The Little Things That You’re Worrying About

Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya confession ini disiarkan.

Andai rasa syukur itu tertanam dalam diri setiap manusia, pasti mereka akan lebih menghargai masa. You will appreciate every little things given from Allah towards you.

Aku ada terbaca beberapa confession yang mengeluh dengan kehidupannya. Tak tahu, keluhan tu dalam mereka sedar atau tidak. For sure i think mereka sedar. Tapi mereka menafikan.

Percaya tak, setiap hari, setiap nafas baru yang diberikan, itu adalah peluang untuk kita mengubah apa yang kurang pada hari semalam. You’ve given thousand of chances to change. Tapi kau tetap melalui hari esoknya sama seperti hari semalam tanpa upgraded apa-apa. Kau tahu tak betapa ruginya?

Kau layan kelemahan kau. Kau layan kekurangan yang ada dalam diri kau. Kau jadikan semua tu benteng dalam hidup kau. Tanpa kau sedar, kalau kau mulakan langkah pertama untuk mengubahnya, pasti kau akan terlihat, kau mampu. Kau boleh jadi diri kau yang terbaik.

Allah tak akan pernah sesekali menganiaya hamba-hambanya. Its you. Yang aniaya diri you sendiri. Kau sendiri yang hancurkan masa depan kau. Kau sendiri yang menghalang diri kau untuk berjaya. Kau sendiri yang menghalang diri kau untuk berubah.

Padahal Allah dah buka seluas-luasnya jalan untuk kau melangkah.

Aku nak share satu cerita. Cerita ni terlintas di timeline aku. Tak tahu kau dah tahu tak cerita ni.

Ada seorang lelaki ni, dia terjatuh dalam lautan. Dia tenggelam timbul di permukaan lautan. Datang satu kapal ingin membantunya, tapi dia refuse. Dia menolak. Katanya ada orang lain yang akan membantunya. Kapal itu pun berlalu. Tak lama kemudian datang lagi satu kapal ingin membantunya tapi dia tetap menolak. Katanya, ada orang lain yang akan membantunya. Kapal itu pun berlalu.

Kemudian, lelaki tersebut pun mati dalam lautan tersebut. Dan dia berjumpa dengan Tuhan. Dia tanya, “Tuhanku, aku menanti pertolongan dariMu. Kenapa Engkau tak tolong aku?”. Tuhan pun menjawab, ” Aku sudah menghantarkan pertolonganku melalui dua buah kapal. Kenapa engkau tidak menaiki kapal tersebut?”.

So, do you see the value guys?

Pertolongan Allah tu sentiasa ada. Cuma kau tak nampak. Kau tak bagi peluang untuk diri kau melangkah. Either kau belum perasan atau kau memang tak nampak peluang yang Allah bagi tu.

Memang setiap hari siang malam kau akan berdoa memohon pertolongan Tuhan. Kau percaya suatu hari nanti Tuhan akan tolong kau. Tapi suatu hari tu boleh jadi suatu saat, minit, jam. Bukan tahun depan, 10 tahun akan datang. Sebenarnya peluang untuk kau berjaya dah sangat-sangat dekat. Tapi its about the timing you to realize it.

Allah tak akan berputus asa untuk tolong kau. Allah tak pernah miss dari melihat kau. Allah tak pernah berikan kesusahan untuk kau melainkan Dia nak kau nampak hikmah dan keindahan di sebalik kesusahan tersebut.

Its only you. You are the one yang berputus asa dengan diri kau. Kau yang berputus asa dengan rahmat Allah. Kau yang kurang yakin dengan aturan Allah. Semuanya kerana diri kau sendiri.

Kau kena melihat semua perkara dalam hidup kau dari sudut positif. Sebab sesuatu yang Allah takdirkan untuk kau, bukan “just because”. Sebaliknya ada keindahan dan hikmah yang tersembunyi yang Allah nak sampaikan kepada kau. Allah tak akan bagi kalau kau tak mampu. Allah tak akan bagi sesuatu yang tak ada manfaat untuk kau.

Bila kau terasa susah, ingatlah ada orang lain lagi yang masih terkapai-kapai perlukan pertolongan. Its even worst than your problem. They might say this towards you, ” If i were in your place, if we could exchange our places…”.

So, whatever you are facing right now, keep your head up. The cliche one, be positive. Mulakan langkah pertama dalam setiap apa yang kau niatkan.

Kau tak akan nampak sejauh mana kemampuan kau, selagi kau tak mulakan melangkah. Jangan malas. Put aside your handphone. Wake up. Make your first step!

Kesalahan grammar/penggunaan bahasa yg salah harap dimaafkan. I’m trying to improve my English.

– Siput

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *