhan antara sy dan suami, sy akan istighfar dan baca surah insyirah berulang kali sehingga keadaan reda semula dan dengan kuasaNya sy semakin tenang menghadapi situasi tersebut. Namun doa sy masih tak putus untuk diberikan petunjuk samada hubungan sy dan suami perlu diteruskan atau diakhiri saja.
Sebab itu pada mulanya sy fikirkan confession Anisah itu adalah jawapan untuk sy keluar dari belenggu ini.. tambahan lagi komen yg melabel wanita sbg lemah,bodoh dan malang, sy fikir sy perlu buat sesuatu.. rupanya itu hanyalah bisikan syaitan yg ingin menyaksikan keruntuhan rumahtangga sy sedangkan Allah s.w.t lebih mengetahui apa yg lebih baik untuk hambaNya..
Lalu sy melupakan kesemua misi tersebut dan terus fokus pd apa yg sedang sy usahakan ketika ini.
Sy juga tak putus2 mendoakan agar suami sy diampunkan dosa2nya dan diberikan hidayah agar dia turut kembali ke jalan yg diredhai Allah s.w.t. Sy tak mampu untuk mengubah suami, kerana hati kita semua milik yg Esa. Jadi sy hanya memohon dan berserah padaNya agar dijentik hati suami untuk turut serta bersama sy dijalanNya. Mungkin terlalu awal untuk sy melihat perubahan yg ketara tp cukup tuhan melapangkan hati sy dalam menerima semua ujianNya. tiada istilah hati dah tawar kerana hati kita ada padaNya. jika kita bersungguh mengharapkan keredhaanNya, inshaAllah Dia akan bantu.
Doakan semoga sy terus istiqamah. sy juga tak menolak kemungkinan jika rumahtangga sy runtuh jua kerana sy yakin semuanya telah tertulis di luh mahfuz tentang jodoh kita. Siapa kita untuk melawan takdirNya? Dan siapa kita nak melabel seseorang itu sebagai bodoh dan malang? bodoh dan malangkah jika sy memilih untuk terus berada di jalan ini? sedangkan sy kira sy adalah orang yg beruntung kerana memiliki ujian yg tak seberapa hebat ini tapi ia mampu membawa sy lebih dekat kpd Pencipta sy..
kepada wanita yg tak mampu untuk melaksanakan misi seperti Anisah, anda sebenarnya mempunyai misi yg jauh lebih baik untuk disempurnakan, iaitu kembali kepadaNya.. sama2 kita menjadi asbab agar suami kita semua turut diberi hidayah, inshaAllah….
– – orked
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit