Kasih Sayang Dan Keberkatan Yang Tiada Nilainya

Salam sejahtera semua. Sebelum ni aku sudah beberapa kali menghantar confession dan admin memang siarkan confession aku. Aku harap kali ni admin pun siarkan confession aku yang satu ni ya. For introduction, umur aku 20-an dan sudah berkahwin. Ohya, dah ada anak sorang juga. Kepada yang mengenali aku, diam-diam lah ya. Jangan tanya aku ka yang confess dekat IIUM Confession. Hehe..

Apa yang membuatkan aku menghantar confession pada hari ini ialah kerana hari ini 23 April merupakan hari jadi mak aku yang ke 51 tahun. Tapi rasanya kami tak pernah celebrate hari jadi mak aku sebab masa dah besar sekarang, kami tinggal jauh daripada mereka sebab bekerja dan sambung belajar. Umur kami seawal 18 tahun semua dah start tinggal dekat asrama atau kolej, balik pun semasa hujung minggu ataupun ketika ada cuti panjang sahaja. Apabila dah habis belajar, kami kerja di daerah/bandar yang lain pula. Ucapan hari jadi hanya disampaikan melalui mesej kepada mak aku. Aku harap kalau hari jadi mak aku jatuh pada hari minggu, aku akan pulang untuk menyambut hari jadinya.

Kami berasal dari keluarga yang sederhana. Bapa aku cikgu dan mak aku surirumah dengan anak yang ramai, 6 orang termasuk aku sekali. Cara keluarga kami menunjukkan kasih sayang itu dengan tidak menggunakan kata-kata. We never say I love you antara satu sama lain. Tak tahulah kalau masa kami kecil-kecil dulu ada sebut ka tak kan. Haha… Aku nak ucap terima kasih face-to-face kalau bapa/mak aku bagi duit pun aku terasa janggal. Kalau dalam mesej, ya aku ada ucapkan. Somewhere somehow, kami tahu kami disayangi dan apa yang kami lakukan dihargai. Contohnya, salah seorang cikgu aku bagitahu dulu semasa hari guru ada pelajar bagi dia hadiah tali leher. Dia sering menggunakan tali leher tersebut sebagai tanda menghargai usaha pelajar tersebut kerana memberikannya hadiah.

Masa kecil dulu ibu aku pernah cerita ada cikgu-cikgu lain macam memandang rendah kepada kami sebab ada anak ramai dengan jarak umur yang agak dekat. Ya, memang semasa kami kecil dulu kami adalah susah sikit tetapi ibu bapa aku sentiasa memenuhi benda yang kami perlukan terutamanya untuk pelajaran. Mak aku akan menjual kuih-muih di sekolah untuk membantu bapa aku menampung kehidupan kami walaupun bapa aku tak pernah meminta dia untuk berbuat demikian. Semasa aku masih menyambung pelajaran ke diploma dulu pun bapa aku tetap menghulurkan duit walaupun duit pinjaman dari PTPTN aku masih ada. Bapa aku pun masih menggunakan kenderaan legend dia yang dibeli 18 tahun lalu. Alasan tak nak beli kereta baru adalah sebab dia masih perlu tanggung adik-adik aku yang masih study sekarang.
Huhu.. Sekarang pun dia dah nak pencen dah. Mereka sentiasa menekankan kepentingan pelajaran, dan tidak lupa juga aktiviti-aktiviti kokurikulum kepada kami dan hasilnya kami boleh dikatakan berjaya dalam pelajaran di samping mempunyai soft skills yang baik dan mampu berdikari setelah berjauhan dengan keluarga. Abang dan kakak aku telah mempunyai kerjaya yang bagus manakala 2 orang lagi adik aku tengah menyambung diploma.

Aku lihat ibu bapa aku, semakin mereka tua, semakin mereka mendekatkan diri kepada agama. Kalau tiada hal, setiap minggu mereka akan pergi sembahyang di gereja. Mereka juga menjadi ahli aktif di gereja di kampung kami. Hidup mereka pun semakin diberkati dengan kebahagian dan kesenangan. Itulah yang aku lihat, semakin kita mendekati agama, nescaya hidup kita akan diberkati oleh-Nya walau apa pun agama kita. Masalah atau dugaan yang hadir dalam hidup kita pun sebenarnya ingin menduga sejauh mana kita taat kepada ajaran agama kita. Contohnya 2 tahun lepas mak aku terkena penyakit kencing tikus. Beberapa hari sebelum dapat tahu mak aku positif mendapat penyakit itu, mak aku demam yang agak teruk di mana dia berasa panas dan sakit kepala yang melampau. Mak aku telah cek di klinik dan hospital tetapi ketika itu mereka tak ambil sampel darah mak aku. Sehinggalah kesakitan mak aku menjadi semakin teruk, mak aku cek semula di hospital, sampel darah diambil kemudian barulah mereka tahu mak aku terkena penyakit kencing tikus. Masa itu pun mata mak aku dah kuning dan sesak nafas. Mak aku terus dihantar ke SGH dan masuk ke ICU untuk beberapa hari. Tidak putus doa kami hajatkan dan kami serta saudara-mara yang lain berkumpul beramai-ramai untuk bersembahyang. Syukurlah 2 3 hari selepas itu mak aku sudah boleh dipindahkan ke wad biasa.

Di sini aku ingin mengatakan kita harus bersyukur dengan apa yang ada. Jika berasa berkekurangan, mintalah daripada-Nya. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, janganlah kita berdengki dengan kelebihan yang orang lain ada. Sekarang hidup aku masih agak sesak, gaji pun cukup-cukup makan. Baru 2 3 kali sahaja aku pernah bank-in duit kepada mak aku tanpa pengetahuan dia sebab yalah, aku jarang bagi duit dekat dia. Bagi duit pun tak banyak. Huhuhu… Doakan aku supaya dapat kirimkan wang kepada mereka setiap bulan dan spend more time dengan mereka ya guys. Aku berasa aku belum menjadi orang yang berjaya selagi belum dapat membalas jasa mereka walaupun aku tahu jasa mereka takkan terbalas. Huhu… Aku mendoakan kepada yang membaca confession aku ini, semoga hidup kita senantiasa diberkati.

– Mrs K

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *