Assalamualaikum . Terima kasih sekali lagi kepada iiumc yang sudi untuk post confession saya yang kedua.
Tujuan saya membuat confession pada kali ini adalah untuk membuka mata para pembaca confessions tentang tujuan sebenar setiap confession dibuat.
Bagi yang masih tidak mengetahui tujuan confession itu apa, meh sini saya nak kongsikan dua tujuan utamanya.
Pertama, jelas dan terang lagi bersuluh maksud confession itu sendiri iaitu pengakuan atau luahan. Kisah yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman kami yang terpaksa kami hadapi. Sebagai pembaca, anda perlu lihat dan fahami dari pelbagai aspek. Bukannya mengecam membuta tuli. Itu hanyalah luahan confessor dan saya pasti confessor hanya ingin melepaskan beban yang ditanggung oleh mereka melalui penulisan tanpa membocorkan identiti sebenar orang yang terlibat didalam confession. Jadi tiada isu di situ.
Manakala yang kedua pula, confessor kebanyakannya berharap agar kisah yang dikongsikan dapat dijadikan pengajaran oleh para pembaca. Setiap perangai atau sikap buruk yang dikongsikan perlu diambil peka supaya perkara sama tidak berulang lagi. Itu adalah tujuan utama setiap confession dibuat. Iaitu memberi kesedaran kepada para pembaca. Banyak moral values yang dapat kita kutip dari setiap kisah yang dikongsikan. Tetapi perkara sebaliknya berlaku.
Rata-rata dari kalangan pembaca tidak memahami konsep sebenar confession dilakukan. Pembaca lebih gemar membuat kesimpulan sendiri dan memilih untuk mengecam confessor tentang kisah yang dikongsikan. Tolonglah para pembaca, baca dan fahami betul-betul setiap ayat yang ditulis oleh kami dalam setiap confessions yang dilakukan.
Dan kalau terdapat sebarang pandangan yang ingin dilontarkan, gunakan ayat yang tidak mengguris hati orang lain. Kami confessor pun ada jiwa dan perasaan juga.
Paling menyedihkan apabila terdapat beberapa orang dari kalangan pembaca memutar belitkan ayat dan perkataan yang digunakan oleh confessor dalam kisah masing-masing.
Kalau kita tidak faham akan sesuatu, adalah lebih baik diam dan kaji sendiri persoalan tersebut daripada berkata sesuatu yang menunjukkan lagi kebodohan dalam diri kita. Kadangkala diam itu adalah lebih baik. Be wise in doing any thing so that we won’t hurts other people’s feeling.
Dan bagi yang berpendapat bahawa kami menulis hanya untuk mengaibkan individu-individu yang terlibat di dalam confession yang dibuat, saya rasa kami tidak mengaibkan mereka pun. Kerana setiap watak di dalam confession tersebut telah digantikan dengan nama samaran dan kebarangkalian untuk identiti sebenar mereka terbongkar hanya sedikit sahaja.
Seperti yang saya terangkan di atas, kami hanya berharap agar kisah yang dikongsikan dapat dijadikan iktibar dan pengajaran oleh semua individu yang membaca supaya ‘pisang tidak berbuah dua kali’.
Sekian, itu sahaja terima kasih
– Jemah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit