Assalamualaikum semua
seperti tajuk di atas, saya terasa ingin meluahkan satu pandangan yang bukan mewakili semua lelaki tetapi mungkin golongan minoriti lelaki atau sesiapa yang bersependapat dengan saya. saya merupakan fresh graduate yang berkecimpung dalam bidang design dan alhamdulillah sudah mendapat pekerjaan tetap di sebuah syarikat kecil di ibukota kuala lumpur. Ini luahan saya kepada semua wanita yang akan mendirikan rumah tangga tentang apa yang kami (saya) fikirkan dalam proses fasa menuju rumah tangga.
Bila kita fikirkan untuk membina rumah tangga, akan ada fasa pertunangan dan ketika itu kita membincangkan tentang perkara-perkara yang penting dan juga sebagiannya menekankan tentang adat. mas kahwin, hantaran dan sebagainya. dalam bahagian ini, kami setuju untuk hantaran pada 12k dan mas kahwin adalah RM3XX.00. saya bersetuju dan tiada bantahan dalam hal ini kerana mungkin ini merupakan satu ujian dari bakal mertua dan pasangan untuk membuktikan saya bersedia memikul tanggungjawab ini.
Jadi untuk mencapai apa yang saya perlukan ini, gaji saya sebagai pekerja baru dalam industri syukur dalam lingkungan okay iaitu RM2800. jadi kami bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan satu tahun akan datang. dengan gaji saya, saya menyimpan RM1900 setiap bulan untuk majlis kami, selebihnya bahagian ibu bapa, sewa bilik, makan dan perjalanan pergi-balik kerja dan juga simpanan barang hantaran. jika perancangan berjaya RM1900 X 12 bulan = RM22800 simpanan jadi cukup untuk hantaran dan majlis belah saya. tetapi dalam fikiran seorang lelaki (saya),
saya kena berusaha lebih untuk kehidupan yang akan datang selepas perkahwinan. saya kena menyediakan tempat tinggal, nafkah, duit makan, dan lain-lain. dengan simpanan tadi, saya tidak boleh untuk menyediakan semua ini jadi saya mencari kerja sampingan pada malam hari selepas kerja dan hujung minggu untuk (bertemu potential client, proposal, menghantar project, membuat kerja-kerja yang diterima). jadi masa saya banyak dihabiskan untuk bekerja dan saya tidak merasa ia merupakan kesusahan kerana ia merupakan cara saya untuk menunaikan impian pilihan hati saya. tetapi bila saya habiskan masa banyak untuk bekerja, pastinya saya meluangkan masa yang kurang dengan si dia.
tetapi saya masih bertanya khabarnya setiap hari, waktu makan untuk pastikan dia tahu saya ada untuknya berkongsi masalah dan membincangkan perkara-perkara lain. tetapi dia selalu sedih dan merajuk kerana tidak merasakan saya memberikan masa untuknya dan tidak ada usaha untuk majlis hari bahagia kami. saya berusaha sedaya upaya saya untuk memastikan dia bahagia dan juga kewangan kami untuk memulakan hidup kami stabil kerana saya tidak mahu dia susah kelak.
kalau diikutkan hati, selalu juga mahu bawa dia dan keluarga keluar untuk mencari barang-barang hantaran tetapi saya sebenarnya tidak mampu dan terkadang dia merasakan saya tidak beria mahu berjumpa dengan dia. kerana kos perjalanan juga tinggi kerana dia di utara, saya di tengah kuala lumpur.
pergi balik satu hari akan memakan dalam lingkungan RM100 untuk tol. jadi apa yang boleh saya lakukan adalah mencari alasan lain agar dia tidak tersinggung jika saya berkata tiada duit untuk berjumpa.
Tetapi lumrah seorang manusia, saya juga kadang-kadang letih, penat dan menangis tetapi saya lebih suka menyembunyikan perasaan kerana bila diceritakan, ia ditakuti menyakitkan hati orang yang saya sayang. saya harap wanita di luar saya dan mungkin awak (mungkin si dia membaca luahan ini) agar tahu bahawa saya sedang cuba bawa kita mencapai impian tetapi setiap impian akan ada pengorbanan dan dalam hal ini pengorbanan masa yang saya tidak dapat tunaikan buat masa ini. semoga pengorbanan kita menjadikan perhubungan kita lebih kuat.
Kami tidak mengharapkan apa-apa cuma kami harapkan anda memahami kami dalam usaha menghalalkan anda.
– J bukan Johor atau Jamal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit