Hutang Itu Beban

Assalamualaikum Admin dan para pembaca IIUM Confession

Kehidupan yang kosong tanpa hutang dalam sekelip mata bertukar. Korang semua masih ingat tak kes preorder phone tu? Saya merupakan salah satu mangsa. Saya akan pendekkan cerita ni sebab saya perlukan pendapat pembaca untuk kes ini.

Ceritanya bermula bila niat nak tambah pendapatan sampingan bertukar sebaliknya. Bila supplier dah bawa lari semua duit, saya yang masa tu salah satu agent turut menjadi mangsa. Atas dasar tanggungjawab, saya pulangkan semua duit commission yang saya terima untuk setiap unit phone kepada customer. Tapi jumlah yang dibayar untuk phone telah saya transfer kepada gmeq untuk submit order.

Buat masa sekarang, gmeq masih belum refund duit untuk agent, tapi hanya akan refund pada customer mereka dahulu. Sejak awal tahun lepas, saya telah berusaha untuk buat full refund based on list siapa yang transfer dahulu kepada customer untuk bersikap adil.

Tapi, jumlah yang mampu dibayar setiap bulan tidak terlalu banyak memandangkan gaji bulanan, alhamdulillah cukup makan. Jadi hanya jumlah itu sahaja yang saya mampu.

Ramai yang sanggup bersabar untuk menunggu, tapi ramai juga yang nak full amount refund masa tu juga. Yang ni memang saya sangat tak mampu sebab duit tu bukan ada pada saya, tapi ada pada supplier. Saya cuma boleh buat apa yang saya mampu.

Bila asyik fikir pasal hutang ni, semua jadi tak kena. Hutang orang yang kita tanggung. Setiap hari saya berdoa agar Allah bukakan hati supplier untuk kembalikan hak semua. Menyesal? Tak elok untuk menyesal. Benda dah jadi dan insyaAllah ada hikmah disebalik semua ni.

Kadang kadang ada terfikir untuk buat personal loan untuk settlekan semua hutang. Oh ya hutang tu semua dalam 30K+. Ada juga tengok requirement bank yang offer personal loan. Tapi kebanyakkan nya gaji tak menepati syarat.

Saya mohon bantuan para pembaca kalau ada yang tau tentang ni. Ada ke bank yang offer personal loan untuk gaji bawah 2K dan commitment bulanan yang saya mampu sebulan maximum rm500. Sekarang hanya mampu bayar balik refund rm200 sebulan, tapi insyaAllah lepas education loan settle pertengahan tahun depan boleh tambah sikit. Kalau ada, saya minta tolong beritahu bank apa ya.

Setakat ni itu sahaja cara yang saya mampu. Kalau ada orang yang sanggup pinjamkan wang tanpa bunga saya dah ambil dah. Tapi memang tak ada lah kan. Huhu. Atau para pembaca boleh cadangkan cara lain untuk saya settlekan hutang ni?

Saya ucapkan terima kasih pada yang sudi share pendapat dan doakan saya dikurniakan umur yang panjang sehingga saya berjaya kembalikan semua wang mereka.

– Buntu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *