Bila Sudah Biasa, Hilang Rasa Gerun

Bila sudah biasa, tiada lagi rasa gerun

Terima kasih admin jika approve. Moga bermanfaat untuk yang lain.

Selalu kita kunci jam untuk bangun tidur. Tapi selalu juga jam itu hanya berdering dan dimatikan. Ianya berlalu setiap hari.fungsi jam sebagai alat untuk membantu kita bangun tidak berjaya. Mengapa? Kerana diri kita sendiri. Bukan salah jam. Set la berapa banyak alarm pun, jika tiada “usaha” untuk bangun tetap sama.

Solat. Jika biasa dilengahkan. Tiada lagi rasa gerun bila lambat. Bangun lewat jadi solatnya pun lewat.Lihat semula apa yang kita isi pada malam hari yang menyebabkan kita lewat bangun? Bila solat lewat,dah terkejar-kejar untuk bersiap ke kerja. Solatnya pula jadi laju.

Kita bekerja untuk mencari rezeki.

Renungilah.. Rezeki itu datang dari Tuhan yang kita lewatkan solat itu. Sama-sama kita muhasabah semula solat kita .Yang rasa gerun dan ‘segera’ solat bila dipanggil pun belum tentu solatnya diterima. Apetah lagi kita yang sengaja melewatkan sampailah jadi kebiasaan.

Jika kita seorang ibu atau bapa. Anak-anak melihat contoh ini. Mereka akan ikut. Bila mereka besar dan kita semakin tua. Kita sibuk menegur dan stress asyik ingatkan anak-anak bangun solat. Tapi hakikatnya kita yang menunjukkan sikap itu dan membentuk mereka. Jika waktu itu kita pertikaikan sikap anak-anak, kelak jika mereka menjawab “dulu ibu abah pun macam tu jugak..solat lambat dah nak habis waktu”. Lihat cermin dan baiki dari sekarang sebelum terlambat.

Baiki diri. Baiki keluarga. Bersama-sama hayati hubungan kita dengan Allah. Rasa gerun datang jika kita benar-benar percaya dan takut akan Allah. Ia pergi bila rasa itu pudar. Kembalikan “rasa” itu.

Aku belajar dari abah. Setiap hari dan waktu solat akan bunyi motor skuter abah pergi solat. Aku bangga abah tunjukkan contoh yang baik dan aku doakan abah masuk syurga bawa kami semua. Terima kasih abah. Jom jaga solat dan rasa gerun dengan azab Allah.

– Anak abah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *