Dilema

Hai nama saya Lisa ,umur 25 dan hampir setahun bekerja di sebuah syarikat swasta. Masalah yang saya hadapi sekarang ni adalah saya tidak enjoy bekerja…kerana syarikat saya bekerja adalah syarikat kecil. Bayangkan untuk cawangan di negeri tempat saya bekerja hanya ada 7 orang. Saya rasa pekerjaan saya tidak membantu saya untuk peroleh banyak pengalaman…saya banyak melakukan tugas2 ad-hoc yang lari dari apa yang sepatutnya saya buat. Lagipun kerja di sini agak bosan..saya asyik tengok jam dan membilang hari dan minit untuk pulang. Setiap hari saya bagaikan memaksa diri saya untuk bekerja. Satu saja kelebihan kerja di sini adalah dekat dengan rumah ibu bapa saya. Setiap minggu saya mesti balik ke rumah.

Saya menyewa bilik dekat dengan tempat kerja..Rumah yang saya sewa tu sangat panas tapi saya redha je sebab sewa murah dan sangat dekat dengan ofis. Saya rasa sangat tak selesa dengan rakan sebilik saya. Pertamanya, kerana dia tersangat banyak mulut dan suaranya yang sangat kuat. Kedua kerana dia suka menyibuk hal orang. Contohnya kalau saya beli skincare(watson atau guardian) baru ,dia mesti sibuk nak tanya fungsi dan sebagainya. Sampaikan barang mandi saya pun dia check, kalau ada yang saya baru beli, mesti dia akan tanya saya. Dia selalu cakap kulit dia pakai skincare apa pun tak tumbuh jerawat. Memang kulit dia cantik. Tapi dia sangat suka mekap tebal, sampaikan nak pergi pasar malam pun mekap tebal 10 inci. Saya pun tak faham. Dia jarang mandi dan jarang basuh muka. Selalunya dia tidur dengan mekap, jarang saya nampak muka dia tanpa mekap walaupun dalam bilik. Saya tak pernah nampak dia solat. Banyak skandal dengan lelaki, termasuk suami orang. Saya sangat2 tak selesa dan terfikir nak cari rumah sewa lain tapi susah sbab tiada lagi rumah sewa yang murah dan dekat dengan tempat kerja saya. Saya tiada kenderaan. Setiap hari saya tumpang kawan sekerja saya.

Saya memang nak berhenti. Tapi saya belum dapat offer kerja dari tempat lain. Sekarang ni sangat susah nak dapat kerja. Saya ada berbincang dengan ibu bapa, kedua2 mereka nasihatkan saya untuk bersabar sampai saya dapat kerja lain. Saya hampir mahu menangis mengenangkan nasib saya. Saya tengok rakan-rakan saya bekerja dengan syarikat besar, gaji besar, benefit banyak, sedangkan saya tiada apa-apa, masih di bawah. Saya selalu pujuk hati saya bahawa semua orang ada time framenya sendiri. Saya teringin nak dapat kerja yang saya enjoy. Saya baru sedar apa yang saya suka setelah saya bekerja. Sekarang saya sedang cuba minta kerja lain, mohon doa dari kalian. Semoga saya dapat kerja yang lebih stabil, supaya saya dapat bantu ibu bapa dan keluarga saya lebih dari sekarang.

Saya sentiasa cuba reset mind saya , betulkan niat dan cuba untuk suka apa yang saya buat. Tapi, makin lama makin kuat perasaan saya nak berhenti. Saya teringin nk lari dari semua ni, suasana tak selesa di tempat kerja dan di rumah sewa. Semakin kuat perasaan nak berhenti setelah saya melawat rakan baik saya baru-baru ni. Taraf hidup dia jauh berbeza dengan saya. Dia bekerja di syarikat yang besar, gaji besar, tapi saya kagum dengan dia sebab masih belum pakai kereta baru. Hidupnya bebas hutang, dikelilingi rakan2 yang baik. Dia sangat baik orangnya. Perasaan saya bercampur-baur. Saya sangat bangga dengan dia atas apa yang dia achieve pada hari ini, tapi pada masa yang sama saya rasa sangat down setelah saya compare hidup saya dengan dia.

Saya yakin Allah jadikan sesuatu peristiwa berlaku ada sebabnya. Setelah balik dari melawat rakan saya, saya menangis 3 hari tanpa henti sampai bengkak mata. Saya rasa sangat down. Saya reflect diri saya balik dan cuba baiki sikap saya supaya saya juga peroleh kejayaan. 4 faktor terpenting yang saya belajar :

1)Solat.
Saya percaya kita mesti baiki kualiti solat kita untuk menuju kejayaan.
2)Doa
Berdoalah bersungguh-sungguh kerana hanya Allah yang boleh mengabulkan doa kita.
3) Ibu Bapa
Berbuat baiklah dan bersikap baiklah dengan kedua ibu bapa. Jangan sesekali tinggikan suara dengan mereka.
4) Sedekah
Banyakkan bersedekah, tidak semestinya kepada fakir miskin dan masjid, sedekah kepada adik beradik, saudara terdekat juga afdhal.

Doakan saya supaya saya dapat baiki diri saya. Saya ingin jadi orang yang berjaya, saya rasa belum terlambat lagi untuk saya bertaubat dan bersihkan hati saya, supaya saya jadi hamba yang disayangi Allah dan peroleh kejayaan. Doakan saya dapat rezeki yang lebih baik selepas ni.InshaaAllah. Amin.

– Lisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *