Assalamualaikum. Terima kasih dekat IIUMC yang sudi post confession aku ni.
Pertama sekali,nama aku Izzul. Aku merupakan seorang siswa dekat sebuah IPTA di Kuala Lumpur. Tujuan aku buat confession ni, aku nak kongsi pasal perangai roommate aku yang boleh dikatakan agak puaka pada aku.
Ok cerita dia macam ni. Roommate aku ni merupakan pelajar dekat Universiti yang sama dengan tempat aku belajar. Budak2 engine la kira dia ni. Dia asal dari negeri Pantai Timur. Aku dengan dia sebelum ni tak kenal pun. Kami berjumpa pun masa dia baru menyewa dekat rumah sewa yang aku menyewa ni dan bilik aku muat untuk dua orang. Bilik-bilik yang lain dah ada penyewa, jadi tuan rumah letakkan dia dalam bilik aku dan bayar separuh antara kami berdua. Bermula dari hari itu, muncul lah dia sebagai roommate aku.
Masa mula-mula jumpa, aku ingat dia jenis yang pendiam. Dengan kopiah putih dia. So aku ingat budak alim la ni. Aku pun tegur la nak berkenalan sebab rasa macam kurang ajar pula kalau tak bertegur. Respon dia nampak macam orang jenis tak banyak cakap. Dan aku pun lega sebab aku anggap tak ada la bising-bising dalam bilik aku walaupun tambah satu penghuni dalam bilik aku.
Setelah tujuh bulan aku duduk sebilik dengan dia, aku makin nampak perangai sebenar dia. Jauh beza weh awal dengan sekarang. Habis berkecai kelegaan awal aku dan datang mimpi buruk aku. Iaitu share bilik dengan orang yang tak ada common sense.
Ingat lagi tak yang aku cakap dia ni pendiam? Ya pada awalnya memang dia pendiam, tapi makin lama makin menyirap seh dengan dia.
Dia ni nak cakap dia orang susah, macam tak sebab phone yang dia guna tu jauh lagi canggih dan mahal dari phone yang aku pakai. Tapi tak reti guna earphone. Kalau dia layan movie, satu rumah boleh dengar dia punya volume tu. Itu belum masuk OTP dengan dengan member baik dia,sembang kencang dengan member dalam bilik,layan Ig story,tengok youtube dan lain-lain lagi. Kalau dia balik je dari class, terus hilang semangat aku nak duduk melepak dalam bilik. Aku lebih rela lepak mamak atau tumpang bilik rakan serumah yang lain.
Secondly, dia ni kaki karaeoke. Every single minute mulut dia tu tak berhenti menyanyi. Aku nak study dengan siapkan assignment pun terganggu. Weh tak boleh tolerate dengan orang yang macam ni. Aku belum sampai tahap mampu asingkan bising suasana dengan fokus aku. Suara dia pun dah macam bunyi elvis tertelan mic dah aku dengar. Kalau dia duduk makan dekat depan tv pun dia nak menyanyi sampaikan housemate aku yang lain pun bengang je dengan dia ni.
Haish sabar je la.
Perangai dia yang ketiga pula, dia ni suka makan maggi dan segala makanan mak nenek kesukaan dia guna cawan dan pinggan yang kami kongsi ramai-ramai. Nak guna tu tak salah, yang jadi salah nya bila dia tak reti nak basuh lepas guna. Kau bayangkan lah berhari-hari tak basuh lepastu simpan bawah katil. Apa dia ingat bawah katil dia tu ada dishwasher machine ke? Pengotor nak mati.
Aku masuk-masuk bilik je ada bau tak sedap. Campur lagi dengan towel dia yang dah bertahi lalat dan bau yang kian membusuk sebab tak basuh beberapa bulan. Tu aku tak kira cadar dia yang masam macam cheese basi lagi.
Perangai dia yang keempat ni yang paling aku tak boleh blah.
Suka menghempas. Ya, dia ni seorang yang suka menghempas barang. Apa pun barang kalau kau bagi dia, dia akan hempas atau hentak. Pintu bilik tu pun dia akan hempas macam tu je. Tak fikir pun orang nak study ke,tidur ke. Yang penting kerja dia settle.
Aku tak pasti lah yang dia ni dilahirkan dengan common sense atau pun tanpa common sense. Sumpah weh level zero dia punya sense tu. Tak pasal-pasal aku dah mengutuk ciptaan Tuhan. Tapi sabar orang ada jugak had nya bro.
Sekarang aku sedang pertimbangkan sama ada nak teruskan menyewa sebilik dengan dia ataupun aku menyewa dekat rumah lain. Sebab apa aku buat keputusan macam ni? Sebab aku dah tak boleh tahan dengan perangai dia yang sentiasa menguji kesabaran aku yang senipis kulit bawang ni. Nak cakap aku tak ada tegur dia, dah berbuih dah mulut ni. Tapi haprak. Satu pun tak jalan. So aku pilih untuk mengalah sebab aku rasa dia ni jenis yang tak makan saman dan macam yang aku cakap, aku pertimbangkan untuk sewa dekat tempat lain.
Jadi aku harap orang-orang yang ada dekat luar sana dapat ambil iktibar dari kisah aku ni. Nak buat apa-apa tu fikir dua tiga kali tentang perasaan orang lain. Bukan kau seorang je bro nak survive dalam dunia ni, orang lain pun sama juga.
Korang rasa aku patut pindah atau pun tak? Terima kasih. Assalamualaikum
– Izzul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit