Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Sekolah

Saya menulis berdasarkan pemerhatian terhadap penggunaan bahasa inggeris dalam pembelajaran di sekolah yang berubah2. Dulu, diperkenalkan penggunaan inggeris dalam sains & matematik. Kemudian, ditukar semula ke bahasa melayu kerana dibantah. Sekarang, diperkenalkan semula tapi terhad kepada beberapa sekolah & hanya 1 atau 2 kelas sahaja. Bantahan untuk gunakan inggeris dalam pembelajaran di sekolah adalah kerana: 1. Takut bahasa melayu hilang. 2. Takut bahasa melayu tak dihormati. 3. Bangsa yang maju gunakan bahasa sendiri seperti jepun. Jadi, kita pun kena guna bahasa melayu. Sebenarnya, suka atau tak, kita kena kuasai sebab bahasa inggeris adalah antara bahasa perhubungan utama di dunia. Macam mana nak atasi ketakutan iaitu untuk kuasai bahasa inggeris tapi masih berbangga dengan bahasa sendiri? Apa peluang yang pelajar akan ketinggalan jika lemah kuasai inggeris? Macam mana nak kuasai bahasa inggeris?

Jepun boleh guna bahasa sendiri kerana banyak ilmu & teknologi dihasilkan di negara itu. Maka negara lain perlu faham bahasa jepun untuk belajar ilmu & teknologi mereka. Sementara kita pula, banyak ilmu & teknologi dipelajari dari negara lain, yang kebanyakannya ditulis dalam bahasa inggeris. Sebelum kita boleh capai ke tahap seperti Jepun, kita kena belajar dulu bahasa lain untuk pemindahan ilmu & teknologi dari negara lain. Sebenarnya, orang jepun fasih dalam bahasa inggeris. Kerana menurut seorang rakyat malaysia yang pernah menuntut di IPT jepun, pelajar perlu menterjemah beberapa buku dalam bahasa inggeris ke bahasa jepun, di mana ia akan diberi markah dan diambil kira untuk pengiraan GPA. Lagi satu, apabila ade pelancaran buku ilmiah berbahasa asing di jepun, selang sehari kemudian, akan dilancarkan versi yang telah diterjemah ke bahasa jepun. Maknanya, mereka mahir dalam bahasa asing kerana boleh menterjemah.

Maknanya, jepun sudah capai ke tahap kuasai bahasa lain tapi tetap berbangga & hormat bahasa sendiri. Untuk atasi ketakutan bahasa melayu hilang & tak dihormati, kita perlu menggunakan bahasa melayu untuk urusan rasmi walaupun kita mahir dalam berapa banyak bahasa sekalipun.

Kelebihan pelajar yang kuasai inggeris di IPT ialah dapat timba banyak ilmu kerana banyak bahan bacaan dalam inggeris seperti buku yang digunakan pensyarah untuk pembelajaran & buku2 ilmiah di perpustakaan. Jadi, jika pelajar tidak kuasai inggeris, agak sukar mempelajari banyak ilmu yang ditulis dalam inggeris. Jika bahan bacaan di internet atau dalam bentuk softcopy, memang boleh guna google translate. Tapi, takkanlah hendak bergantung pada google translate semata2.

Ini kisah seorang pelajar IPT yang boleh kuasai matapelajaran lain tapi tahap penguasaan inggeris sederhana. Tatabahasa baik tapi vocab/nahu terhad. Di IPT, pembelajaran (kuliah & buku) dalam inggeris. Dengan usaha lebih, maka dapat kuasai dalam 2 semester. Banyak merujuk kepada kamus. Langkah 1, baca seluruh ayat dalam inggeris. Langkah 2, kenal pasti perkataan yang tak tahu makna, rujuk kamus & tulis makna di bawah perkataan tu. Langkah 3, baca seluruh ayat dalam bahasa melayu setelah diterjemah. Apabila telah kuasai, maknanya boleh baca seluruh ayat dalam inggeris & pada masa sama, boleh faham tanpa perlu terjemah ke bahasa melayu.

Cara nak kuasai bahasa ialah perlu baca & cakap supaya vocab berkembang. Berikut adalah peranan yang boleh dimainkan ibu bapa untuk bantu anak2 kuasai inggeris:

1. Ibu bapa yang boleh bertutur dalam bahasa inggeris galak anak cakap inggeris di rumah. Tak semestinya kena fasih. Ajar perkataan asas sahaja. Anak belajar perkataan lebih canggih melalui menonton kartun di tv & berbual sesama adik beradik. Ade juga ibu bapa yang fasih & gunakan inggeris di tempat kerja. Tapi di rumah tak bercakap inggeris dengan anak.
2. Kalau baru nak ajar semasa di sekolah menengah atau sekolah rendah, masih belum terlambat. Kerana ade pelajar yang tak fasih inggeris menjadi fasih lepas ikut ibu bapa menetap di luar negara (yang berbahasa inggeris) selama beberapa tahun. Ini kerana, belajar di sekolah yang pembelajaran dalam inggeris dan perlu bercakap dengan pelajar lain yang tidak bertutur dalam bahasa melayu.
3. Ibu bapa yang tak boleh bertutur boleh beri galakan. Contoh belikan buku cerita dalam inggeris. Kalau tak mampu beli buku cerita kerana lebih mahal, boleh belikan akhbar inggeris kerana lebih murah. Juga boleh belajar dengan mendengar radio inggeris & lirik lagu inggeris.

Walaupun anak2 bercakap inggeris di rumah, jangan risau mereka tak fasih bahasa melayu. Ibu bapa boleh bercakap dalam bahasa melayu sesama sendiri supaya anak2 boleh belajar melalui mendengar perbualan ibu bapa. Apabila anak dah fasih inggeris, ibu bapa boleh cakap dalam kedua2 bahasa melayu & inggeris dengan anak2. Lagi pun, anak2 hidup dalam masyarakat yang rata2 bercakap bahasa melayu.

Pernah diperkenalkan subjek sains & matematik dalam inggeris di sekolah rendah & menengah. Kemudian, ditukar semula ke bahasa melayu kerana terdapat bantahan. Semasa itu, ade ibu bapa yang keluarkan anak dari sekolah kerajaan dan masukkan anak ke sekolah swasta yang tawarkan pembelajaran dalam inggeris. Ade pendapat yang mengatakan, ini akan mewujudkan jurang kebolehan/kelebihan inggeris antara golongan yang mampu hantar anak ke sekolah swasta inggeris vs yang tidak mampu. Sekarang, diperkenalkan semula subjek sains & matematik dalam inggeris tapi terhad kepada beberapa sekolah & hanya 1 atau 2 kelas sahaja dan bukannya semua kelas.

Sekarang ni, kita juga perlu tahu bahasa lain selain inggeris kerana hendak belajar ilmu & berurus niaga dengan banyak negara yang sudah meningkat naik dari segi ekonomi & teknologi seperti China, India, Korea, Jepun. Langkah2 untuk memartabatkan bahasa melayu akan menghilangkan rasa takut yang menghambat kita. Kerana kalau kita biarkan rasa takut menghambat diri, mungkin kita akan ketinggalan dari segi ilmu & teknologi.

– Pemerhati tak bertauliah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *