Stage 3: Alam Kehidupan

Assalamualaikum semua. Aku seorang gadis bujang berusia awal 20-an. Aku dah bekerja dan belajar sambilan, dan dalam proses untuk beli sebuah rumah. Apa yang aku nak kongsikan ni berkaitan apa yang aku rasakan sekarang.

Dulu aku selalu berdoa aku nak kerja kerajaan untuk sara mak aku(mak pun memang berharap sangat aku kerja govn), aku nak duduk dengan mak aku dan jaga dia, dan alhamdulillah Allah dah makbulkan. Kemudian, aku berdoa pula pada Allah untuk diberikan peluang beli rumah yang selesa, supaya aku boleh duduk rumah tu dengan mak aku nanti, aku nak bahagiakan dia sebab memiliki rumah pun hajat terbesar mak aku. Yelah, keluarga aku ni takde harta apa-apa pun, duduk menyewa kalau orang halau tak tahu nak kemana. Sebab itulah, bila mak dapat tahu aku nak beli rumah, mak gembira sangat. Aku pun suka tengok mak gembira, dan aku rasa Allah sedangkan makbulkan juga doa aku ni. Alhamdulillah.

Sekarang, aku dah ‘nampak’ Allah memang sedang memakbulkan doa-doa yang aku mintak. Mungkin disebabkan aku berdoa dan menyelitkan nama mak aku, maka Allah perkenankan. Bila hajat aku dah dimakbulkan ni, aku jadi macam fikir, ‘so what’s next?’. Apalagi aku nak mintak dengan Allah ni? Bila aku listkan hajat-hajat aku, memang semuanya tentang duniawi.

Aku, sebagai hamba yang lemah, bila doa aku dah macam dimakbulkan, aku cepat jadi selesa dan senang hati. Aku dah tak bersungguh nak solat, dah tak bersungguh nak beramal dan berdoa sebab aku tahu aku dah dapat apa aku nak. Jasad aku macam berat nak solat, sedangkan hati aku meronta ingatkan aku yang mati tu bila-bila masa je boleh berlaku. Sejujurnya hati aku menangis dengan kemalasan diri aku sendiri. Hati aku menangis sebab aku malas solat. Hati aku tak tenang, tapi aku tetap malas nak angkat takbir.

Bila aku ada hajat dengan Allah, bila aku ada masalah, barulah aku bentang sejadah. Barulah aku bukak al-Quran. Macam sekarang ni dalam family, cuma aku seorang belum nikah. Ofcourse aku ada keinginan tu, tapi calon pun aku takde. Jadi, aku teruskan berdoa pada tuhan supaya diberikan suami yang baik. Doa aku akan jadi berlebih-lebihan untuk dunia, tapi untuk akhirat? Sedikit sekali. Aku jadi benci dengan diri aku ni. Aku rasa aku munafik yang paling teruk. Aku rasa aku tak layak hidup, tapi aku jugak takut untuk mati sebab amalan aku tak seberapa. Aku banyak dosa. Aku tahu aku banyak dosa, tapi aku tetap malas nak bertaubat.

Aku sekarang ni seakan-akan mencari je tujuan aku hidup. Yang aku nampak sekarang ni, dunia. Bila aku dengar ceramah agama, aku akan beramal soleh untuk sebulan dua sahaja, menangis masa berdoa, rasa macam zuhud sangat. Tapi benda ni sementara. Aku tak mampu nak kekalkan keadaan ni. Aku selalu terfikir bagaimanalah mati aku. Macam mana keadaan mati aku nanti. Adakah masa aku ‘insaf’ atau ketika aku bermalasan ni?

Sungguh aku malu dengan diri sendiri. Aku malu dengan tuhan. Aku sujud pada tuhan cuma bila aku rasakan aku ada hajat. Hajat duniawi semata. Sedangkan sepatutnya hajat untuk dapatkan surga firdaus tu perlu menjadi hajat terbesar dalam diri kita. Rasa insaf yang hadir dalam diri aku cuma sekejap je.

Ni dalam masa 2 minggu, inshaAllah kita akan menyambut ramadhan. Masa ni kalau diberikan kesempatan, beramallah sepenuh hati. Aku masih lagi mencari dimana ‘letaknya’ hati aku ni. Aku tak sabar nak sambut ramadhan tapi aku tak pasti mampu ke ramadhan tahun ni menjadi ramadhan terbaik aku? Mampu ke aku solat 5x sehari? Mampu ke aku pergi terawih tanpa lepas?

Aku tak tahu. Aku takde jawapan. Aku pun tak pasti samada dah bersedia atau belum nak sambut ramadhan. Sedia atau tak, kita akan laluinya juga kan?

Aku berusaha untuk beramal, tapi aku lemah dengan godaan syaitan. Aku malu dengan tuhan. Aku malu tuhan makbulkan doa aku, tapi kemudiannya aku lupakan Dia.

Kawan-kawan, bantulah aku dapatkan ‘hati’ baru. :'(

– Ukhti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *