Aku Zahra, 24. Pelajar sebuah IPTA di Kuantan. Baca dengan minda yang terbuka ya. Sebarang pendapat boleh ditulis di ruangan komen. Aku akan baca satu persatu. Huhu. Baiklah makcik-makcik dan pakcik-pakcik bawang sekalian, silakan membaca.
Aku senaraikan semua ciri-ciri ni supaya kalau ada yang terasa, kau sedarlah bahawasanya perangai kau ni memang annoying dan harapnya kau ada usaha nak berubah. Kalau tak reti hormat housemate/roommate tapi tak nak sewa rumah sorang-sorang, boleh try hidup dalam kandang.
Long story short, aku duduk menyewa di sebuah rumah teres di bandar Kuantan bersama-sama lagi lima orang gegadis. Senang cakap, setiap bilik akan ada dua orang duduk, Right now, aku ada rommate yang dah menetap selama dua-tiga bulan sebilik dengan aku dan berjaya membuatkan aku bengang tahap petala langit ketujuh. Memekak tu satu hal, bab kebersihan ni yang aku geramkan. Rasa nak ketuk-ketuk kepala dia bagi dia beringat. Come on girl, awak dari negeri serambi Mekah. Jaga imej tu sayang. Jangan buat saya bengang dengan awak hari-hari. Saya tak nak tua sebelum usia disebabkan asyik stress pasal awak, pleaseee :(
Alright, disebabkan aku sangat bengang dan aku hanya menulis bila aku bengang, maka aku akan senaraikan benda-benda annoying yang seorang roommate/housemate boleh buat. Sorry kalau terlampau emosi ya guys. Bukan tak boleh bertolak-ansur, tapi bertolak-ansur pun ada hadnya.
Antara Perkara Annoying Seorang Roommate/Housemate Boleh Buat:
1) Kau bising bagai tiada hari esok bila orang lain nak tidur di waktu malam. Lepas roommate kau dah prepare nak tidur, kau tiba-tiba bawak kawan-kawan kau, dengan lewatnya, bukak pulak lampu dengan penuh keyakinan, ditambah lagi bila kau cakap dan gelak sekuat-kuat hati dan jiwa raga. Apa kau ingat bilik tu bilik karaoke?
2) Nak bergayut dengan boyfren tu boleh, but please jangan mengilai bagai nak rak. Orang nak tidur, duhh. There’s no one lah yang nak dengar cerita cinta potong kaki kau tu. Ingat kau sorang ada boyfren? Boleh sembang slow-slow kan sis? Kalau tak boleh sembang slowly, sila pergi ke tempat yang jauh dari pendengaran housemate/roommate anda. Mudah bukan? Bukannya bila orang tegur, kau cakap orang tu iri hati. Once again nak bagitau, tak ada sapa nak dengar cerita cinta kau. Belajar hormat waktu rehat orang okay?
3) Pasang lagu, movie, dan sebagainya kuat-kuat sehingga buat orang lain tak selesa.
4) Kau ‘pinjam’ barang-barang roommate kau tanpa izin. Hang ingat hang adik dia kaaa? Banyak cantikk hang punya muka naaa.
5) Selongkar barang roommate bila dia tak ada di rumah.
6) Baring atas katil roommate lepas tu tak betulkan balik onar yang kau dah buat atas katil tu. Sila betulkan balik ya cadar yang tercabut-cabut akibat pembaringan awak tu. Kalau awak tak suka orang buat macam tu kat katil awak, awak pun jangan buat macam tu kat katil orang. Simple as that.
7) Kau smoking dalam bilik, lepas tu bau rokok tu melekat kat pakaian dan rambut aku. Kau ingat rokok kau bau lavender ke?
8) Kau bawak masuk lelaki ke dalam bilik semasa ketiadaan roommate. Tolong ya, bilik tu bilik berkongsi. Bukannya hotel. Kalau dah tahu tak ada bajet, jangan asyik fikir nak berpuntat je.
9) Kau cakap ikut sedap mulut kau macam manusia ni dilahirkan tak ada hati perasaan. Jangan sesuka hati panggil orang gemuk, hodoh, hitam, berjerawat, and what not.
10) Kau biarkan wrapper makanan atau pinggan dalam bilik sampai bilik bau lahabau.
11) Kau biarkan baju kotor kau berminggu-minggu tak basuh dalam sampai berbau hapak satu bilik. Kau sidai “baju-baju kecik” kau kat katil aku sampai air basuhan “baju-baju kecik” tu menjejeh kena cadar katil aku. Ewwww. Nak harapkan roommate kemaskan untuk kau? Jangan harap. Nak melawa, nak menggedik, banyak pulak masa. Okay fine, aku pun bukan orang paling kemas dalam dunia, tapi at least aku tahu jaga kekemasan tak sampai tahap mengganggu ketenteraman orang lain.
Tu sahaja yang aku dapat fikirkan buat masa ni, padahal banyak lagi. Macam housemate tak suka flush, suka mencuri. Tapi tu jarang berlaku kot. Roommate/housemate yang meme’el ni memang boleh tingkatkan stress level kita dengan mendadak. Tapi tinggal sorang-sorang untuk jangka masa yang lama pun boleh buat kita gila pulak.
– Zahra
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit