Rm17

Hai. Ini kali pertama saya buat confession dekat sini. Nevess tau x. Kalau admin ada siarkan cerita ni, alhamdulillah. Kalau tak siar pun xpe. Aku guna fb kawan aku ni. Dia tahu serba sedikit tentang aku tapi sikit jela Hahahachummmm.

Sedikit pengenalan diri, saya (seperti nama dibawah) berumur 24 tahun, dan sedang bekerja . Ok tu je pengenalan. Hihihi.

Ye sekarang memang itu je duit yang aku ada sekarang untuk bertahan sehingga 8hb yakni hari gaji den. Gaji den xde la bosar mano tapi alhamdulillah dapat la bantu adik beradik dan mak den yg lumpuh kat kampung. Jangan tanya pasal ayah sebab nnti akan jadi panjang pulak haaaa.

Dalam seminggu ni memang den makan sekali sehari je dan hanya makan dekat rumah je. Sebab dah x mampu nak beli makanan luar even roti pun den berkira nak beli. Dari pagi aku akan minum air masak je sampai tghari, bila tahap lapar menggigil macam zombi baru aku akan makan biskut cicah air teh o. Balik kerja aku akan masak apa yang paling pantas dan makan secepat mungkin sebab kelapar yang ada sudah di tahap menara sekolah aku dulu. Hihihihi.

Bagi sesapa yang tanya “dik, kau tak buat partime ke untuk tambah pendapatan?”, kerja yang aku buat sekarang yang membataskan aku buat kerje luar dan jangan tanya aku pasal kerja aku ni. Hihihi, bukan marah tapi sensitip tau.

Apa yang aku nak sampaikan dekat sini adalah, cara kita bahagikan setiap pendapatan yang kita dapat. Setiap bulan aku akan pastikan yang aku dahulukan duit mak dan adik bongsu aku dulu sebab aku yang dah janji dgn adik beradik aku yang lain bahawa aku akan tanggung kos adik bongsu aku belajar (tingkat 4). Then aku akan wakilkan kawan aku untuk sedekahkan sedikit wang daripada aku kepada orang yang memerlukan. Lepas dah bayar segala pinjaman belajar, bil air & lektrik dan beli segala kelengkapan dapur ( sebenarnya x lengkap pun) hihihi. Last sekali , kalau ada lebih adalah untuk aku belanja harian.

Macam mana aku tahan lapar?
Jawapan dengan bercakap pada diri sendiri ” kau dah guna duit kau sebaik mungkin, Apa yang ada sekarang ni, itulah rezeki kau. Jangan nak demand makan sedap-sedap, gaji kau lambat lagi. Bukannya kau x pernah berlapar satu hari dan duit kau ada rm1 je. Kau kene pilih samada beli roti atau simpan untuk kegunaan esok (esok jadi rm2)”.
Kejam kan!. Yes itulah aku.

Untuk pengetahuan korang dekat tempat keje aku ada jual nasi lemak dan kalau sampai pukul 12 nasi lemak x habis jual, akan di “return”. Dan nasi lemak itu boleh dimakan oleh staff. Dan sebenarnya akulah orang yang selalu tunggu nasi lemak return tu. Aku tahu ramai staff yang pandang rendah pada aku sebab aku selalu makan makanan free. Tapi ada aku kisah sebab makan tu memang boleh makan bukan aku mencuri pun. haihhhhh.

Setiap hari aku harus berkira dengan setiap sen yang dibelanjakan. Mana nak isi minyak motor ulang alik keje, beli barang dapur yang x cukup. Kadang kalau teringin sangat nk mkn sesedap, aku akan tunggu balik rumah kakak dan pawww die punya duit. Hihihi

Aku rasa aku dah banyak melencong dari hal yang sebenar. Hahaha korang oun mesti dah baca kan. Hihihihihi.

Rm 17 dalm masa 6 hari. Sehari aku kene belanja lebih kurang rm 2.50 SAHAJA. Cukup lah untuk cover perut aku yang dari pagi sampai pukul 4 petang. Dapatlah aku ganti puasa mana yang x terganti lagi dulu dulu punya.
Makan? Ofkos la aku akan masak je. Sebenar nasi putih tu boleh macam macam perasa tau. Boleh jadi nasi goreng nasi, gorwng campur megi, nasi sup, bubur dan sebagainya. hihihihi. Almaklum la hidup bujang. Jangan nak membingak cakap dh x tau nk makan ape.

Kepada sisturrr dan bro bro sekalian, doakan lah aku dimurahkan rezeki untuk bulan bulan akan datang sebab dah nak puasa pastu raya. Baju raya mak n adik pun aku x prepare lagi ni. Tapi x pe, aku percaya janji Allah. Doakan aku kuat untuk teruskan kehidupan sepertia biasa ye. Hahahaha. Malu pulak rasa.

Haaa, lupa oulak nak pesan, jangan lupa balik mengundi ye. Aku ni pun balik mengundi nun jauh di pantai timor tau. Kita selamatkan negara kita sesama ye.

Yang benar
Chada ensem kacak macho lagi bergaya.
*Garu gigi

– chada

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *