Assalamualaikum…
Terima kasih andai kata cerita ni di siarkan. Aku Sally. Aku tkda nak buat luahan perasaan atau nak minta pendapat. Aku sekadar nak berkongsi cerita tentang aku. Tapi boleh je kalau korg nak bagi pendapat atau komen hihihi..
Alhamdulillah aku ada hampir semuanya lengkap dlm hidup aku. Ada emak, ayah, adik2, ipar2 dan saudara mara yang sangat menyokong. Kalau berselisih faham sikit2 tu biasalah adat berkeluarga. Ada kerja yg baik walaupun bukan yg terhebat. Ada gaji yg cukup utk keperluan seharian aku. Ada kereta besar walaupun bukan kereta mewah. Ada rumah kecil yg selesa dan lengkap utk aku berteduh. Ada rupa dan kesihatan yang baik. Ada kawan2 rapat yg sentiasa ada masa susah dan senang dari dulu hingga sekarang tak pernah meninggalkan aku. Bos dan rakan2 sekerja yg terbaik dan sgt sporting walaupun aku dah berkhidmat di 3 4 tempat yg berlainan. Alhamdulillah semoga Allah tidak tarik sedikitpun nikmat ini dari aku.
Apa yang aku tk ada hanyalah suami. Bukan bermakna aku tak pernah berkahwin. Aku pernah berkahwin 3 kali. Betullah kata org, tak semua yg kita impikan kita akan kita perolehi. Ada org yg berkahwin tapi tidak semuanya diberi nikmat sepertimana yg Allah berikan pada aku. Aku pula di berikan semuanya hampir sempurna dgn cara aku sendiri tetapi Allah tahu aku belum mampu utk memiliki suami.
Aku berkahwin kali pertama semasa di universiti. Bunting pelamin. Anak lelaki seorang. Itulah satu-satunya anak yg aku ada. Sekarang dah besar. Hampir 20thn. Masa umur anak aku 6thn, abahnya sekeluarga (kecuali aku) bawa dia ke mekah menunaikan umrah. 2bln selepas balik dari mekah, abahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Anak aku dijaga oleh keluarga arwah abahnya memandangkan aku pada ketika itu masih muda dan baru mendapat kerja di seberang laut. Bermulalah hidup aku disana. Jauh dari keluarga. Mula belajar berdikari. Belajar utk memulakan kehidupan. Susah payah pahit manis bersendirian di tempat org. Tetapi seperti yg aku katakan aku sentiasa ditemani oleh kawan2 yg sgt ohsem. Sentiasa ada bila di perlukan baik ketika senang mahupun ketika susah dan bersedih hati.
Aku bina hidup aku. Aku belajar memandu. Aku beli kereta. Aku urus kehidupan aku sehingga aku rasa aku mampu hidup tanpa lelaki pun disisi. Hasilnya aku menjadi seorang yg sgt mencintai diri aku sendiri. Sgt membela diri aku sendiri. Aku tidak suka diri aku dibodoh2kan atau dipermainkan. Aku seorang yg lantang bersuara utk mempertahankan diri dan hak aku. 10thn aku bertahan akhirnya aku berkahwin dgn org seberang tempat aku bertugas. Muda dari aku hihihi.. Malangnya perkahwinan hanya bertahan selama 2thn saja. Disebabkan cara hidup yg berbeza menjadikan kami sering berselisih faham. Kami bercerai secara baik. Sehingga sekarang masih berhubungan. Dia pun belum berkahwin sampai skrg. Aku dan saudara mara dia, makcik pakcik dia, sepupu2 dia, bekas2 ipar aku jgk masih kekalkan silaturrahim sehingga skrg. Kalau aku pergi bercuti ke sana aku akan pinjam kereta dia utk kegunaan aku di sana hihihi…
Tak sampai setahun bercerai, aku berkahwin lagi. Aku pulang ke semenanjung. Tinggalkan kehidupan aku di seberang yg sgt2 aku syg. Segala2nya aku syg hatta batu2 tar disana pun hahahaaha.. Aku berkahwin dgn bekas rakan sekolah ku. Juniorku. Bercinta jarak jauh. Orgnya baik. Softspoken. Bertanggungjawab. Tapi rupa2nya kaki perempuan. Tak sampai setahun kahwin, kantoi berwassap berwechat berfb mesenger lucah2 dgn perempuan. Tanpa cakap byak, aku halau dia keluar dari hidup aku. Kan aku seorang yg lantang mempertahankan hak aku. Aku tak mau hati aku sakit. Aku tak suka serabutkan otak aku dgn masalah2 begini. Tapi aku tak failkan cerai. Setiap bulan dia tetap memberi nafkah. Agaknya bila dia dah tk lagi mampu (sudah la tinggal berasingan, kena pula bagi nafkah tanpa apa2 hasil hahahaah) akhirnya dia sendiri failkan cerai. Dan kami pun bercerai tk smpai 2thn perkahwinan. Oleh kerana aku sakit hati dgn perbuatan dia, aku tuntut mcm2. Mutaah. Hutang dlm perkahwinan dan harta sepencarian. Kes mutaah aku dah menang. 2 kes lg masih berjalan. Doakan aku peroleh kejayaan.
Mungkin ada yg beranggapan, ehh kantoi wechat wassap dan mesenger pun sampai nak cerai??? Ye, sebab bgi aku itu yg kantoi. Yg tak kantoi aku tk tahu kan. Dah la dia bekerja dlm bidang perkapalan. Selalu kerja luar berminggu2 bahkan berbulan2. Mcm2 boleh terjadi tanpa pengetahuan aku kan. Wlupun kes kecil tapi aku tidak dpt menerimanya memandangkan kami baru berkahwin tk sampai setahun pun. Dah la dia pun bkn kaya raya. Kalau kaya raya dan mampu bkn setakat berchatting, aku bg kawin terus je asalkan aku dpt duit banyak hahahahaha.. ni dah la aku yg banyak bantu dia, ada hati lagi nak tikam aku dari belakang. Jgn harap. Pas beberapa bulan bercerai, ada perempuan kol aku. Bagitau dia gf ex aku (bkn perempuan yg menyebabkan kami bercerai, lain lg hahaaha). Perempuan tu kena tahan polis sebab ex aku buat laporan polis perempuan ni mengaibkan dia di media sosial dgn mengedarkan gambar2 lucah dorang masa bercuti di Bali tanpa kahwin kepada kenalan2 ex aku tu gara2 sakit hati dapat tahu ex aku akan berkahwin dgn perempuan lain dan bukannya dgn dia hahaaha.. aku kesiankan perempuan tu. Aku g balai polis dan jamin dia. Skrg ex aku tu dah kahwin dgn org lain. So maknanya tk sia2 la aku bercerai dgn dia. Dasar lelaki keberet hahahaha
Skrg dah 3thn aku kembali single. Aku pun tak tau kalau2 masih ada rezeki jodoh lgi hahaha.. Malu jgk nak ckp aku ni dah kahwin 3x. Mesti org akan salahkan aku. Yelah kahwin cerai je keja hahaha.. Kesimpulannya, walaupun aku tak di takdirkan utk bahagia dlm berumahtangga, tapi aku masih bersyukur kerana aku punya segala2nya. Segala2nya cukup sempurna dan bahagia dgn cara aku sendiri. Aku bersyukur. Aku juga tergolong dalam golongan janda terbahagia.
Sally
– Sally
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit