Assalamualaikum dan selamat sejahtera. terima kasih jika menyiarkan confession saya ini yang kali kedua in shaa Allah. confession saya sebelum ini ialah tanggungjawab anak/ibubapa. saya su dari pantai timur. berumur 20++ mungkin saya boleh share benda simple yang boleh menenangkan hati kita walau ada masalah apapun (dengan izin Allah).
1) Solat / beribadah kepada Allah. yang ini perkara yang paling asas untuk tenang. jika amalan ini ditinggalkan, comfirm hati tak tenteram. kalau nak perbaiki diri, mulakan dengan solat. mungkin ada yang kata buat apa solat/tutup aurat jika tak ikhlas. solat dan isu tutup aurat ni adalah isu yang sangat sensitif dalam masyarakat kita. walau tak ikhlas.. solatlah…sedih kalau kita tengok masyarakat kita harini yang meletakkan solat sebagai urusan yang terakhir yang sepatutnya menjadi kewajipan kita yang utama, itu belum lagi termasuk yang wuduk tidak sempurna, tak kusyuk (betul x eja?). try solat walaupun tepaksa lama2 akan ikhlas dan reda…in shaa Allah.
2)jaga hubungan dengan ibu ayah dan masyarakat @ orang lain. saya tahu kita hidup di dunia ni bukan semua orang sukakan kita. tapi untuk berjaya di dunia wal akhirat kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. amalkan amalan memaafkan sesiapa sahaja sebelum tidur dan untuk amalan rahsia daripada saya, amalan membaca surah Alfatihah kepada musuh ataupun orang yang kita benci ataupun orang yang benci kat kita dan niatkan pahala daripada Alfatihah kepada orang itu. dengan izin Allah, try buat dan lihat kesannya. terkait dengan penghormatan kepada ibu bapa ialah semua orang tahu tentang kelebihannya jika amalkan. kasihi ibubapa untuk meraih kasih Allah.
3) TUTUP AURAT. bukan balut ya..mybe bagi yang xtahu, boleh google perbezaan tutup dan balut (peace). dan mungkin ada juga yang lupa batas aurat.. bagi perempuan ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan dan bagi lelaki ialah dari pusat hingga lutut. ada perbahasan2 dari ulamak berkaitan dengan aurat. pesan saya carilah ilmu tentang hal ini dan cuba perbetulkan pakaian kita. ada ayat yang mengatakan sebaik-baik pakaian kita ialah apabila pakaian yang boleh dibuat solat (tak ingat juga kat mana dengar). mungkin di cobfession lain kali saya boleg sharing tentang aurat khusus untuk perempuan dan cara untuk berpakaian sopan tanpa menarik perhatian terutama lelaki (jika dipanjangkan umur, doakan).
4)bayar hutang. yang ini tidak kurang penting..please3 tolong jangan rasa terbeban untuk bayar hutang dan perlebihkan kalau boleh jika berhutang. kalau boleh, hindarkan dari berhutang. ada yang mengambil remeh tentang hal ini walaupun dalam islam sangat menitikberatkan mengenai hutang. walaupun 10 sen, tolong bayar mana tahu asbab hutang tadi kita tak layak masuk syurga (nauzubillah). chek balik hutang siapa tak bayar lagi dan tolong bayar.
5) sedekah. sedekah bagi saya ialah option untuk menambahkan pahala dan rezeki kita. bukan setakat pahala tau, in shaa Allah rezeki kita juga akan dimurahkan oleh Allah kalau bersedekah. bersedekah tidak semestinya banyak dan boleh jug bermacam cara. sebagai perkongsian saya ada satu orang kawan yang kaya tetapu selalu mengeluh tentang duit. apabila diperhatikan, ternyata dia seorang yang sangat ‘loket’. dia akan mengira duitnya walaupun sen2 dan banyak kali juga dia ‘melupakan’ hutang2nya dengan saya. mungkin sebab terlalu sayangkan duit, fia melakukan cara tersebut sehinggakan selalu merasa tidak cukup walaupun sudah kaya. benarlah kakayaan bukan menjamin kebahagiaan.
mungkin banyak lagi cara lain yang yang boleh diamalkan bersama. saya ada membaca satu buku yang sangat bagus iaitu amalan menjemput rezeki (xingat penulis) yang boleh membantu kita mencapai kebahagiaan abadi. saya tinggalkan dengan sekerat/secebis lirik lagu hakikat bahgia (boleh search youtube)
-hakikatnya bahgia itu, adalah ketenangan bila hati mengingati tuhan-
moga bermanfaat.
– anak emak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit