Kemalasan Melampau

Hi. Kebelakangan ini, aku rasa tahap kemalasan aku semakin memuncak.

Sebelum itu, aku sangat hargai sekiranya korang sudi baca satu demi satu cerita aku di bawah sebelum menilai dan memberi pendapat di ruang komen. Read first > Understand and Digest > Comment later. Okayh? Terima kasih!

Aku baru habis praktikal dan literally dah grad. Tinggal nak konvo sahaja pada bulan Oktober ini (insyaallah).

Sejak habis belajar ni, aku duduk rumah dan tak buat apa-apa untuk beberapa bulan selain mengerjakan hobi-hobi aku seperti – main gitar, main laptop, tengok movie dan segala benda yang tak bermanfaat yang lain.

Kenapa aku cuma duduk rumah dan tak buat apa-apa?

Begini, aku ada mindset yang aku BERHAK untuk rehat beberapa bulan selepas berhempas-pulas belajar / aktif program universiti / kerja part time selama hampir 3 tahun setengah.
Ya, time degree aku memang sibukkan diri dengan pelbagai perkara dan bukan sekadar duduk bilik siapkan assignment je.

Itu lah kenapa aku rileks rileks di rumah and tenangkan diri je. Dah “all out” semasa bergelar seorang mahasiswa.

Buktinya aku betul2 all out, pointer aku atas 3.5. Resume aku strong (kalau hantar kat 10 company, hampir semua shortlisted untuk interview). Duduk rumah dah nak hampir 5 bulan ni pun masih boleh support diri sendiri tanpa mengharapkan duit ibu ayah.

Tapi lately, aku rasa macam tahap kemalasan aku tu menjadi-jadi.

[*] Masjid depan rumah, dipisahkan oleh sebatang jalan je, tapi malas nak turun berjemaah. Gais, almost dua bulan lebih dah aku solat sorang-sorang kat bilik.
[*] Dulu rajin kemas rumah, tolong ibu angkat sidai lipat kain, buang sampah dan sebagainya. Sekarang just tengok je dari jauh ibu buatkan semua.
[*] Banyak baring atas katil main phone. Ni paling kritikal. Boleh dikatakan hampir setengah hari badan melekat kat atas katil je. Kalau tak main phone, aku tidur diam-diam.
[*] Susah nak bangun awal pagi . Tidur pulak lewat gila. Sejujurnya, aku dah banyak kali tertinggal solat Subuh.
[*] Pemakanan pun tak jaga, asyik fast food dan jadual makan tak payah cakap lah, berterabur. Apa yang perhatikan lately tengah malam aku akan keluar jap beli burger kedai tepi jalan dekat-dekat rumah aku.

Aku rasa bersalah sebab mengamalkan gaya hidup yang tak sihat macam ni. Badan kurang aktif, pemakanan tak jaga, solat pula selalu terlangsung.

Ok, tapi ada lagi perkara yang buat aku lagi bersalah yang amat. Bila mana aku bukak bisnes aku sendiri, kemalasan tu turut terjebak. Personal life aku malas, sekarang Professional life pula. Aku macam dah tak kenal diri aku, dulu aku tak macam ni.

Bukak bisnes sendiri? Ada kedai ke?
Begini, ibu aku dah lama bisnes kecil-kecilan dan ada bukak kedai.
Dia nak tutup kedai sebab dah tak larat nak jaga (dah tua gais). Dia memang sayang dan kalau boleh taknak lepaskan kat orang lain, sebab kedai tu sebenarnya ada subsidi daripada kerajaan. So sehabis baik dia nak bagi kat anak dia.

Disebabkan waktu tu aku rasa “Sampai bila aku nak bermalasan macam ni” , aku decide nak takeover kedai tu sebab dah beberapa bulan lepak rumah je tak buat apa-apa.

Aku sangkakan lepas dah bukak kedai ni, aku dapat sedikit sebanyak memperbaiki hidup aku ke arah yang lebih baik dan juga menjadi semakin rajin, tapi jauh panggang dari api.

2 minggu awal, aku buka kedai on time… Tutup pun lewat petang (waktu beroperasi memang bukan sampai malam pun, sebab kedai sebelah semua tutup petang).

Dan tak lama lepas tu, bermula episod kemalasan aku. Aku bangun lambat, buka kedai lambat, tutup kedai awal, dan ada hari tu tak bukak langsung.

Mula-mula ayah dan ibu aku selalu sindir halus je “Harini kul berapa pula nak bukak kedai” dan aku akan berikan skrip biasa.. “kejap lagi…. adik tengah busy ni”.
Acap kali juga lah aku teremosi bila diorang sindir, sebab aku masih dalam mood “BERHAK rehat sebab penat belajar bertahun2” tu.

In the end, diorang tak tanya dah dan tak kisah aku nak bukak kedai atau tak. Tak kisah aku nak baring terlentang ke, main phone ke.
Aku rasa diorang dah fedup nak tegur, tapi assumption aku je lah yang diorang dah fedup. Or maybe, taknak ganggu emosi aku. I don’t know, what do you think?

Aku cuba untuk berubah, bukan tak cuba langsung.

Hari-hari aku akan tengok video motivasi kat youtube, tips-tips nak rajin ke, atau video yang boleh buat aku selami diri/emosi aku dengan lebih mendalam supaya dapat memahami apa yang membuatkan aku stuck dalam situasi sekarang ni, atau pasal hidup in general (salah satunya adalah channel School of Life).

Di akhirnya, aku temui jalan buntu. Sebab video dan artikel yang aku tengok / baca tu aku tak konsisten mempraktikkan tips nya. Aku tewas di pertengahan jalan. Tak sampai beberapa hari, motivasi dah jadi motiBASI.

Jadi sekarang aku memerlukan pandangan korang, pendapat korang, kot ada perspektif menarik yang korang boleh utarakan tentang diri aku berdasarkan cerita aku tadi.

Apa yang boleh aku buat untuk tak melekat je atas katil dan buang jauh-jauh malas ni?
Boleh ceritakan mungkin step by step ke, walaupun aku dah tgk byk video youtube tapi aku rasa tips kat situ banyak yang general.

Korang dah baca cerita aku kat atas tu. Mungkin boleh share step yang lebih spesifik?

Tapi better komen kat bawah ni lah, boleh juga orang yang mempunyai masalah lebih kurang sama dapat manfaat.

TIMELINE aku bermalas-malasan
—————
Habis belajar & praktikal Nov 2017
Duduk rumah tak buat-apa since Dec 2017 – Feb 2018 (almost 3 months)
Start takeover kedai ibu dan buat bisnes around Mar 2018 – Now.

Harap maklum.

– Harris Ferdison

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *