Minta Pendapat

Hai dan selamat malam para pembaca .

Aku hawa ( bukan nama sebenar) berumur 20 tahun something. Baru habis study diploma belum graduate lagi. Seorang yang ambivert. Tinggal di utara tanah air .

Ok. Aku nak mintak pendapat korang actually.

Begini.Mama fail kan Fasakh dan minta cerai masa saya darjah 6. Kami masih tinggal Dirumah ini di kawasan A selepas mama dan papa bercerai. Anak2 semua mama yg jaga. Papa tinggal dengan Bini baru dia dari negara jiran .

Namun pada waktu saya hampir menamatkan sekolah menengah mama decide pindah balik ke Kampung mama dan menyewa rumah disana .Jadi kami semua anak2 mama terus Ikut pindah ke Kampung.Hidup susah payah disana .Jauh dari Papa.

Kemudian setelah mama dan kami semua pindah ke kampung. A few months later , Papa dan Bini nya masuk ke rumah kami di kawasan A. Papa dan Bininya ada rumah Tp menyewa lebih kurang 1 km dari rumah Kawasan A. Papa cakap rumah Kawasan A rumah dia. Jadi dia ada hak untuk masuk dan tinggal.

Maka Bermula la episode papa dan Bininya masuk rumah kami kawasan A .Mereka berjaya mengubah 100% keadaan asal rumah (ketika saya , mama dan adik2 tinggal sini ).

Dicat baru dinding2 , dihias tingkat2 dengan langsir yg lawa , segala perabot2 barang2 kami dihimpunkan di satu bilik yg x ubah seperti stor.Barang2 mama ada yg dijual , diambil papa .Seperti katil mama dipatahkan dua. Barang2 meniaga mama banyak hilang ( mama meniaga untuk sara kami 6 orang anak2 dia ) Memang banyak la Perubahan rumah ini selepas Papa dan Bininya masuk , tinggal sini .Tetapi bukan tinggal selalu kerana mereka sering balik rumah sewa mereka .

Rumah kawasan A dijadikan tempat simpan barang2 mereka (papa dan Bininya ).Sebab rumah sewa papa kecil Tp boleh la hidup untuk dua orang.Papa dan Bininya mempunyai banyak barang. Papa dan Bininya tidak ada anak. Tp Bininya ada 2 anak perempuan di negara jiran.

Namun selepas 4 tahun .Mama dan kami semua anak2 nya kembali ke rumah kawasan A. Kebetulan abang saya , Angah pulang ke rumah ini setahun awal dari mama.Jadi Angah ada kunci rumah ini dan benarkan kami semua tinggal disini.

Kami tinggal disini hampir setahun lebih dah. Pada mula nya papa marah dan mengamuk mengatakan ini bukan rumah mama , x boleh masuk la , haram la dan papa selalu Tanya bila mama nak keluar dari sini.

Ya mama juga marah sbb banyak barang2 mama tak ada. Keadaan rumah yang telah berubah 100%. Jiran2 yg tidak brtegur sapa. Semuanya berubah. ( Dulu jiran2 ok ).

Papa menyuruh saya pulang ke negara itu balik ( dalam Malaysia la).Papa x nk Mama tinggal sini. .Hmm. Aku tak tergamak nak halau mama dari rumah ini.

Papa cakap rumah ini dikawasasan A ini rumah papa dia yang beli dan bayar RM750 kepada bank setiap bulan. Namun ketika Surat bank sampai rumah
( papa x nk bayar duit rumah sbb nk mntak mama keluar )
Pada Surat bank ada nama papa dan mama .

Setiap kali brjumpa papa , papa pujuk saya suruh cakap kat mama padam nama dia rumah ini. Hmmm tapi saya CERDIK dan x buat mcm itu. Papa cakap nak mama keluar dari rumah ini. Tapi pada masa yang sama seolah merujuk pada saya dan adik2 kenapa datang balik tinggal sini .sedih jugak sebab seorang bapa lebih penting kan rumah dan Bini dari anak2. Hmmm.

Tapi saya merancang untuk sambung belajar di Giat mara berdekatan sementara mama tinggal Disini dan sementara belum graduate.

Dalam masa yg sama mama dah setahun lebih fail kan kes dimahkamah. Cuma belum naik mahkamah lagi .Mama tinggal Disini sebab nak selesaikan kes nih. Mama nak dakwa papa sebab tak bagi nafkah anak2 dengan betul .nafkah anak2 yg trtunggak .
Selepas bercerai papa janji dan ada Surat mahkamah perintah bagi Rm2000 untuk setiap anak2. Tp papa cuma mampu bagi Rm500 setiap bulan pada anak2 .hmm tak cukup tapi apakah daya. Tapi pada bulan 12 papa dapat bonus bagi Rm1k kepada kami. Mama akan pulang selepas kes selesai.

Mama meniaga , ajar mengaji dan lakukan macam2 kerja untuk besarkan kami 6 orang. Papa jarang balik rumah masa kami kecil. Jadi bila papa dan mama bercerai. Kami tak rasa kehilangan papa sangat.

Papa marah bila anak2 guna periuk mangkuk perkakas memasak kononnya Bini dia yang punya dan bukan duit papa yg beli. Jadi papa x benarkan kami anak2 nya guna apa2 barang mereka dalam rumah itu seperti perkakas memasak , tilam dan bantal.
Pernah adik guna kuali Bini papa. Then Bini dia mengamuk dan sumpah seranah mama dan kami. Papa bukak phone dan bagi kami dengar.

Papa cakap barang2 Bini dia Jangan guna. Bini dia beli duit hasil orang sedekah ajar mngaji Quran. Bukan duit papa.
Bini papa mngajar mngaji budak2 dan orang dewasa secara percuma namun jika ada yg sedekah dia terima .Dia jugak ambik upah memasak lauk knduri , makan bradab utk pengantin .

Soalan saya .
1) So bila isteri fail kan Fasakh jadinya isteri tak boleh tuntut apa2 lah kan dari suami ? Is it ?
2) Sebenarnya rumah kawasan A ini mama boleh masuk tinggal atau tak ? Sebab nama mama ada juga pada Surat bank .
3) Mak tiri saya ada hak ke untuk masuk tinggal di rumah ini kawasan A ini ?
4) Boleh kah mama fail kan kes nafkah trtunggak terhadap papa saya ? Sebab walaupun dia tak bagi setiap Anak 2k mcm janji kat mahkamah tapi kadang2 selepas bgi 5 ratus dia bagi Rm10 la Rm20 la Rm5 la Rm4 la.
5) Adakah papa saya brsalah dalam soal beri nafkah kepada anak2 ?

– Hawa

Hantar confession anda di sini ->Ā www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *