Assalamulaikum, amat berate nak luahkan rasa yang terbuku dalam hati ni, tapi nasib baik ade iium confession lagipon aku xtau nak confess kat sesiapa, semoga yang membaca luahan aku ini dapat meberi nasihat dan kata2 semangat pada aku yang semakin lemah ini.
Aku seorang wanita awal 30-an msih mencari arah, sangat sedih dengan umur sebegini masih dengan mencari arah tuju hidup. Pejam celik, pejam celik sudah 2 tahun
4 bulan aku bekerja di syarikat insurans dibawah agent sedangkan aku mempunyai kelulusan yang tinggi. Dengan gaji yang tidak setimpal dengan kelulusan dan setaraf SPM, setiap hari aku yakinkan diri aku bahawa masih ada sinar untuk aku mendapat pekerjaan tetap dan setaraf dengan kelayakan aku, namun semakin hari semakin kabur. Aku telah berusaha bermacam-macam cara dengan memohon pekrjaan, melakukan solat dhuha dan solat hajat tapi nasib aku masih sama sehingga ke hari ini. Aku selalu berdoa ditemukan dengan majikan yang sanggup menerima aku bekerja dengan umur aku yang sudah mencecah 30-an ini kerana rata2 majikan akan mengambil fresh graduate untuk bekerja.
Aku betul2 berasa putus asa dengan nasib aku, kadang2 terfikir kenapa dengan company aku ni xnak ambil aku sebagai permanent staff, sedangkan ada je vacancy yang dibuka setiap tahun. Rata-rata yang bekerja kontrak sudah mempunyai pengalaman dan pandai buat kerja. Air mata aku mengalir setiap kali melihat staff yang baru masuk adaah fresh graduate yang tak tahu apa2 tapi diambil bekerja. Sedangkan aku saban hari bertungkus lumus bekerja dengan bekerja lebih masa dating awal dan bali lewat malam.
Aku tertanya adakah majikan aku ni buta dan tak Nampak ape yang aku korbankan selama ni. Aku betul2 rasa tertekan dari segi emosi aku kerana rata-rata orang dalam ofis aku tahu aku mempunyai kelulusan yang tinggi tapi masih tidak mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan. Aku dipandang rendah oleh mereka kerana kedudukan aku sekarang ini. Aku cuma berharap masih ada cara lain untuk perbaiki hidup aku dari terus terbelengu dan bekerja dibawah agen dan mendapat pekejaan yang tetap suatu hari nanti. Aku menulis confession ini juga kerana aku tau setiap manusia memerlukan penghargaan dan inginkan kemajuan dalam
hidup. Jika nasib masih sama dan tak berubah mesti perasaan sedih akan membelengu fikiran. Aku juga sangat risau
jika aku tinggalkan pekerjaan sekarang ini tanpa ade kerja lain yang menanti akan memusnahkan kehidupan aku.
Sedangkan rata2 mulut bawang kat ofis aku ni bercakap masih xbersyukur ke orang lain ramai masih mencari pekerjaan sedangkan aku nak berhenti kerja.
Pada pembaca yang ingin memberikan saranan dan nasihat aku sangat2 hargai, yang nak mengecam,kecamlah sebab aku tau kehidupan yang kita lalui tidak sama antara satu sama lain..
– cikjambu
Hantar confession anda di sini ->Β www.iiumc.com/submit