assalamualaikum. terima kasih sekiranya tulisan ini disiarkan. saya ayui. perempuan dan berusia 30 tahun. saya seorang reader tegar iiumc dan sekali sekala ada juga komen dalam ni. tapi hari ni saya nak kongsikan cerita saya tentang jin asyik yang saya namakan joker. andai ada yang mengenali saya, minta buat tak tahu saja ya.
kenal joker ni dah lama. cuma tak tahu dia tu adalah jin asyik. menurut perawat yang merawat saya la. sebelum ni saya memang selalu sakit sebab gangguan makhluk halus dan gangguan sihir. jadi memang selalu jugalah berubat perubatan islam cuma awal tahun ni, saya mendapatkan rawatan psy dan saya di diagnos ada anxiety. dan kedua-dua rawatan ini, saya masih dalam rawatan sehingga kini. doakan saya sembuh ya. berbalik pada joker, saya memang ada masalah setiap kali dalam hubungan. dan terakhir, saya tak jadi kahwin tahun lepas. saya masa tu dah memang downla. emosi bagai dan bila saya pergi berubat, dinyatakan salah satu punca adalah disebabkan jin asyik. tapi memang dah terima kenyataanla tak ada jodoh. kesian pula jin kalau nak salahkan total dalam hal ni. sebab saya memang ada masalah self esteem low, rasa kurang sempurna dalam setiap hal boleh jadi sebab saya ditinggalkan juga.
joker ni sebelum ni saya tak boleh nampak dia. saya cuma boleh rasa kewujudan dia. perasaan yang seperti ada orang tengok, seperti ada orang walaupun masa tu tengah sendiri. saya pun silap juga. sebab saya yang undang kewujudan dia. saya selalu jumpa lelaki yang salah.saya rasalah. saya juga rasa saya ni blacksheep dalam family. dengan saya suka pendam masalah saya. saya bukan tak ada kawan. ada ja. saya luah juga dengan kawan-kawan.tapi kawan-kawan saya pun ada masalah sendiri jugakan?lagipun mungkin saya emosi tahap tinggi. tula semua benda pun cepat sensitif so saya memilih untuk menangis sendiri. saya cakap dengan diri sendiri kalau tak ada orang boleh sayang dan faham saya, biar ‘dia’ ja ada dengan saya. dan disinilah bermulanya kehadiran joker.
pada saya joker ni baik. sebab dia selalu ada bila saya sedih. perawat cakap dia jin islam. so pernah juga saya tengah baca alquran masa tu. saya sekat-sekat baca satu ayat ni dan ada suara betulkan balik bacaan saya.waulahualam kalau itu adalah dia. menurut perawat, joker dah suka saya. tapi macam mana pun, tak bolehlah kan walaupun saya pun dah start selesa dengan dia. sebab saya ada kawan nak bersembang. jadi kena pisahkanlah juga. lepas tu lamalah juga tak rasa kehadiran joker sehinggalah baru-baru ni saya mula nampak dia balik di kejauhan. masa saya tengah jalan dalam mall.bila saya tengok balik dia dah tak ada. perawat ada juga nasihat, saya kena kahwin kot baru joker stop risaukan saya. psy pun nasihat yang sama. saya kena cari hobi dan bergaul balik dengan orang untuk gantikan joker ni. masalahnya saya dah tak ada perasaan nak kahwin.haha. last but not least, pesan saya pada perempuan terutamanya, jaga adab tidur, adab dalam bilik air, baca ayat pelindung, jangan sedih berlebihan, dan sentiasa dekatkan diri dengan Allah. itu sahajalah. terima kasih kerana sudi membaca. oh ya dalam friendlist saya, ada seorang macam ‘joker’. tapi dia manusialah. saya selalu like post dia. mungkin sebab saya dah mula rasa kehilangan joker.
– ayui
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit