Housemate Pengotor dan Berdadah

Salam buat semua readers. Saya harap sangat confession saya disiarkan kali ini. Untuk minta pandangan , komen semua netizen.

Aku perempuan berusia ,pertengahan 20 an dan bekerja di ibu kota dan masih bujang. Dan aku menyewa keseorangan dan memang aku tidak mahu pun cari housemate ke roomate ke sebab aku takut jumpa yang sejenis menyemak kepala . Ye la kat KL ni macam-macam orang perangai pelik-pelik. Memang aku mampu nak menyewa seorang pun. Family ada , tinggal pun berdekatan rumah , so tiada masalah pun. Kadang- kadang mak aku akan datang rumah seminggu sekali. Kenapa aku pindah sebab nak selesa, aku 6 adik -beradik, 3 laki , 3 perempuan, dan aku anak sulung, paham-paham je la dengan rumah 2 bilik, aku tak selesa pun , sebab tu la aku pindah.

Ceritanya bermula , apabila officemate aku call aku , tanya weh rumah kau ada bilik kosong tak ? Aku namakan dia M . M ni seorang yang sangat bergaya dan up to date, sejenis pandai melawa dan 3 tahun aku kenal dia . Aku nak minta tolong kalau boleh aku nk sewa 1 bilik dan aku nak kahwin lagi 3 bulan dari sekarang means bulan 7 akad nikahnye dan resepsi. Ya sekarang M sedang siapkan urusan pernikahan mereka. Aku terpikir kejap, berbelah bahagi, tapi kesian nak kahwin duit pun tak cukup nak renew contract rumah lama. Ye aku pun la membenarkan kawan aku ni , tinggal and bayar sewa bilik itu. Rupa-rupanye nak sewa dengan tunang dia sekali. Damn it! Nak reverse decision tak boleh dah . Dan officemate yang lain taktau pun dia pindah ke rumah aku dan aku pulak sejenis malas nak bercerita. Dia pulak keje tingkat atas aku pulak tingkat bawah. Kenapa mereka tak cari rumah lain, sebab mereka ada kucing seekor. Mana ada orang nak bagi sewa ada pets kan. Dan ya aku terasa berdosa sangat membenarkan mereka tinggal bersama dan setiap kali solat aku terpikir, solat aku diterima tak? Ye la aku pun bukan baik sangat , pendosa kan mesti la nak solat diterima. Membenarkan maksiat huhu, dan ya betul aku menyesal bawak mereka ni masuk. Menyesal sangat! Dan sekarang ni dh 3 bulan lebih dah tinggal di sini.

Ceritanya bermula apabila mereka ini sangat sangat la bersepah dan pengotor! Kau bayangkan la mereka ni boleh tidur dengan kucing dan pakej tahi nye sekali. Laki dia pulak lagi takde akal nak mampus buang sampah merata-rata. Seminggu sekali bawak keluar pinggan yang berkulat dan campak atas singki. Dah campak atas singki biar macam tu je pastu bila laki tu ada mood baru basuh kalau tak haihhh aku la ni tolong basuhkan sebab aku tak suka tengok singki penuh macam tu. Dah campak tak basuh betul-betul yang berkulat dia letak bawah singki . Sapa yang kutip basuh periuk berulat tu? Aku la. Aku pun perasan M ni la yang selalu buang sampah. M ni la selalu back up perangai tunang dia tu.

Setiap kali weekends, mereka keluar tiada di rumah dan tinggal rumah bersepah dan berselerak. Urusan nikah kahwin bulan 7 ni buatkan mereka tiada di rumah setiap kali hujung minggu. Aku sabar lagi , aku pulak sejenis tak boleh tengok benda sepah- sepah ni aku kemas dan aku niat takpelah sebab mereka sibuk.

Aku mula la tegur perangai mereka ni. Korang kalau nak keluar rumah, boleh tak kita kemas rumah sama-sama dulu?Jawapan mereka , aku tengok rumah ni takde la sepah mana pun. Jawapan mereka tu buat aku terkesima dan otak aku tak boleh proses jawapan tu. Then, siap cakap, kau ni tegur itu-ini , kitorang dah la serabut nak kahwin. Tunggu la selesai dulu hal kitorang. Oi cik kak, ni la sebahagian urusan rumah tangga yang kau kena hadap nanti. Then laki tu pun tambah , apa la kau ni tak reti timing ke nak tegur. Hurm. Kecewa aku .

Nak tambah lagi laki tu pakai kasut dalam rumah sampai dalam bilik, korek telinga campak je putik kapas kat hall tv. Abu rokok puntung rokok bersepah- sepah dalam bilik air. Stokin pun campak je depan tv. Ya Allah gelinye aku nak kemas pun. Tin minuman depan tv sepah- sepah berguling- guling. Aku stress!!!

Bila aku tegur , M menyatakan dia sentap sangat. La , dah tu aku bukan tengking pun, aku cakap baik-baik siap cakap sorry lagi. Kalau sejenis tak boleh tegur , kau pindah la duduk sendiri. Setiap kali tegur mereka akan perli aku di status facebook dan memerli aku macam-macam, kata aku loser , takde boyfriend, anak dara tak laku. Bukan tak laku, tapi aku serik dengan sikap lelaki , aku sangat memilih. Bukan hentam sembrono nye nak kahwin. Kalau kahwin kena tanggung biawak hidup, buat apa? Kalau kahwin berendam air mata buat apa? Kalau kahwin laki penagih dadah buat apa? Macam mana anak aku nanti? Elok ke perangai dia? Nak jadi seorang suami kena bersedia jadi seorang ayah yang baik. Aku kahwin nak bahagia dan aku nak seorang suami yang sama- sama perbaiki diri. Buat masa ni, Baik aku tanggung mak aku and adik-adik aku dulu buat masa ni. Pahala pun dapat! Dan ini bukan kerja aku pun, kerja Allah, di luar kawalan aku. Bab jodoh telah berusaha, dan putus tunang di tengah jalan. Cakap la apa nak cakap . Mereka jadikan hal ini untuk kutuk aku macam2. Kutuk la hina la. Allah tu Maha Kuasa Maha Besar.

Oh ya lupa nak bagitau ni rumah mereka pindah, which means rumah aku la, rumah yang kelima. Aku taktau apa jadi rumah-rumah yang mereka duduk tu apa jadi, siap kena letak polis report depan rumah, air api pun kena tuan rumah potongkan. Dia ada cita kat aku dulu, tapi aku malas ambik port. Ha ni salah, kalau nak bagi orang sewa siasat selidik dulu kenapa.

Dan kemuncak hal ini, which is pagi ini, aku dah keluar pun sampai kereta kat bawah, lepas tu aku terlupa bawak handphone, aku naik balik rumah, ambik handphone dalam bilik. Bila keluar je ambil handphone, aku terdengar macam bunyi ketik. Allah! Plug seterika tak tutup, plug handphone tak tutup. Dan kali ini betul-betul angin, aku whastapp mereka which is kami ni ada group whatssap rumah, aku ambik gambar tanya sapa punya keja ni? Kalau rumah meletup , korang nak bertanggungjawab ke. Masing-masing sepi dalam group tu tak reply. Oh ya bil api rumah aku , memang naik mendadak sejak adanya sikap mereka yang pergi kerja tak reti tutup lampu , tutup kipas pergi kerja, tutup plug handphone. Biarkan macam tu je.

Betapa stressnya aku. Lebih dari itu kadang-kadang bilik air luar tu, kotor. Bila aku tanya dah bersihkan ke, mereka cakap dah. Tiada perbezaan pun. Aku ni bukan la tahap OCD kebersihan. Jamban tu tonyoh la dengan berus dah berkeladak berapa lama.

Hal kebersihan dah. Ni lagi 1 hal hari-hari gaduh terjerit- jerit sampaikan bila aku nak turun lif pagi nak p kerja tu , jiran-jiran tanya kat aku, aku was like, err minta maaf la ye. Aku pulak minta maaf bagi pihak mereka! Penat! Balik tu aku tanya la si M ni kenapa semalam? Dia cakap dia gaduh dengan laki tu sebab laki tu hisap syabu! OMG! 1 hal lagi! Aku dah terbayangkan polis narkotik nak datang angkut aku lagi . Oh no! Aku taktau nank buat apa. Aku blank. Sumpah aku taktau tunang dia tu hisap syabu. Patut la pengotor. Dadah kan sampah masyarakat. Orang yang berdadah pun sampah la! Takde akal.

Maka dengan itu, aku menggunakan kuasa veto aku untuk mereka pindah keluar dari rumah aku. Tapi mereka anggap aku zalim sebab buat macam ni pada mereka yang nak kahwin tak lama lagi. Bukan zalim, tapi kalau dah takde adab , budi bicara, sejenis tak boleh tegur, buat macam rumah sendiri sepahnye, kotornye sila la duduk dengan monyet di hutan. Dan lagi satu, si lelaki tersebut berdadah. Zero tolerance untuk orang berdadah. Mereka masuk pun sebab aku niat nak tolong , ini tidak , ego nye tinggi melangit! Hutang deposit pun mereka tak habis bayar lagi kat aku. Tapi di pihak mereka sana , mereka twist the fact, putar belit cerita. Dah la masuk bersedudukan, tu pun nak play victim. Tak sedar punya orang.

Sekarang ni bertebaran la cerita di pihak sana aku tak berhati perut. Sudah pun sampai ke pengetahuan tuan rumah. Segala perbualan dengan tuan rumah, whatssap semua di tangan aku. Aku boleh keluarkan bukti ni bila-bila masa aku nak.

Untuk orang yang berakal, kebersihan dan kekemasan rumah ni adalah tanggungjawab diri masing-masing. Rumahku , syurgaku. Pernah dengar kebersihan tu sebahagian daripada iman?

Doa orang terniaya ni makbul. Tapi mereka berkelakuan seperti mereka lah mangsa. Pengajaran lepas ni selidik la bakal penyewa. Kepada owner rumah atau agent nak datang buat spotcheck kebersihan secara berkala pun dialu-alukan. Ye la rumah kita beli, kita nak la bersih .

Netizen, tinggalkan la pandangan di bahagian komen. Aku memang minta mereka keluar sebab pengotor, bersepah and ada dadah. Zalim ke aku?

– Orked Purple

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *